
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
Message
Yong Teck Lee:
"This is my promise to you, that our struggle continues and I will
always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are
fundamental to the future of a country or a government or, in our case,
SAPP as a serious political party of the future"
------------
Send us yours to publish |
|
|
  |
SAPP PARTY CULTURE |
Nilai Budaya Parti Maju Sabah |
-
1. Perpaduan
-
Mumupuk semangat "berfikir dan bertindak" sebagai garis panduan dalam semua tindakan kita. Semangat "berfikir dan bertindak" diasaskan dengan berpandukan konsep "kekitaan".
-
2. Komitmen
-
Sentiasa bertindak dan bergerak ke arah mencapai objektif. Kita perlu mengutamakan kecemerlangan pada setiap masa. Kita perlu sentiasa menilai semua kekuatan dan kelemahan kita dan mengambil langkah yang wajar untuk memperbaikinya. Mangutamakan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri akan membantu memupuk semangat kekitaan dalam parti.
-
3. Khidmat
-
Berorientasikan tindakan dan bersikap penyayang. Sifat penyayang mestilah dipupuk sebagai satu budaya parti yang bukan sahaja menjaga kepentingan dan kebajikan ahli parti sendiri malahan rakyat jelata secara umum, terutama sekali mareka yang memerlukan pertolongan. Adalah amat penting bagi kita mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab social kita.
-
4. Kredibiliti
-
Memupuk dan membentuk tahap kredibiliti yang tinggi dengan bertindak sejajar dengan apa yang diperkatakan. Kita perlu meletakkan piawaian untuk membimbang dan mengawasi kelakuan dan tindakan kita.
-
5. Disiplin
-
Taat setia kepada polisi dan matlamat parti dan untuk mencapainya kita perlu berdisiplin dengan mematuhi kod etika parti. Kita mestilah berdisiplin agar tidak terpengaruh dengan pemikiran dan tindakan yang melampau sebaliknya sentiasa menghasilkan matlamat yang lebih tinggi untuk parti. Dengan pelbagai pengaruh materialistik dan pemodenan, aspek rohani semakin hari terabai dan sekaligus mewujudkan pelbagai masalah sosial. Justeru itu disiplin memainkan peranan penting untuk mengimbangkan pelbagai kepincangan ini. Sesebuah organisasi yang berdisiplin tidak akan terancam dan tergoyang. Disiplin yang dijadikan sebahagian daripada budaya sesebuah organisasi akan menjadikan organisasi tersebut lebih kuat dan kukuh.
-
6. Ketabahan
-
Mempunyai keupayaan untuk mendapatkan semula kekuatan pada setiap kali kita mengalami kegagalan. Membentuk sifat ketabahan dalam diri kita dan sentiasa memahami kepentingan mempunyai kayakinan terhadap diri kita bahawa kita boleh berjaya. Kita mestilah bersedia untuk kembali ke alam nyata daripada kegagalan dan kesugulan dan menyesuaikan diri dengan seberapa segera yang boleh.
-
7. Maju
-
"Maju" adalah lambang utama parti kita. Untuk mencapai sifat ini budaya parti kita mestilah bersedia untuk menyesuaikan diri secara dinamik sejajar dengan perubahan dunia luar. Budaya yang maju tentunya akan menghasilkan pembentukan masyarakat yang saintifik dan maju. Ini juga akan membentuk sebuah masyarakat yang inovatif dan berwawasan, yang bukan sahaja menggunakan teknologi tetapi turut menyumbangkan pemodenan teknologi dan tamadun pada masa hadapan.
[Bahasa Malaysia][Chinese][English]
|
|