Pakatan sulit DAP
Hiew dengan Umno
Oleh
Datuk Yong Teck Lee
Jaminan bahawa tiada mana-mana Ketua Menteri yang boleh menandatangani
untuk meluluskan mana-mana kawasan tanah yang luas, hutan dan lombong demi
kepentingan peribadinya sudah diwujudkan pada 17 Jun 1996 bila Dewan
Undangan Negeri Sabah memindahkan kuasa Ketua Menteri kepada Kabinet
dengan menggubal Ordinan Tanah Sabah, Enakmen Hutan dan Ordinan Galian.
Saya merupakan Ketua Menteri pada masa itu yang menggerakkan usul untuk
meminda rang undang-undang tersebut dan telah diluluskan oleh Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri.
Dengan cara ini, maka kuasa Ketua Menteri ini telah dipindahkan kepada
Kabinet. Ini dilakukan hanya tiga minggu selepas saya telah dilantik
sebagai Ketua Menteri memandangkan sebelum ini, terdapat penyalahgunaan
kuasa secara besar-besaran oleh ketua-ketua menteri sebelumnya seperti
anugerah 347 ekar tanah depan laut kepada syarikat yang berdaftar di Pulau
Virgin British yang membenarkan nama pemegang saham dirahsiakan.
Tanah itu, yang kini dikenali sebagai Sutera Harbour, telah dipohon pada
tahun 1993 dan hakmilik tanah itu telah dikeluarkan dengan secepat mungkin
iaitu pada tahun yang sama. Premium yang dibayar bernilai kira-kira tujuh
juta ringgit. Tanah yang sama telah dicagarkan kepada bank dengan nilai
lebih daripada 40 juta dolar Amerika.
Semua ini telah dilakukan secara tergesa-gesa menjelang hari-hari terakhir
pentadbiran PBS. Sebidang kawasan tanah laut lagi, bertentangan dengan
First Beach berhampiran Shangri La Tanjung Aru Resort, juga telah
diluluskan oleh Ketua Menteri yang berkhidmat pada tahun 1993 kepada sebuah
syarikat dari Kuala Lumpur.
Malah di Maliau Basin yang kini sudah diwartakan sebagai khazanah warisan,
telah dikeluarkan permit untuk mengeksplorasi arang batu di kawasan itu
kepada sebuah syarikat dari Australia. Semua ini tidak pernah diketahui
oleh ahli kabinet pada masa itu.
Oleh itu, saya merasakan terdapat satu keperluan untuk memindahkan kuasa
meluluskan Ketua Menteri kepada Kabinet supaya Ketua Menteri pada masa
hadapan, termasuk diri saya sendiri, tidak lagi dapat menyalah gunakan
kuasa ke atas tanah, hutan dan kawasan galian.
Satu lagi kelulusan tanah untuk tujuan usahasama sebelum pindaan kepada
undang-undang 17 Jun 1996 ialah tanah yang dikatakan sebagai kawasan tanah
perumahan Kerajaan yang terletak di Second Beach dan Third Beach.
Perjanjian ini telah ditandatangani beberapa minggu sebelum saya menjadi
Ketua Menteri, di hari-hari terakhir Datuk Salleh Tun Said sebagai Ketua
Menteri. Walau bagaimanapun, PBS dan DAP melalui pakatan sulit, telah
memfitnah saya dan berbohong bahawa projek itu telah diluluskan oleh saya.
PBS dan DAP nampaknya mahu melindungi pemimpin UMNO dan membunuh kerjaya
politik saya. Sebagai ganjaran, kedua-dua PBS dan DAP telah menerima
imbuhannya.
Tuduhan Hiew King Cheu terhadap saya, bersabit dengan apa yang dipanggil
tanah persisir laut, tidak pernah pun ada kelulusan projek kepada
mana-mana syarikat. Mana-mana syarikat boleh mengemukakan proposal mereka
jika benar ada dan sesiapa juga boleh mengemukakan saman. Hakikat bahawa
kerajaan menang kes yang berkaitan membuktikannya fakta di atas.
Pakatan sulit Mantan Pengerusi DAP Sabah, Hiew King Chiew perlu berhenti
dari dipergunakan oleh Ketua Menteri UMNO untuk kepentingan UMNO. Seperti
yang terbukti dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Hiew dan DAP telah
berpakat dengan UMNO untuk menyerang hanya SAPP dan tidak mengkritik
UMNO,terutamanya Ketua Menteri (UMNO) Sabah. Pakatan sulit UMNO-DAP ini
Hiew masih berterusan.
Sepertimana juga baru-baru ini, di mana SAPP menaikan bendera selama 3
hari untuk memperingati ulang tahun ke-3 SAPP meninggalkan BN, Hiew
mengarahkan Edward Mujie, untuk membuat aduan mengenai bendera. Malah,
sedangkan DBKK atau mana-mana pemimpin BN yang lain atau UMNO pun tidak
mahu kelihatan bodoh mengadu mengenai bendera kerana kemelut 11 Julai (usaha
DBKK / BOMBA untuk membuang papan tanda Sabahtv.net).
Tetapi UMNO menggunakan Hiew dan Edward untuk melakukan kerja-kerja kotor
untuk mereka. Pada 11 Julai, dalam kes papantanda Sabahtv.net juga, Hiew
and Edward Mujie telah menjadi jurucakap bagi pihak UMNO dan DBKK
mengkritik SAPP mengenai isu sama.
Seperti kes Saham Amanah Sabah (SAS), UMNO tidak pernah berani untuk
berkata apa-apa tentangnya kerana mereka tahu bahawa orang-orang yang
terlibat itu adalah orang-orang UMNO sendiri. Apabila ditekan untuk
memberi penjelasan, Ketua Menteri hanya mengelak dengan menganggap isu SAS
sebagai "remeh" dan menolak usul untuk mengeluarkan "White Paper" bagi
tujuan membolehkan semua maklumat mengenai SAS, urusan transaksinya dan
dalang sebenarnya dibongkarkan.
Walau bagaimanapun, setelah beberapa kali Kabinet BN yang pengecut itu
mengulangi teknik melengah-lengahkan usul ini, akhirnya pada Ogos 2010
lepas, ADUN SAPP Datuk Liew Teck Chan dan Melanie Chia, berjaya juga untuk
membahaskan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam Dewan Negeri,
UMNO masih mempunyai boneka PBS seperti Yee Moh Chai, Herbert Timbun
Lagadan dan si pengkhianat Raymond Tan untuk bercakap bagi pihak mereka.
Ternyata bahawa Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan dan semua
wakil-wakil rakyat UMNO hanya berdiam diri tentang ini sebagaimana UMNO
berdiam diri tentang isu pengundi hantu, pendatang tanpa izin dan kad
pengenalan palsu.
Tetapi bagi UMNO, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana mereka mempunyai
sekutu mereka PBS untuk melakukan kerja kotor bagi pihak mereka dan
mengalihkan semua serangan tentang isu SAS kepada SAPP, terutamanya kepada
saya. Ini sama dengan isu pengundi hantu dan pendatang tanpa izin, ketika
PBS masih dalam pembangkang, mereka terus-menerus menyerang SAPP,
terutamanya saya tetapi tidak pula menyentuh UMNO. Persoalannya, adakah
PBS benar-benar jujur tidak mengetahui bahawa orang UMNO tidak terlibat?
Hari ini PBS telah bukan sahaja menjadi bisu dan tuli mengenai isu
pendatang tanpa izin, malah mereka sudah menjadi jurucakap pihak UMNO.
Begitulah kuatnya kuasa Ketua Menteri UMNO terhadap PBS dan DAP Sabah.
Satu contoh, DAP Sabah tidak pernah membangkitkan krisis pengambilan tanah,
terutama sekali mereka yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah. Semua orang
tahu bahawa Syarikat perniagaan Hiew sedang terlibat di dalam projek
Seafront KK. Itulah sebabnya, apabila rakyat membuat aduan berkenaan
projek depan Laut KK, Hiew pergi ke lokasi dan mengisytiharkan bahawa
projek hadapan laut itu hanyalah projek "menimbun tanah (earth filling)"
dalam laut dan bukannya projek "penebusgunaan tanah laut",
seolah-olah terdapat perbezaan antara menimbun tanah dan penebusgunaan
laut. Patutlah ada rakan-rakan saya yang bertanya bagaimana Hiew mendapat
ijazah kedoktorannya itu.
Hiew King Chiew adalah satu-satunya orang yang telah secara sukarela
memberikan pandangan bahawa Kompleks Karamunsing adalah selamat dan stabil.
Sedangkan sebelum ini DBKK atau JKR telah diminta untuk meneliti perkara
tersebut.
Ini telah membuat orang beranggapan bahawa Hiew mempunyai agenda
tersembunyi. Jadi, Hiew harus berhenti dari diperalatkan oleh Ketua
Menteri UMNO. Semua orang tahu apa yang dipanggil 'sea front project'
ditandatangani oleh MLGH Sdn. Bhd. ada kaitan dengan UMNO, dan ramai
daripada mereka masih aktif dalam BN hari ini.
Semua nama tokoh-tokoh UMNO yang berkaitan ada disebut dalam perbicaraan
itu. Hiew seharusnya tidak terkeliru oleh bos UMNOnya tentang saham "CM
Incorporated" yang kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena. Malah,
kebanyakan, kalau pun tidak semua, saham syarikat kerajaan yang diwujudkan
di atas nama "CM Incorporated" atau "Perbadanan Kementerian Kewangan"
untuk memenuhi keperluan perundangan. Projek depan laut yang berjalan
sekarang di Kota Kinabalu akan menyekat pemandangan laut Promenade dan
pangsapuri-pangsapuri Marina, juga mempunyai kaitan dengan UMNO.
Pemimpin-pemimpin SAPP termasuk saya sendiri tidak akan berhenti dalam
membangkitkan isu-isu pengambilan tanah oleh Ketua Menteri dan kroni
beliau.
Saya telah berulang kali menegaskan bahawa sebuah syarikat yang mengambil
tanah di Sukau, pengarahnya mencatatkan alamatnya sebagai kediaman rasmi
Ketua Menteri yang dikenali sebagai "Sri Libaran" di Batu 7, Jalan
Lapangan Terbang, Kampung Sungai Kayu, Sandakan.
Pemilik tanah yang tulen telah dipenjara selama dua minggu di Sandakan.
Sekarang ini, gangguan polis telah dipergiatkan terhadap penduduk kampung
yang tinggal, yang terdiri daripada Orang Sungai, untuk membolehkan
syarikat mengambil alih 400 ekar tamanan pokok kelapa sawit dan
buah-buahan yang telah diusahakan lebih daripada 25 tahun.
50 keluarga yang terpinggir ini, selama ini telah bersungguh-sungguh selama
bertahun-tahun menggunakan tangan sendiri, alat dan baja mereka tetapi
kini sebuah syarikat besar ingin mengusir penduduk kampung dan menikmati
hasil buruh daripada penduduk kampung. Ini adalah sesuatu yang tidak
berprikemanusiaan, kejam dan akan tetap didedahkan.
Pengambilan tanah-tanah di Kota Belud, Tawau, Serudong, Sandakan, Banggi,
Papar, Keningau dan pengusiran penduduk kampung dari kawasan hutan simpan
telah sampai ke tahap kritikal yang mana menyebabkan ramai penduduk
kampung telah menjadi pelarian di negara mereka sendiri.
Datuk Yong Teck Lee, Ketua Menteri 28 Mei 1996 hingga 27 Mei 1998
|