Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen | <%= Request.ServerVariables("REMOTE_USER")%>  <%= now %>

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2009 Nov15 - Kerajaan dan Rakyat telah tolak loji janakuasa arang batu

Kerajaan dan Rakyat telah tolak loji janakuasa arang batu

KOTA KINABALU, Nov 15, 2009: Cadangan membina loji janakuasa arang batu di negeri ini telah tidak mendapat sokongan rakyat.

Kabinet Sabah diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman telah menolak cadangan membina loji janakuasa arang batu apabila Silam dekat Lahad Datu dipilih Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai lokasinya.

Musa memberi alasan bahawa loji janakuasa seperti itu boleh menjejas kesihatan rakyat serta alam sekitar.

"Selepas menimbang pro dan kontra, Kabinet Sabah memutuskan cadangan membina loji itu di Silam dibatalkan kerana Kerajaan tidak ingin membahayakan kebajikan dan kesihatan masyarakat di kawasan itu serta alam sekitar," Musa memberitahu media pada 2 April 2008.

Para penduduk di Sandakan juga membantah apabila loji itu dicadangkan dibina di Seguntor dengan memberi alasan sama dan bantahan itu diterima.

Bagaimanapun, Kabinet Sabah serta para pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini terutamanya dari UMNO tidak pula membantah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak megatakan loji arang batu akan dibina di FELDA Sahabat, Tungku dekat Lahad Datu.

Segelintir pemimpin UMNO turut memberi sokongan apabila Najib berkata rakyat negeri ini perlu berkorban agar dapat menikmati pembangunan seperti pembinaan loji janakuasa arangbatu supaya masalah kekurangan bekalan tenaga letrik dapat diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) SAPP Tungku, Lahad Datu Suaib Mutalib berkata, cadangan awal membina loji itu di Silam telah ditolak rakyat dan Kerajaan Sabah kerana faktor kesihatan adalah bukti bahawa loji itu hanya membawa lebih mudarat berbanding manfaat.

"Saya hairan dengan Kerajaan Sabah dan para pemimpin BN berdiam diri saja manakala ada kalangan ketua-ketua UMNO secara tiba-tiba menyokong bulat-bulat apabila Najib berkata loji janakuasa arang batu akan ditempatkan di FELDA Sahabat.

"Mengapa para pemimpin BN dan UMNO di negeri ini tidak menolak malah menerima dengan hati terbuka apabila Najib berkata loji janakuasa arang batu akan dibina di FELDA Sahabat, Tungku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Suaib berkata, keadaan itu mencerminkan bahawa para pemimpin di Sabah hanya mementingkan diri serta ingin menjaga jawatan masing-masing kerana rakyat sudah maklum bahawa Najib berkuasa menentukan kareer politik mereka.

Katanya, kenyataan ketua UMNO Sepanggar Jumat Idris boleh disifatkan sebagai cuba mengipas Najib dan melobi kerusi Parlimen Sepanggar.

Suaib mencabar Jumat serta para pemimpin BN di Sabah supaya mendesak Najib selesaikan segera masalah yang menimpa Hospital Queen Elizabeth (QEH) di bandaraya Kota Kinabalu apabila blok utama hospital itu diisytiharkan tidak selamat setahun lalu.

Katanya, rakyat serta SAPP tidak membabi buta bantah loji janakuasa arang batu itu seperti didakwa Jumat kerana semua pihak sedia maklum bahawa projek itu hanya membawa mudarat pada masa hadapan.

"Kami tidak membantah pembangunan yang membawa manfaat tetapi masalah bekalan tenaga letrik di Sabah boleh diselesaikan dengan membina loji jana kuasa gas kerana Sabah adalah pengeluar gas asli terbesar di negara ini.

"Loji jana kuasa gas adalah lebih selamat dan mesra alam serta mudah diperolehi tetapi agak menghairankan apabila Jumat dan para pemimpin BN lain tidak berani mengetengahkan perkara ini kepada Kuala Lumpur .

"Gas asli keluaran Sabah disalur ke Bintulu, Sarawak dan kemudiannya diproses Petronas untuk eksport. Sabah tidak mendapat apa-apa manakala Petronas untung berbilion Ringgit dan para pemimpin BN Sabah terutamanya Jumat hanya senyap," katanya.

Suaib berkata, laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terhadap cadangan loji itu masih belum disiapkan tetapi Jumat dan para pemimpin BN lain seperti tidak mengindahkannya apabila menyokong Najib.

Suaib menasihatkan Jumat bahawa cara terbaik melobi supaya dijadikan calon dan diberi kerusi Parlimen Sepanggar ialah dengan mengetengahkan masalah utama rakyat dan bukannya mengipas pemimpin Kuala Lumpur .
 



Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party