Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 May 14 - Pesta Kaamatan SAPP Kg Kabatasan, Pitas

Pesta Kaamatan SAPP Kg Kabatasan, Pitas

Perayaan Pesta Kaamatan ini yang julung kali diadakan di Daerah pada Mei 8, 2011 Pitas telah dihadiri lebih kurang 150 orang terdiri daripada penduduk Kg. Kabatasan dan sekitarnya. Ahli Jawatankuasa Penganjur yang dipengerusikan oleh Saudara Dayahan Seraja berjaya melaksanakan majlis tersebut walaupun ini adalah kali pertamanya mereka menganjurnya di kawasan terpencil itu.

Perayaan ini telah dirasmikan oleh Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden Parti Maju Sabah bagi mewakili Presiden Parti. Dalam ucapan perasmian, Datuk Eric telah menyarankan supaya rakyat khususnya kaum KadazanDusunMurut (KDM) harus bersatu padu walaupun terdapat banyak halangan dihadapi pada masa kini.

Keadaan di Sabah telah banyak berubah berbanding dengan sitausi 40 tahun lalu. Jika dahulu (tahun 70an) rakyat Sabah boleh tidur lena kerana kurang menghadapi masalah tetapi sekarang kena berjaga-jaga sepanjang masa oleh kerana masalah sudah terlalu banyak seperti kes bunuh, rompak, dadah, sosial dan sebagainya yang telah mempengaruhi masyarakat kita sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Kita hidup di negeri sendiri dalam keadaan ketakutan seolah-olah kita berada di negeri orang lain. Ini adalah kesan daripada kelalaian pihak berwajib khasnya kerajaan yang memerintah sekarang gagal menjalankan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan, kebajikan dan kesejeteraan rakyat Sabah yang sudah menjangkau 3.12 juta orang yang menimbulkan masalah besar kepada rakyat tempatan di negeri kita.

Walau apa-pun, Datuk Eric dalam ucapan penutupannya menyeru supaya kaum KDM sentiasa mengamal dan meneruskan semangat kekitaan seperti mana yang dilakukan melalui perayaan Pesta Kaamatan ini yang dirayakan di seluruh pelusuk negeri Sabah.

Hadir sama dalam perayaan tersebut ialah Datuk Hj. Mohd. Noor Mansor, mantan Menteri Kewangan Sabah kerajaan terdahulu menyatakan dalam ucapannya bahawa kegembiraan beliau untuk melihat suasana keramaian majlis tersebut sebenarnya sayu kerana Pesta Kaamatan sepatutnya bermaksud ada hasil tuaian. Namun di kampung ini jelas kelihatan tidak ada apa-apa yang mahu dituai.

Malah di Daerah Pitas juga mengalami situasi serupa. Beliau kesal oleh kerana pada satu ketika dahulu Sabah mempunyai sumber alam yang banyak termasuklah kawasan penanaman padi oleh penduduk kampung yang boleh mendapat tuaian yang membanggakan. Tetapi apa yang berlaku sekarang telah berubah sebaliknya oleh kerana

kawasan / tanah orang-orang kampung telah dirampas balik oleh kerajaan dan diberikan kepada syarikat-syarikat besar dari Semenanjung.

Tanah orang kampung yang telah diusahakan sejak puluhan tahun dan sudah mengeluarkan hasil tidak dipedulikan malahan ada diantaranya dibakar bersama-sama dengan rumah pemilik tanah tersebut. Maka dalam hal yang sedemikian, Datuk Hj. Mohd. Noor mengajak dan merayu kepada semua, bukan sahaja kaum KDM di Daerah Pitas tetapi juga seluruh rakyat jelata Sabah supaya berfikir sewajarnya bagaimana untuk mendapatkan kembali hak-hak asasi kita daripada kuasa-kuasa pemerintah yang ada sekarang.

Justeru, PRU ke-13 akan datang adalah kayu pengukur dan peluang terakhir bagi rakyat Sabah untuk menyelamat dan mengembalikan hak Sabah kepada orang Sabah yang telah terhakis, ujar beliau.

Turut memberi ucapan pada majlis perayaan tersebut ialah Saudara Johnes Piut, Pengerusi CLC N.3 Pitas, mantan ADUN kawasan ini yang merupakan penggerak dan penyumbang utama segala keperluan dan persediaaan perayaan Pesta Kaamatan itu. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan betapa sakitnya hati penduduk kampung khususnya di Kawasan Pitas oleh kerana bagaikan orang asing di tanah sendiri.

Banyak masalah yang dihadapi sebenarnya tetapi halangan yang paling besar adalah mengenai dengan kedudukan pemilikan tanah setiap orang kampung yang sudahpun digazet oleh kerajaan untuk diberikan kepada syarikat-syarikat gergasi "Government Link Company (GLC)" yang dipercayai hanya memberi kepentingan kepada kerajaan tetapi menindas kepada rakyat.

Setiap hari orang kampung hanya mampu untuk bersedih dan menunggu masa untuk diusir oleh kerana akan kehilangan hak milik tanah mereka dan dikatakan penceroboh. Keadaan inilah yang paling rumit untuk diatasi oleh masyarakat di Pitas sehingga ada diantara mereka mengambil risiko untuk berbuat sesuatu dalam tangan sendiri kerana tidak tahan dengan tindakan melampau oleh pihak berwajib yang tidak berperikemanusiaan.

Saudara Johnes dalam ucapan akhirnya menyeru supaya penduduk di seluruh kawasan ini dapat bersama-sama dengan beliau untuk berjuang dalam Parti Maju Sabah (SAPP) demi anak cucu dan generasi akan datang kerana beliau yakin dan percaya bahawa SAPP adalah satu-satunya parti tempatan yang memahami naluri orang Sabah dan dapat membantu mengatasi halangan yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Perayaan ini juga turut dihadiri oleh Pn. Agnes Liew (Pengerusi CLC Kadamaian), En. Jaely Medong (CLC Banggi), En. Richard Jiun (CLC Matunggong) dan ahli-ahli parti dari kawasan Pitas.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party