Sumbangan kepada mangsa kebakaran Teluk Soaian, Silam
LAHAD DATU: Parti Maju Sabah (SAPP) Kawasan CLC Lahad Datu memberi
sumbangan kepada mangsa kebakaran di Teluk Soaian, Silam.
Kebakaran rumah panjang lapan pintu kepunyaan 7 buah keluarga yang
berbilang kaum (Bajau,Kadazan,Cina dan dusun) termasuk kedai runcit
telah hangus dijilat api pada 24.03.2011(Khamis) kira-kira pukul 2 pagi
berdasarkan keterangan yang diberi oleh En.Ahmad Ismail selaku bekas
ketua kampung berkenaan,insiden ini berlaku akibat litar pintas di
salah sebuah rumah milik mangsa.
Pada kejadian itu,semua mangsa berada didalam rumah
masing-masing.Bagaimanapun,tidak ada kecederaan yang dilaporkan. Ketika
menerima berita tersebut,Parti Maju Sabah(SAPP) yang diketuai oleh
En.Wong Yu Chin berserta AJK yang lain iaitu En.Mapasari,En.Raday, En
Chua Sung Ming dan En.Chan Fook Ping bergegas ke tempat kejadian untuk
memberi kata semangat dan sedikit sumbangan ikhlas berupa makanan
harian.
Walaupun Parti Pembangkang,namun ini tidak menghalang Parti SAPP untuk
mengambil berat tentang keadaan mangsa.Seperti mana yang dikatakan oleh
En.Wong Yu Chin,pihak kerajaan harus segera bertindak untuk memberi
bantuan dan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
Banyak kerosakan harta benda yang dilaporkan,akan tetapi kerugian masih
tidak dapat dianggarkan lagi.Kebanyakkan mangsa yang terlibat terpaksa
menumpang dirumah keluarag yabg terdekat.
Semua keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Parti SAPP
diatas segala bantuan dan sumbangan yang telah diberikan bagi membantu
meringankan beban mereka.
|