BN enggan bubar takut kalah
PENAMPANG, 16 Julai 2012: President Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee Barisan Nasional (BN) enggan bubar Parlimen and
Dewan Undangan Negeri Sabah sebelum tempoh berakhir kerana mereka bimbang
akan kalah.
Teck Lee berkata, pilihan raya kali ke-13 dijangkakan akan di adakan
samada pada Jun atau Julai tetapi tidak menjadi kenyataan.
"Barisan Nasional telah mengagihkan RM500 kepada setiap ketua keluarga
yang di kenali BR1M sebelum Jun dan sepatutnya diikuti dengan pembubaran
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah.
"Bagaimanapun, maklum balas yang diterima daripada setiap negeri
menunjukkan BN akan kalah dan oleh sebab itu mereka batalkan rancangan
untuk mengadakan pilihan raya awal.
"Kini BN dijangka akan mengadakan pilihan raya samada pada September atau
November iaitu selepas Hari Raya Puasa atau selepas Hari Raya Haji.
"Pusingan kedua pengagihan RM500 akan diadakan sebelum pilihan raya," kata
Teck Lee ketika merasmikan pejabat SAPP bagi Jawatankuasa Perhubungan
Kawasan (CLC) Moyog di Dongonggon Point, di sini.
Hadir sama Penasihat SAPP dan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd
Noor Mansoor, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk
Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Likas Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden Tuan Haji Amde Sidik dan
Pengerusi SAPP Moyog Aloysius Danim Siap.
Turut hadir, Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong, Bendahari Agung
Dullie Marie, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Ketua Wanita merangkap ADUN
Luyang Melanie Chia, Ketua Pemuda Edward Dagul dan para Ahli Majlis
Tertinggi parti.
Teck Lee berkata, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah akan dibubar
samada pada Februari atau Mac 2013 apabila BN mendapati Septemner atau
November tahun ini tidak sesuai.
Bagaimanapun, Teck Lee berkata, pilihan raya umum kali ke-13 mesti
diadakan apabila tempoh lima tahun tamat pada Mac 2013.
Katanya, SAPP sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya jika diadakan
pada bila-bila masa sahaja.
|