Tanah dan Gua Gomantong akan dikembalikan kepada pewaris
Tanah dan Guan Gomantong akan dikembalikan kepada pewaris yang berhak
antara yang terdapat pada manifesto Tuan Aprin bin Musin, Calon SAPP N.48
Sukau
SUKAU, April 27, 2013: Calon Parti Maju Sabah (SAPP) yang bertanding untuk
merebut kerusi (DUN) N.48 Sukau, Tuan Aprin Bin Musin telah mengemukakan
beberapa perkara penting yang dihadapi oleh penduduk (DUN) Sukau dan
perkara-perkara tersebut telah disenaraikan di dalam manifesto beliau.
Tuan Aprin juga berjanji akan menunaikan perkara-perkara yang telah
disenaraikan sekiranya beliau diberikan mandat pada PRU-13 kali ini.
Permasalahan ini sememangnya telah lama disuarakan oleh penduduk-penduduk
yang tinggal di sekitar kawasan (DUN) Sukau kepada pihak-pihak yang
berkenaan namun sehingga kini tidak ada jawapan yang diterima. Isu
permasalahan ini telah lama membelenggu penduduk-penduduk sukau dan juga
kawasan sekitarnya dan isu yang paling besar adalah isu tanah dan gua
gomantong.
Kelemahan daripada tampuk pimpinan yang menerajui kawasan Sukau
dan sekitarnya kini menyebabkan penduduk di kawasan tersebut bangkit untuk
menentang.
"Saya pernah terbaca satu artikal yang menyatakan bahawa kawasan Sukau
adalah kawasan yang paling termiskin sekali di Malaysia. Hati saya merasa
terkilan dengan apa yang telah saya baca. Di manakah kesemuanya hasil
ekonomi kawasan Sukau, sedangkan Sukau terkenal dengan aktiviti
pelancongannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Saya adalah anak jati
Sukau dan saya tahu apa perkembangan yang berlaku di kawasan tersebut,"
menurut beliau lagi.
Selain itu beliau juga mengesa kepada semua penduduk-penduduk Sukau dan
kawasan sekitarnya agar bangkit demi perubahan.
"Saya berjanji kepada
semua penduduk Sukau dan sekitarnya sekiranya penduduk Sukau dan
sekitarnya memberikan mandat kepada saya, saya akan membawa apa juga
permasalahan ini ke Dewan Undangan Negeri Sabah untuk diselesaikan.
"Saya
juga akan mengunakan semua jenis laman sosial yang ada kini untuk
dimanafaatkan sebaik mungkin sebagai landasan juga alat penrhubungan untuk
mendengar segala rintihan yang akan diajukan oleh penduduk Sukau demi
untuk satu perubahan dan juga memajukan Sukau serta kawasan sekitarnya.
Bukan sekadar membawa perubahan, tetapi yang penting membuat perubahan." Menurut kata beliau lagi.
Oleh Rezal Pawana
|