Sambutan terhadap parti SAPP mulai menakjubkan!
BEAUFORT,
Okt 11, 2011: Berbanding setahun yang lalu penerimaan terhadap parti SAPP
jauh berbeda. Contohnya dari segi kehadiran di majlis-majlis perjumpaan
dan Masyuarat Agung Tahunan seperti yang diadakan sebentar tadi (Bongawan
dan Membakut) dan beberapa hari yang lalu.
Orang ramai tidak lagi 'malu2' walaupun ada aduan, ugutan dan usaha untuk
menakut- nakutkan oleh pemimpin UMNO dimana sesiapa sahaja menghadiri
perhimpunan SAPP akan menerima padahnya seperti dihentikan elaun orang tua,
rumah PPRT ditarik balik dan banyak lagi cara supaya orang ramai jangan
menghadiri perhimpunan yang diadakan oleh parti parti pembangkang terutama
sekali parti SAPP.
Orang ramai mulai memberanikan diri semata-mata untuk mendengar ceramah
yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin SAPP.
Pemimpin SAPP memberikan alternatif kepada rakyat jelata Sabah. Adakah
rakyat mahu dipimpin oleh parti politik tempatan seperti SAPP? Atau mahu
seterusnya bergantung kepada parti-parti yang berasal dari Semenanjung
atau Malaya yang dilihat tidak akan membuat perubahan kerana isu remote
control tidak berubah.
Sejauh mana kuasa akan diberikan kepada pemimipin Sabah masih belum dapat
dilihat diterima pakai oleh pemimpin dari Malaya.
Manakala orang-orang Sabah sudah melihat perubahan dizaman ini.
Dibandingkan dengan zaman sewaktu PBS, dimana pemerintah PBS terlalu
mementingkan diri dan berbau perkauman.
Dan kalau negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor, Penang dll boleh
berdikari dan mentadbir negeri sendiri apa pula kekurangan negeri Sabah?
Beberapa hari lagi SAPP akan mengadakan beberapa siri pengumuman dan
aktiviti untuk rakyat Sabah, maka terpulang lah untuk rakyat membuat
penilaian masing masing…
Perjuangan parti SAPP adalah perjuangan untuk rakyat di Sabah tanpa
mengira warna kulit dan kedudukan.
Syndrome takut kepada ugutan dan kurang yakin diri menjadikan orang Sabah
dijajah berterusan, ada pula yang sangsi tentang sebolehan sendiri. Tidak
hairan pemimpin- pemimpin UMNO mengatakan bahawa Sabah negeri fixed
deposit untuk BN, satu ungkapan yang kurang bijaksana.
|