
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
Message
Yong Teck Lee:
"This is my promise to you, that our struggle continues and I will
always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are
fundamental to the future of a country or a government or, in our case,
SAPP as a serious political party of the future"
------------
Send us yours to publish |
|
|
  |
Ucapan oleh ADUN N
Teks Ucapan oleh
ADUN N.14 Kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan untuk Perbahasan Bajet Sabah
2009
Tuan Speaker,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi
peluang kepada saya untuk membawa usul ke perhatian Dewan Undangan Negeri
Sabah mengenai rancangan saluran Paip Gas Asli Petronas sejauh 500
kilometer, iaitu dari Kimanis Sabah ke Bintulu Sarawak dengan nilai
berjumlah 3.0 bilion ringgit yang mana hal ini belum dibincang dan
dijelaskan secara terperinci kepada masyarakat umum khususnya rakyat Sabah
oleh pihak kerajaan mahupun di Dewan Undangan Negeri Sabah dan juga di
Parlimen.
Demi untuk kepentingan rakyat jelata Sabah, saya mendesak supaya pihak
Kerajan harus memberi penerangan dengan jelas dan secara positif mengapa
Perdana Menteri Malaysia mengulangi janjinya seperti mana yang telah
diumumkan oleh beliau pada bulan Mei 2008 di Sabah bahawa saluran paip itu
akan dibatalkan dimana keutamaan adalah kepada industri gas dan minyak di
negeri Sabah.
Sebaliknya, saya ingin menyeru kepada kerajaan negeri Sabah untuk
menerangkan dengan sepenuhnya tentang bagaimana saluran paip itu dapat
memberi manfaat terhadap pembangunan sosial ekonomi Sabah . Pihak kerajaan
juga harus menjelaskan bagaimana saluran paip itu tidak akan menghalang
keperluan tenaga gas asli bagi Sabah .
Jika projek itu terlaksana, terdapat banyak implikasi yang tidak dijangka
akan timbul seperti tapak pembinaan di Kimanis termasuklah persisiran
pantai Sabah dan kawasan penghantaran di Bintulu Sarawak maka oleh sebab
itu saya ingin mendesak kepada kedua-dua pihak kerajaan negeri dan
persekutuan untuk mengesahkan rancangan tersebut.
Selain daripada itu, saya juga mohon kepada kerajaan untuk menyatakan
bentuk bayaran tetap, gantirugi atau lain-lain royalti yang akan dibayar
kepada kerajaan negeri Sabah kerana kehilangan peluang oleh rakyat Sabah
untuk menggunakan tenaga gasnya sendiri. Maka jika sekiranya perkara ini
terjadi, besar kemungkinan akan memaksa negeri Sabah untuk tidak ada
pilihan tetapi untuk menggunakan arangbatu semata-mata dimana jika benar,
apakah bentuk pampasan / gantirugi yang akan dibayar disebabkan pencemaran
akibat daripada penghasilan kuasa arangbatu itu yang dicadangkan di
Sandakan.
Untuk kebaikan dan faedah kepada rakyat jelata Sabah, saya ingin menyeru
kepada kerajaan untuk menyatakan secara jelas bagaimanakah negeri Sabah
dapat memastikan syarat-syarat yang terbaik terhadap penggunaan tanah dan
pantai / laut untuk tapak dan penghantaran gas tersebut melalui saluran
paip, sama-ada bayaran tetap akan dibayar kepada kerajaan negeri Sabah
untuk maksud penggunaan tanah pelaksanaan saluran paip itu ataupun bayaran
lain yang akan dibayar berdasarkan jumlah kuantiti gas yang melalui
saluran paip ini.
Pada 7h.November 2008, pihak kerjaan telah mengumumkan bahawa Kerajaan
akan membina satu industri Petrochemical yang lengkap di Sabah. Saya minta
supaya pihak Kerajaan dapat menyatakan bagaimana dan bilakah agaknya janji
ini dapat ditunaikan. Sama ada janji (setia) ini dapat dilaksanakan
sebelum bermulanya pembinaan saluran paip tersebut. Pihak kerajaan harus
menjelaskan perkara ini kepada umum dan memastikan dalam Dewan Yang Mulia
ini bahawa janji (setia) ini dapat ditunaikan sepenuhnya dan bukan lagi
janji kosong.
Pembasmian kemiskinan
Sejumlah RM159.82 juta telah diperuntukan kepada Jabatan Ketua Menteri,
Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Laur Bandar dan pejabat-
pejabat daerah untuk tujuan program pembasmian kemiskinan. Dan 59.12 juta
daripada jumlah tersebut diperuntukan untuk program pembasmian golongan
miskin tegar. Diantara lain projek agropolitan berkaitan pembangunan tanah
bersepadu yang dilaksanakan difokuskan seperti daerah Banggi, Pitas,
Beluran, Kota Belud, Tenom dan Tongod, demikian juga program Mini Estet
Sejahtera (MESEJ) yang bertujuan meningkatkan pendapatan, bantuan, secara
langsung, program industri desa dan sebagainya. Saya bersetuju dengan
peruntukan yang sedemikian banyak yang diperuntukan untuk tujuan yang
murni demi kesejahteraan rakyat kita yang miskin yang selama ini belum
merasakan ertikata sebenar Kemerdekaan Negara kita.
Saya cuma tidak pasti samada tujuan murni ini dan peruntukan yang sebanyak
ini dapat sampai ke golongan sasar yakni yang miskin dan miskin tegar.
Apakah criteria yang dipakai untuk menentukan siapa yang layak mendapat
bantuan berkenaan dan bagaimana kah system penyampaian dan pelaksanaanya
dijalankan supaya tidak ada orang-orang tertentu mengaut keuntungan yang
berlebihan sehingga menjejaskan tujuan pembasmian kemiskinan.
Mengikut laporan ketua Odit Negara 2007 bahawa terdapat beberapa projek
program pembasmian kemiskinan di Sabah tidak berjaya malahan ada yang
terbengkalai dan ada yang tidak berdaya tahan. Cuma angat-angat tahi ayam.
Wang dibelanjakan tetapi tidak mencapai objektif membasmi kemiskinan. Saya
perhatikan bahawa ramai jabatan dan agensi negeri, dan jabatan dan agensi
persekutuan terlibat dalam program-program pembasmian kemiskinan dengan
berbagai nama dan jenama masing-masing. Tidak kah ini boleh menimbulkan
pertindihan perlaksaan program? Dalam pada itu siapakan agensi/badan
pemantau kepada semua jabatan dan agensi berkenaan?
Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT)
Pada tahun 2004 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia
melalui FELCRA telah melakukan bancian penduduk miskin di seluruh Negara.
Di peringkat Negeri Sabah KPLB Sabah telah menyelaras bancian ini melalui
pejabat-pejabat daerah. Dengan mengguna pakai Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Tegar RM520 pada ketika itu, kini dinaikkan ke RM540 untuk luar Bandar
seramai 21,512 orang ketua isi rumah miskin tergar (KIRMT) masih dalam
daftar setakat 30/09/2007. Statistik ini dikenali dengan Sistem Skim
Pembangunan Kesejahteraan Rakyat atau ringkasnya SSPKR.
Saya difahamkan bahawa baru-baru ini, Implementation and Coordinating Unit
(ICU), Jabatan Perdana Menteri telah melakukan bancian semula penduduk
miskin dengan menggunakan kidmat Jabatan Perangkaan Malaysia . Bancian
kali ini tidak melibatkan pejabat-pejabat daerah. Dengan mengguna pakai
Paras Garis Kemiskinan (PGK) bagi Luar Bandar RM1,000 dan PGK Bandar
RM1,500, bilangan penduduk miskin yang di daftarkan di negeri ini setekat
Julai 2008 adalah seperti berikut; Miskin: 12,050 orang, Miskin
Tegar:14,890 orang dan melepasi PGK: 10,833 orang.
Statistik ini yang dikenali dengan e-kasih menunjukan penurunan khususnya
Miskin Tegar daripada 21,512 orang (SSPKR) kepada 14,890 (e-kasih).
Penurunan KIRMT adalah “artifical” sahaja oleh kerana ia bukan menunjukan
bahawa 6,622 orang KIRMT yang terkeluar itu disebabkan taraf kehidupan
mereka telah meningkat, penurunan ini antara lainnya disebabkan ramai
KIRMT tidak di banci atau diliputi dalam bancian yang telah dilakukan oleh
Jabatan Perangkaan. Difahamkan bahawa ramai daerah telah membuat aduan
bahawa ramai KIRMT yang telah tercicir dalam bancian tersebut. Antara
sebab mengapa ramai KIRMT yang tidak dicakupi dalam bancian tersebut
adalah:- Pejabat daerah tidak dilibatkan, dan JKKK tidak dilibatkan,
jabatan perangkaan menggunakan pembanci sambilan lepasan SPM yang tidak
mengetahui kedudukan lokasi kampung-kampung dalam daerah berkenaan,
pembanci tidak tahu bertutur dalam bahasa tempatan, misal kata pembanci
dari daerah Sook berketurunan orang murut dihantar ke Kota Marudu di mana
penduduk/orang kampong sana lebeh selesa bertutur dalam dialek mereka
sendiri terutama orang tua-tua, maka disini akan wujud ‘communication
breakdown’ dan maklumat atau bancian itu juga akan jadi samar. Tambahan
pula pembanci sambilan tidak mempunyai kenderaan sendiri dan tempat yang
jauh tidak sempat di banci. Ada juga aduan orang yang berkereta besar juga
tersenarai sebagai miskin tegar.
Maka sebab itu saya ingin tahun samada statistic yang dikeluarkan oleh
ICU, JPM itu tepat atau sebaliknya. Saya amat kesal jika statisk
kemiskinan ini tidak di buat bersungguh –sungguh dan tidak tepat oleh
kerana ia akan membawa implikasih yang sangat merugikan pihak kerajaan dan
pihak sasaran. Jika kalau salah statistic maka salahlah peyediaan
peruntukan dan salahlah juga golongan sasaran dalam melaksanakan program
pembasmian kemiskinan. Oleh sebab itu saya minta kerajaan supaya
memperbetulkan keadaan ini agar objektif pembasmian kemiskinan ini benar
dapat diberi perhatian yang serious bukan dari sudut angka peruntukan yang
tinggi tetapi dari segi keberkesanan pelaksanaan terhadap golongan sasar
yang tepat. Jika aduan ini benar adalah wajar Kementerian Pembangunan Luar
Bandar Sabah meyemak semula pangkalan data disemua daerah supaya tidak
KIRMT yang tercicir dan ketinggalan.
Program Bantuan Rumah
Saya difahamkan bahawa ada dua jenis program bantuan rumah;- Bina baru dan
baik pulih rumah. Untuk tahun ini hanya Cuma RM13 juta diperuntukan bagi
program ini untuk membina 325 buah rumah di Negeri Sabah , dan peruntukan
ini hanya diturunkan pada akhir bulan Oktober 2008 melalui SDO. Sekarang
bulan November jadi saya tidak nampak bagaimana peruntukan ini sempat
digunakan bagi maksud tersebut, untuk membina rumah 3 bilik lengkap dengan
bekalan letrik, air dan siling yang memakan belanja RM40,000 seunit dan
termasuk penyediaan tander atau sebut harga dalam tempuh masa 2 tahun
memang tidak boleh selesai. Ini bererti peruntukan akan ditarik balik
sebab tidak dapat dibelanjakan pada tahun ini. Peluang dan nasib 325 buah
keluarga miskin akan terjejas. Saya minta penjelasan dari Menteri
Pembangunan Luar Bandar samada perkara ini benar dan jika ya, bagaimana
pihak kementerian boleh memastikan bahawa semua peruntukan yang disalurkan
tidak akan sia-sia sahaja. Dan bagaimana nasib 325 buah keluarga berkenaan
samada mereka akan dapat peluang untuk tahun hadapan?. Saya kuatir jika
program-program ini menghadapi system penyampaian yang tidak efesen dan
pelaksanaan yang tidak sempurna maka hasrat kerajaan untuk mensifarkan
Ketua Isi Rumah Miskin Tegar pada tahun 2010 sudah pasti tidak akan
tercapai.
Masalah Tanah dalam Hutan Simpan dan Taman Negara
Masalah tanah penduduk kampong perlu dijadikan agenda utama kerajaan dalam
membentuk satu dasar yang bersepadu untuk memastikan rakyat Sabah
khususnya penduduk luar Bandar terus dapat pembelaan dan peluang untuk
mendapat tanah bagi tujuan pertanian dan perkampungan mereka dengan
sewajarnya.
Terdapat banyak sungutan dan aduan bahawa banyak kampung kampung dan
penduduknya yang masih miskin dan tidak mempunyai tanah bergeran dan masih
duduk di perkampungan yang daif, masih ramai yang menduduki tanah tanah
kerajaan yang dianggap sebagai setinggan haram.Mereka ini adalah
dibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpah tangga. Sudah pun miskin tidak ada
perkampungan yang sempurna, tiada kemudahan asas seperti jalan raya,
beklan air dan letrik, mereka di tuduh pula sebagai penghuni haram di
tanah tumpah darah mereka sendiri. Ramai yang dikategorikan sebagai
penduduk haram di Hutan Simpan Kerajaan, kawasan Taman Negara dan juga di
kawasan SFI dan kawasan FMU. Sebagai contohnya di kawasan Kg. Ulu Tomani,
Kg Tilis, dan beberapa kampung di kawasan Kemabong termasuk dalam kawasan
SFI, di Kg. Salaron Nabawan, kawasan Pitas, kawasan Kanibungan termasuk
dalam kawasan Hutan Simpan FMU, kampung-kampung di banjaran kroker dari
Tenom ke Keningau termasuk kawasan Taman Negara dan banyak lagi kalau mahu
di sebut satu persatu, sedangkan penduduk kampung-kampung tersebut sudah
berada dikampung berkenaan sejak turun temurun dan mereka tinggal di situ
terlebih dahulu bagi sebelum pun ada persempadan, secara rasmi Taman
Negara dan Hutan Simpan pada ketika itu. Jadi mengapakan mereka sekarang
menjadi mangsa kepada kawasan-kawasan berkenaan, dan apakah mereka tidak
penting sebagai manusia dan rakyat kita? Dan tanah kerajaan dan tanah
syarikat yang lebeh penting daripada rakyat kita?
Sesungguhnya, rakyat harus mematuhi undang-undang dan kerajaan juga mahu
memastikan supaya hak milik kerajaan terpelihara seperti hutan simpan
kerajaan, taman Negara, kawasan tadahan air, masalah alam sekitar dan
sebagainya dan begitu juga syarikat-syarikat yang mendapat konsensi
daripada kerajaan dalam kawasan-kawasan hutan simpan dalam kawasan
pembalakan dan pembangunan hutan. Apa yang saya maksudkan ialah disamping
kita menguatkuasakan undang-undang, kita juga harus menelitih kehidupan
masyarakat desa kita yang telah terhimpit dalam keadaan hidup mereka,
harapan mereka supaya sekurang-kurangnya perkampungan mereka tidak
tergugat dan mereka juga perlukan tanah untuk menampung kehidupan dengan
mengusahakan tanah-tanah yang ada di persekitaran mereka. Selain daripada
memburu di hutan apa lagi yang mereka ada? Mereka cuma ada tanah
dipersekitaran mereka untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
, tetapi tanah yang diduduki oleh mereka tidak terurus dan malahan mereka
pula di usir oleh Jabatan Hutan dan Jabatan Taman Negara sebagai pendatang
haram ditanah tumpah darah mereka iaitu dikampung kelahiran mereka. Ini
amat menyedihkan. Kita sudah merdeka 45 tahun tetapi rakyat kita masih
miskin dan tidak mempunyai hak milik tanah dan perkampungan yang sempurna,
sudah sampai masanya kerajaan perlu ada pendekatan yang berdepadu untuk
memperbaharui kehidupan mereka supaya bukan sahaja mereka terkeluar dari
belenggu kemiskinan tetapi kita mahu melihat mereka bangga sebagai rakyat
Sabah yang mempunyai hak milik tanah sekurang-kurangnya 15 ekar seorang
untuk kehidupan yang lebih sempurna. Bagi masyarakat kampung tanah ada
satu-satunya harta yang penting bagi mereka.
Saya sedar ada beberapa program kerajaan seperti Program Perhutan
Masyarakat, Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Projek Agropolitan dan
lain-lain. Adakah masalah besar sekiranya kerajaan mengeluarkan kawasan
tanah yang telah diusahakan oleh penduduk kampung yang sudah pun ada
tanaman-tanaman seperti getah, kelapa sawit dan tanaman pertanian yang
lain yang termasuk dalam kawasan Taman Negera, kawasan Hutan Simpan dan
juga Konsensi syarikat? Saya ketahui bahawa masalah untuk memohon
mengeluarkan kawasan tanah-tanah tersebut sudah sering kali dibahas oleh
beberapa wakil rakyat di dewan yang mulia ini sejak tahun 1986 tetapi
tidak mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak kerajaan. Sudah tiba
masanya kerajaan mengenal pasti kawasan-kawasan ini untuk mengatasi
masalah mereka. Saya cadangkan supaya penduduk kampung yang benar-benar
asli yang tinggal di kawasan Taman Negara dan Hutan Simpan berkenaan dan
telah berkampung serta berladang pada sekian lama harus di keluarkan dari
kawasan Taman Negara dan Hutan Simpan dan wujudkan kampung sejahtera
dengan pembahagian lot 15 ekar sekeluarga dan seterusnya memberi kemudahan
infrastukur jalan raya, bekalan air dan letrik kepada mereka. Seterusnya
bantuan program pembasmian kemiskinan ke kampung mereka.
Kerajaan boleh memberi lot tanah bergeran 15 ekar seorang dengan beberapa
syarat seperti berikut selain daripada undang-undang tanah yang sedia ada:-
1) lot geran tanah ini boleh dipindah milik kepada waris,
2) lot geran tanah ini tidak boleh dijuah atau tukar milik selagi pemilik
tanah atau pewaris masih duduk di perkampungan tersebut,
3) lot geran tanah ini boleh tukar milik atau jual kepada jiran atau
penduduk setempat sahaja pemilik tanah sudah tidak berada di kampung
tersebut,
4) lot geran tanah ini tidak boleh tukar milik kepada orang luar daripada
perkampung tersebut,
5) Pemilik lot geran tanah boleh usahasama dengan mana-mana pihak tanpa
menukar hak milik tanah berkenaan.
Ini adalah cadangan-cadangan untuk memastikan supaya perkampungan itu
tidak akan dimasuki oleh pendatang baru untuk membeli tanah kampung
sewenang wenangnya sehingga perkampungan tersebut tergadai kepada orang
perseorangan atau syarikat tertentu.
Saya berpandapat bahawa nasib mereka akan dapat berubah sekiranya kerajaan
dapat membawa usul pindahan enakment Hutan Simpan dan Taman Negara di
dewan yang mulia ini untuk kelulusan, saya yakin semua wakil rakyat yang
ada dalam dewan yang mulia ini akan dapat memberi sokongan yang sewajarnya.
Baru-baru ini, pihak kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa berkuat
kuasa 01hb. November 2008 semua syarikat pengusaha besi lusuh di Sabah
tidak akan diberi kelulusan untuk membaharui lesen perniagaan tersebut.
Kebanyakan daripada syarikat pengusaha besi lusuh ini telahpun menjalankan
perniagaan mereka sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun dan syarikat
mereka adalah sebuah perniagaan masyarakat yang sah dan telah menyumbang
banyak kemajuan kepada negeri Sabah dalam segi peluang pekerjaan dan cukai.
Kebelakang ini, akibat daripada berita-berita kecurian barangan besi di
seluruh negeri Sabah maka syarikat kitar semula besi lusuh ini adalah
pihak pertama yang dipersalahkan kerana menggalakkan kejadian curi bahan
besi ini berlaku. Walhal, sebagai mana yang kita makulm bahawa kegiatan
ini hanya dilakukan oleh sebilangan orang sahaja tetapi dianggap semuanya
terlibat sama. (seperti peribahasa – se ekor kerbau membawa lumpur,
semuanya terpalit). Maka itu, kita tidak boleh mengatakan semua pengusaha
berkenaan tidak baik.
Sebenarnya pada Ogos 2008 pihak Kerajaan Tempatan dan Perumahan melalui
Kabinet Negeri telahpun meluluskan perlantikan satu anak syarikat
kementerian tersebut yang dinamakan Superpanel Sdn. Bhd. untuk mengambil
alih kelulusan Lesen Insuran kepada semua peniaga besi lusuh di Sabah.
Dalam pandangan masyarakat umum, ini adalah satu perbuatan monopolasi dan
akan memberi kesan buruk kepada perniagaan mereka. Tambahan pula, tidak
ada seorangpun yang dapat menjamin bahawa masalah kecurian bahan besi di
Sabah dapat diatasi oleh syarikat yang dilantik itu.
Sejak 01 November 2008, semua syarikat kitar semula besi lusuh berhenti
beroperasi akibat daripada pembekuan lesen perniagaan mereka. Ekoran
daripada ini, ramai pekerjanya telah kehilangan pekerjaan dan kebanyakan
daripada syarikat yang bergantung penuh dengan perniagaan ini tidak dapat
membayar balik pinjaman kepada pihak bank dan besar kemungkinan mereka
akan jatuh bankrupt / muflis.
Dalam keadaan ekonomi kita yang merosot, keputusan pihak kerajaan hanya
untuk melakukan pelaksanaan sinario ini. Tambahan pula, dengan monopolasi
perniagaan itu tidak akan menyelasaikan jenayah seumpama itu daripada
berulang.
Maka dengan segala fakta yang
saya berikan ini, saya mohon dan merayu kepada pihak kerajaan negeri untuk
mengkaji semula perkara tersebut dan membatalkan keputusan yang dibuat
dahulu. Adalah wajar supaya lesen niaga mereka dapat dibaharui seperti
sedia kala. Saya percaya dan yakin bahawa mereka akan membuat segala yang
terbaik untuk mengurangkan kegiatan mencuri bahan besi di Sabah dengan
kerjasama polis dan semua pihak yang berkenaan. |
  |
|
|