
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
Message
Yong Teck Lee:
"This is my promise to you, that our struggle continues and I will
always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are
fundamental to the future of a country or a government or, in our case,
SAPP as a serious political party of the future"
------------
Send us yours to publish |
|
|
  |
[Versi English][Versi
Cina]
PERLEMBAGAAN PARTI MAJU SABAH
KANDUNGAN
Fasal 1 Nama
Fasal 2 Nama dan Tempat Urusan
Fasal 3 Lambang dan Bendera
Fasal 4 Tujuan dan Matlamat
Fasal 5 Keahlian
Fasal 6 Persidangan Perwakilan
Fasal 7 Majlis Tertinggi
Fasal 8 Komiti Eksekutif
Fasal 9 Komiti Perhubungan Kawasan Tugas-Tugas
dan Kuasa-Kuasanya
Fasal 10 Komiti Perhubungan Wanita Tugas-Tugas
dan Kuasa-Kuasanya
Fasal 11 Komiti Perhubungan Pemuda Tugas-Tugas
dan Kuasa-Kuasanya
Fasal 12 Pembentukan Cawangan-Cawangan
Fasal 12A Mesyuarat Agung Cawangan
Fasal 12B Komiti Cawangan
Fasal 12C Tugas-Tugas dan
Tanggungjawab Komiti Cawangan
Fasal 13 Lembaga Disiplin
Fasal 13A Melanggar Peruntukan-Peruntukan
Perlembagaan atau Kod Etika
Fasal 14 Peruntukan Kewangan
Fasal 15 Juruaudit
Fasal 16 Pemegang Amanah
Fasal 17 Majlis Penasihat
Fasal 18 Presiden Kehormat
Fasal 19 Jangkamasa Memegang Jawatan
Fasal 20 Pemindaan Perlembagaan
Fasal 21 Peruntukan-Peruntukan Pelbagai
Fasal 22 Pembubaran
Kod Etika
PERLEMBAGAAN
PARTI MAJU SABAH (PMS)
FASAL 1. NAMA (Balik ke
Kandungan)
Pertubuhan ini dinamakan Parti Maju Sabah atau dalam Bahasa Inggeris ¡°Sabah
Progressive Party¡± (SAPP) dan seterusnya disebut sebagai ¡°Parti¡± dalam
perlembagaan ini.
FASAL 2. NAMA DAN TEMPAT URUSAN
(Balik ke Kandungan)
(1) Alamat berdaftar Parti ini ialah Lot 23, Tingkat Dua, Bornion Centre, Jalan
Kolam, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
(2) Tempat mesyuarat Parti adalah di alamat berdaftar atau lain-lain tempat yang
akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.
FASAL 3. LAMBANG DAN BENDERA (Balik
ke Kandungan)
(1) Lambang Parti berbentuk peta Negeri Sabah berwarna hijau berlatar
belakangkan warna langit kebiruan dan matahari terbit berwarna kuning yang
terkandung di dalam kotak empat segi sebagai sempadan berwarna ungu.
Skim Warna ¨C Langit kebiruan melambangkan pemandangan luas, matahari terbit
berwarna kuning melambangkan kecerahan masa depan Sabah dalam Malaysia. Hijau
melambangkan keindahan penduduk, alam semulajadi yang kaya dari segi punca
pendapatan. Sempadan berwarna ungu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia di
Sabah.
(2) Bendera Parti adalah lambang Parti yang terkandung di dalam kawasan petak
empat segi bujur dengan tujuh jalur merah di kedua-dua belah lambang berlatar
belakangkan warna putih.
FASAL 4. TUJUAN DAN MATLAMAT (Balik
ke Kandungan)
Tujuan dan matlamat Parti ini adalah seperti berikut:
(1) Untuk membentuk kerajaan yang demokratik, bertanggungjawab dan adil serta
kerajaan yang tegas, berkeputusan dan berdisiplin.
(2) Menubuhkan masyarakat yang adil, bebas dan saksama tidak mengira bangsa,
ugama, kepercayaan atau jantina.
(3) Melindungi, meningkatkan dan menjaga hak-hak dan kepentingan dan inspirasi
rakyat Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.
(4) Menjunjung dan meningkatkan prinsip-prinsip demokrasi berparlimen dan
hak-hak termaktub di dalam perlembagaan dan hak-hak asasi semua warganegara.
(5) Meningkatkan dan melindungi hak-hak dan kepentingan-kepentingan orang asli
dan penduduk lain dalam Sabah dan Malaysia.
(6) Melindungi dan mengekalkan dan meningkatkan kebudayaan dan adat tradisi
semua rakyat Sabah dan Malaysia.
(7) Menjunjung, melindungi dan meningkatkan kebebasan berugama dalam Sabah dan
Malaysia.
(8) Meningkatkan keharmonian, persefahaman, kebaikan dan perpaduan semua rakyat
Sabah dan Malaysia dengan semangat berdikari berusaha dan bekerjasama.
(9) Untuk meningkatkan ekonomi, sosial, kebudayaan, pelajaran dan perkembangan
politik rakyat Sabah dan Malaysia.
(10)Untuk bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana organisasi politik
atau mana-mana bahagian di dalam Malaysia yang mempunyai tujuan-
tujuan dan prinsip-prinsip selaras untuk mencapai tujuan-tujuan dan
prinsip-prinsip selanjutnya parti ini.
(11) Untuk membuat semua tindakan-tindakan dan perkara-perkara yang tidak
dinyatakan di dalam kandungan Fasal-Fasal untuk menjaga kepentingan
Parti.
FASAL 5. KEAHLIAN (Balik
ke Kandungan)
(1) Kelayakan-kelayakan untuk Keahlian
Keahlian Parti adalah terbuka kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang
telah mencapai sekurang-kurangnya 18 tahun, tidak berpandukan kepada bangsa,
ugama, kepercayaan, jantina dan sesiapa sahaja yang bukan ahli kepada lain-lain
parti politik, dan sesiapa sahaja yang memegang kepada matlamat-matlamat Parti .
(2) Permohonan untuk Keahlian
a) Sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli kepada Parti mestilah memohon kepada
Majlis Tertinggi melalui borang yang ditetapkan dan selaras dengan undang-undang,
peraturan-peraturan dan prosedur yang akan diperuntukan oleh Majlis Tertinggi
dari masa ke semasa.
b) Majlis Tertinggi boleh menggunakan pandangan mereka sendiri menolak mana-mana
permohonan tanpa memberikan alasan-alasan terhadap keputusan.
c) Di mana-mana cawangan yang sudah ditubuhkan, ahli-ahli yang menetap atau
bekerja di dalam kawasan Cawangan itu akan disertakan di cawangan itu jika
sebaliknya hendaklah diluluskan oleh Setiausaha Agung.
d) Mana-mana kawasan di mana Cawangan belum lagi wujud, ahli-ahli yang menetap
atau bekerja di kawasan itu akan disertakan kepada mana-mana Cawangan tertakluk
kepada arahan Setiausaha Agung, dan
e) Tiada ahli dalam sesuatu cawangan boleh menjadi ahli kepada mana-mana
Cawangan yang lain dalam masa yang sama. Perpindahan keahlian dari satu Cawangan
yang lain akan dibenarkan dengan surat kebenaran daripada Setiausaha Agung.
(3) Kemasukan Dan Yuran Keahlian
a) Yuran kemasukan ke dalam Parti ialah RM2.00;
b) Yuran tahunan ialah RM1.00 berakhir pada 31 Disember setiap tahun atau
sebahagian daripada tahun tersebut;
c) Yuran kemasukan dan yuran tahunan pada tahun tersebut mestilah diserahkan
kepada Parti pada masa permohonan keahlian;
d) Semua yuran tahunan mestilah dibayar terlebih dahulu atau sebelum 1 Januari
tiap-tiap tahun. Mana-mana ahli yang belum menjelaskan yuran akan kehilangan hak
dan keistimewaan sebagai ahli;
e) Ahli-ahli cawangan mestilah membayar yuran tahunan mereka kepada Cawangan
mereka masing-masing dan Cawangan itu haruslah bertanggungjawab ke atas
yuran-yuran yang telah dipungut atas arahan Majlis Tertinggi.
(4) Keahlian Seumur Hidup
a) Seseorang ahli akan menjadi Ahli Seumur Hidup apabila membayar sejumlah
sumbangan sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dari masa ke semasa tidak
kurang daripada RM100.00 dan ahli berkenaan akan dikecualikan daripada bayaran
yuran keahlian tahunan sebagaimana ditetapkan di bawah Fasal 5(3)(b).
b) Semua peraturan dan peruntukan dikuatkuasakan untuk keahlian meliputi
disiplin di bawah Fasal 13 akan dilaksanakan sama rata kepada Ahli Seumur Hidup.
(5) Hak-hak Ahli
a) Setiap pemohon diterima masuk ke dalam parti akan dikeluarkan kad keahlian.
b) Hanya yang diperuntukan dalam Perlembagaan dan asalkan ahli itu belum
dilucutkan keahlian atau apa-apa sebab, seseorang ahli berhak:-
(i) Untuk menghadiri dan bercakap di kesemua mesyuarat-mesyuarat yang mana dia
berhak untuk hadir;
(ii) Untuk membuang undi di kesemua mesyuarat-mesyuarat yang mana dia berhak
untuk hadir;
(iii) Untuk memegang jawatan di dalam Parti di mana dia sah diundi atau dilantik;
(iv) Untuk menggunakan secara berpatutan semua kemudahan-mudahan yang disediakan
oleh Parti.
(6) Perletakan Jawatan Ahli
Ahli yang ingin meletakkan jawatan boleh berbuat demikian dengan memberi sebulan
notis bertulis kepada Setiausaha Agung. Seorang ahli yang meletakkan keahlian
hendaklah menyerahkan kembali kad keahliannya kepada Parti.
FASAL 6. PERSIDANGAN PERWAKILAN
(Balik ke Kandungan)
(1) (a) Satu Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali haruslah diadakan sekali
dalam setiap dua tahun. Dalam Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali di mana
pemilihan umum parti diadakan hendaklah dipanggil Kongres Agung;
(b) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan, kuasa tertinggi Parti
ialah Persidangan Perwakilan. Semua fungsi eksekutif hendaklah dilaksanakan di
bawah kuasa dan arahan Persidangan Perwakilan.
(2) Tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa-kuasa Persidangan Perwakilan hendaklah:-
(a) Menentukan dasar-dasar Parti;
(b) Menyelia kerja dan kegiatan-kegiatan Majlis Tertinggi;
(c) Untuk memilih Pengerusi Tetap dan dua (2) Timbalan Pengerusi Tetap
Persidangan Perwakilan;
(d) Tertakluk kepada Fasal 7(2) dan 19(1), untuk memilih Ahli-ahli Majlis
Tertinggi;
(e) Untuk meminda Perlembagaan di mana ianya difikirkan perlu dan wajar;
(f) Untuk menentukan aturcaranya sendiri, mengarah, mengurus, mengawal dan
merunding dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai untuk Parti;
(g) Untuk mendelegasi dengan kuasa atau tahap kuasa untuk mendelegasi seterusnya;
semua atau sesuatu kuasa-kuasa kecuali kuasa untuk meminda Perlembagaan;
tertakluk kepada apa-apa kuasa yang didelegasikan hendaklah lesap berikutan
dengan Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali kecuali jika kuasa delegasi itu
telah diperbaharui di dalam Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali; dan
(h) Untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan Parti yang mana
tidak termaktub dan tidak diperuntukkan di dalam perlembagaan ini.
(3) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali haruslah mengendalikan
perkara-perkara berikut:-
(a) Untuk mengesahkan minit Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali yang lepas
dan jika ada, minit Persidangan Perwakilan Tergempar yang lalu;
(b) Untuk menerima laporan-laporan daripada Majlis Tertinggi sebagaimana yang
telah disampaikan oleh Setiausaha Agung, melaporkan aktiviti-aktiviti Parti,
kemajuan dan pembangunan untuk dua tahun yang lepas;
(c) Untuk menerima Laporan Kewangan untuk dua tahun yang lepas sebagaimana yang
disampaikan oleh Bendahari Agung;
(d) Untuk melantik juruaudit-juruaudit untuk dua tahun yang akan datang;
(e) Untuk membincangkan, jika perlu, untuk membuat keputusan apa-apa juga usul
yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi atau Komiti Perhubungan Pemuda atau
Wanita mana-mana cawangan;
(f) Untuk memilih Pengerusi Tetap dan dua (2) Timbalan Pengerusi Tetap bagi
Persidangan Perwakilan yang akan memegang jawatan tersebut sehingga Pemilihan
Umum Parti yang akan datang untuk pemegang-pemegang jawatan Parti;
(g) Tertakluk kepada Fasal 7(2) dan 19(1), untuk memilih Majlis Tertinggi sekali
dalam setiap empat tahun.
(3A) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali hendaklah diadakan selewat-lewatnya
sebelum bulan September kecuali diputuskan oleh Presiden. Notis awal Persidangan
Perwakilan Dua Tahun Sekali menyatakan tarikh, masa dan tempat perjumpaan,
usul-usul dibentangkan untuk perbahasan semasa Kongres hendaklah dihantar oleh
Setiausaha Agung kepada semua setiausaha-setiausaha cawangan selewat-lewatnya
empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Kongres. Semua
setiausaha cawangan hendaklah bersidang untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
tidak lewat daripada dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan
untuk Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali.
(3B) Nama-nama wakil, usul untuk perbincangan dan cadangan lain hendaklah
dihantar oleh setiausaha-setiausaha cawangan kepada Setiausaha Agung dengan
seberapa cepat mungkin selepas perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
(3C) Setiausaha Agung hendaklah mengemukakan kepada semua setiausaha-setiausaha
cawangan agenda Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali serta dengan minit-minit
Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali yang terakhir dan akaun Parti untuk dua
tahun yang lepas yang telah diaudit sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali.
(4) Persidangan Perwakilan Tergempar berkemungkinan akan diadakan pada bila-bila
masa:-
(a) Jika diarah oleh Presiden Parti; atau
(b) Jika diminta secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3)
daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi menyatakan sebab-sebab memanggil Persidangan
Perwakilan Khas:
Dengan syarat tiga puluh (30) hari notis sebelum tarikh, masa dan tempat
Persidangan Perwakilan Khas diberikan kepada semua wakil-wakil;
Dengan syarat, dalam keadaan cemas, Presiden boleh menandatangani sijil
kecemasan di mana sekurang-kurangnya tujuh (7) hari notis perlu diberi kepada
wakil-wakil; dan
Dengan syarat seterusnya apa-apa notis yang kurang daripada tujuh (7) hari tidak
akan menggugat kesahihan Persidangan Perwakilan Khas hanya jika melanggar fasal
ini telah dipersetujui melalui resolusi yang tidak kurang daripada setengah
daripada semua wakil-wakil yang layak tidak kira jika
hadir atau tidak.
(5) Korum untuk semua Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali dan Persidangan
Perwakilan Khas hendaklah dianggotai oleh setengah wakil-wakil yang layak dan
nama-nama mereka telah dihantar oleh cawangan-cawangan tertentu mereka.
(6) Jika satu jam selepas tempoh atau masa yang telah ditetapkan untuk
Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali masih lagi tidak mencupuki Korum, maka
Persidangan hendaklah ditunda kepada tarikh yang tidak melebihi empat belas (14)
hari yang akan ditetapkan oleh Presiden, dan sekiranya korum tidak mencukupi
sejam selepas masa yang telah ditetapkan untuk Persidangan yang ditundakan itu,
maka perwakilan-perwakilan yang hadir akan mempunyai kuasa untuk meneruskan
agenda tetapi Persidangan tidak akan mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan.
(7) Di dalam keadaan di mana diadakan Persidangan Perwakilan Tergempar, jika
tidak
mencukupi korum, Persidangan hendaklah tidak diperlukan lagi untuk tujuan yang
sama sehingga lesap sekurang-kurangnya tiga bulan daripada yang dinyatakan.
(8) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali hendaklah dianggotai oleh:-
(a) Ahli-ahli Majlis Tertinggi;
(b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara,
(c) Pengerusi setiap Cawangan yang bukan ahli Majlis Tertinggi, ahli Dewan
Undangan Negeri, Ahli Parlimen. Untuk menghindar keraguan, jika Pengerusi
Cawangan tidak dapat hadir atas apa-apa sebab, tidak ada ahli boleh hadir untuk
mewakili beliau;
(d) Perwakilan-perwakilan yang akan dipilih melalui pengundian oleh Mesyuarat
Agung Tahunan Cawangan adalah seperti berikut:
(i) Bagi Cawangan-Cawangan yang mempunyai 50 hingga 100 ahli -
satu perwakilan dan selepas itu ditambah satu perwakilan bagi setiap 50 ahli
sehingga maksima 4 perwakilan sahaja.
(ii) Pengerusi Cawangan hendaklah tidak dikira sebagai perwakilan di bawah
kategori ini.
(e) Dua puluh (20) perwakilan yang dilantik oleh Komiti Perhubungan Wanita
melalui majoriti pemilihan; dan
(f) Dua puluh (20) perwakilan yang dilantik oleh Komiti Perhubungan Pemuda
melalui majoriti pemilihan.
(9) Persidangan Perwakilan Tergempar hendaklah dianggotai oleh
perwakilan-perwakilan yang sama dengan yang mengganggotai Persidangan Perwakilan
Tergempar yang lalu.
(10) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali dan Persidangan Perwakilan
Tergempar
boleh memecat sesiapa ahli Majlis Tertinggi yang dilantik atau dipilih dengan
dua pertiga (2/3) majoriti.
FASAL 7. MAJLIS TERTINGGI (Balik
ke Kandungan)
(1) Adalah perlu untuk menubuhkan Majlis Tertinggi.
(2) Majlis Tertinggi hendaklah dianggotai oleh anggota-anggota seperti berikut:-
(a) Presiden
(b) Tiga Timbalan Presiden
(c) Enam Naib Presiden yang dipilih oleh Persidangan Perwakilan
(d) Dua Naib Presiden akan dilantik oleh Majlis Tertingi
(e) Satu Naib Presiden yang mana hendaklah Ketua Pergerakan Wanita
(f) Satu Naib Presiden yang mana hendaklah Ketua Pergerakan Pemuda
(g) Setiausaha Agung
(h) Satu Pembantu Setiausaha Agung
(i) Bendahari Agung
(j) Satu Pembantu Bendahari Agung
(k) Setiausaha Penganjur
(l) Satu Pembantu Setiausaha Penganjur
(m) Ketua Penerangan
(n) Satu Pembantu Ketua Penerangan
(o) Ahli-Ahli Majlis Tertinggi seperti berikut:-
(i) Lima belas ahli-ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih oleh Kongres Agung;
(ii) Tiga ahli-ahli Majlis Tertinggi yang akan dilantik oleh Majlis Tertinggi.
Pemegang-pemegang jawatan yang tersebut di atas tersenarai di dalam (g), (h), (i)
(j), (k), (l), (m) dan (n) akan dilantik oleh Presiden.
(2A)Tertakluk kepada Fasal 19(1) Perlembagaan ini, nama-nama calon untuk
pemilihan untuk memegang jawatan-jawatan yang dirujuk di perenggan (a), (b),
(c), dan (o), (i), Peruntukan (2) di atas hendaklah dicadangkan
sekurang-kurangnya oleh satu Cawangan dan disokong oleh satu Cawangan yang lain
semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (dalam tahun pemilihan). Melainkan
Majlis Tertinggi mempunyai kuasa dari masa ke semasa untuk membuat keputusan
mengenai jumlah Cawangan yang diperlukan untuk menamakan seseorang calon yang
mana difikirkan sesuai.
Pemilihan hendaklah ditentukan dengan undi majoriti oleh perwakilan-perwakilan
di Kongres Agung.
(2B) Ketua-Ketua Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda yang dirujuk di dalam
perenggan (e) dan (f) di dalam Peruntukan (2) di atas hendaklah dilantik oleh
Majlis Tertinggi mengikut Fasal 10 dan 11 Perlembagaan ini.
(3) Tugas-tugas dan kuasa-kuasa Majlis Tertinggi adalah seperti berikut:-
(a) Majlis Tertinggi hendaklah bertanggungjawab terhadap pentadbiran am Parti.
(b) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai tugas-tugas dan kuasa-kuasa untuk
merancang polisi-polisi, program-program dan perkara-perkara lain yang mana
difikirkan perlu.
(c) Majlis Tertinggi boleh mencadang ahli-ahli untuk apa-apa perlantikan politik
di dalam Kerajaan, badan-badan berkanun, ajensi-ajensi kerajaan atau
organisasi-organisasi lain atau perbadanan yang sesuai.
(d) Majlis Tertinggi hendaklah dengan sendiri atau melalui kuasanya menyerahkan
kuasa kepada sesiapa pememang jawatan atau komiti di bawah jagaannya, memilih
calon-calon Parti untuk bertanding di mana-mana Negeri atau Pilihanraya Parlimen
atau mana-mana Pilihanraya yang sesuai.
(e) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk menentu, bertindak,
menyelia atau mengendalikan apa jua perkara-perkara berkaitan dengan apa-apa
pilihanraya-pilihanraya, atau perkara-perkara lain yang boleh membawa kesan
kepada Parti.
(f) Ahli Majlis Tertinggi mempunyai bidang kuasa dalam membuat keputusan
mengenai hubungan Parti dengan mana-mana pertubuhan yang sah di dalam Malaysia,
samada mengenai perkara persefahaman, gabungan atau lain-lain persefahaman yang
berkaitan dan yang akan mendatangkan manfaat, yang tidak termaktub dengan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan.
(g) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik:-
(i) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada semua Komiti Perhubungan Kawasan
sepertimana yang termaktub didalam Fasal 9 disini;
(ii) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada Komiti Perhubungan Wanita
sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 10 di sini;
(iii) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada Komiti Perhubungan Pemuda
sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 11 di sini;
(iv) Pengerusi dan ahli-ahli lain kepada mana-mana Komiti Sementara,
Komiti Tetap, Komiti Bersepadu dan sesuatu komiti lain yang perlu mengenai
apa-apa perkara tertentu atau untuk tujuan am atau objektif; dan
(v) Pengerusi dan ahli-ahli lain bagi setiap Zon Komiti atau komiti dengan nama
lain, untuk memberi kerjasama dan menyelia kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti
satu atau lebih dari satu Komiti-Komiti Perhubungan Kawasan.
(h) Majlis Tertinggi hendaklah berkuasa sebagai badan yang meluluskan penubuhan
dan pengesahan mana-mana Cawangan Parti sepertimana yang terkandung di dalam
Fasal 12 di sini.
(i) Majlis Tertinggi hendaklah menyelia dan mengarahkan pengurusan am Komiti
Eksekutif, Komiti Perhubungan Kawasan, Komiti Zon, Komiti Perhubungan Wanita,
Komiti Perhubungan Pemuda dan semua cawangan-cawangan, termasuklah kuasa untuk
membuat undang-undang, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil berhubung
dengan perjalanan komiti-komiti yang tersebut di atas atau cawangan sepertimana
keadaan memerlukan.
(j)[i]Majlis Tertinggi hendaklah membuat sesuatu Perintah-Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dn undang-undang kecil
sepertimana yang perlu untuk perjalanan lancar Parti dan jenteranya dan
pengurusan, termasuklah kuasa untuk membuat sesuatu Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil untuk
melancarkan perjalanan apa-apa pemilihan pemegang-pemegang jawatan Parti,
cawangan-cawangan dan Majlis Tertinggi.
[ii]Majlis Tertinggi diberi kuasa untuk membuat Kod Etika bagi Ahli-Ahli di mana
antara lainnya hendak menghalang penyalahgunaan kuasa dan wang untuk memperolehi
undi, sokongan atau mempengaruhi untuk kepentingan diri atau bagi pihak
ahli-ahli lain atau menghalang ahli-ahli lain daripada mengundi atau diundi
didalam mana-mana pemilihan parti.
(k) Tertakluk kepada Peruntukan (j) di atas, Majlis Tertinggi hendaklah melantik
tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuh ahli-ahli Parti untuk
membentuk Komiti Sementara Pemilihan untuk menyelia dan memerhatikan
pemilihan-pemilihan pemegang jawatan Majlis Tertinggi. Ahli-Ahli berkenaan
mungkin dilantik daripada golongan Presiden-Presiden Kehormat dan
Penasihat-Penasihat atau mana-mana ahli-ahli yang mempunyai pendirian berkecuali
yang baik dan boleh dipercayai, dengan syarat ahli-ahli Komiti Sementara
Pemilihan tidaklah berkelayakkan untuk pemilihan kepada Majlis Tertinggi yang
mana pemilihan itu adalah atas penyeliaan dan pemerhatian Komiti tersebut.
(l) Majlis Tertinggi hendaklah menjalankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan
tersebut dan Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-
peruntukan dan undang-undang kecil yang sedia ada dan polisi-polisi dan
rancangan-rancangan Parti; dan bagi memastikan Perintah-Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan undang-undang kecil dan
polisi-polisi dan rancangan-rancangan Parti dipatuhi; boleh mengambil semua
tindakan yang sesuai dan langkah-langkah bagi memastikan semua dipatuhi,
termasuk kuasa menggantung mana-mana keahlian Parti atau menggantung
atau membubarkan mana-mana Cawangan Parti oleh Majlis Tertinggi.
(m) Majlis Tertinggi boleh mengambil apa-apa langkah, tindakan yang mana tidak
diperuntukkan khas di dalam Perlembagaan ini untuk tujuan kebaikan kepada
Parti.
(4) Majlis Tertinggi hendaklah bertemu sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga
bulan atau apabila diarah oleh Presiden atau atas permintaan bertulis daripada
sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi yang
masih kekal, tetapi hanya sekiranya diputuskan oleh Presiden di dalam
keadaan-keadaan mendesak, tujuh hari (7) notis hendaklah diberikan kepada
ahli-ahli untuk mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi, kecuali diperuntukkan
kegagalan mematuhi peruntukan ini tidak akan menjejaskan kesahihan perjalanan
mesyuarat atas kegagalan mematuhi telah dipersetujui melalui resolusi tidak
kurang dari setengah ahli Majlis Tertinggi yang masih kekal, hadir atau tidak.
(5) Satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi yang masih kekal akan
membentuk korum.
(6) Anggota Majlis Tertinggi boleh meletakkan jawatan secara bertulis kepada
Presiden, yang mana beliau akan membentangkan perletakan jawatan itu kepada
Majlis Tertinggi pada mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya. Sekiranya berlaku
perletakan jawatan oleh ahli yang terpilih, maka Majlis Tertinggi boleh melantik
satu lagi ahli untuk mengisi kekosongan jawatan yang wujud di dalam Majlis
Tertinggi.
(7a) Jika berlaku kejadian mana-mana ahli yang dipilih berhenti memegang jawatan
atas apa-apa sebab, atas tindakan undang-undang, penggantungan atau kematian
atau atas sebab-sebab lain, Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk
melantik lain-lain ahli untuk mengisi kekosongan yang wujud.
(7b) Jika belaku kejadian apabila ahli yang dilantik berhenti memegang jawatan
atas apa-apa sebab seperti atas perletakan jawatan, atas tindakan undang-undang,
penggantungan atau kematian atau sebab-sebab lain, Presiden bolehlah membuat
perlantikan untuk mengisi kekosongan yang wujud.
(8) Sekiranya berlaku di mana dua pertiga (2/3)atau lebih ahli Majlis Tertinggi
meletakkan jawatan dengan serentak, maka ahli Majlis Tertinggi yang tinggal
hendaklah terus mentadbir Parti sehinggalah Persidangan Perwakilan Tergempar
telah diadakan untuk memilih Majlis Tertinggi yang baru.
(9) Tugas-tugas pemegang-pemegang jawatan Majlis Tertinggi adalah seperti
berikut:-
(a) Presiden hendaklah menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan
adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran harian Parti;
(b) Timbalan-Timbalan Presiden hendaklah membantu secara am di dalam tugas-tugas
Presiden dan satu daripada Timbalan-Timbalan Presiden hendaklah dilantik oleh
Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden;
(c) Naib Presiden hendaklah membantu Presiden and Timbalan-Timbalan Presiden di
dalam tugas-tugas mereka, dan hendaklah melaksanakan sesuatu
tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden Majlis Tertinggi;
(d) Setiausaha Agung hendaklah mengendalikan pengurusan aktiviti-aktiviti Parti
termasuklah mengambil minit mesyuarat-mesyuarat, mengemukakan tafsiran dan akuan
dan sesuatu dokumen-dokumen lain sepertimana yang diperlukan oleh Akta
Pertubuhan 1966 kepada Pendaftaran Pertubuhan dan secara amnya untuk memastikan
dan mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan.
Setiausaha Agung hendaklah menyelia perjalanan fungsi Cawangan-Cawangan.
Setiausaha Agung hendaklah mengemukakan laporan Dua Tahun Sekali tentang
kemajuan dan kegiatan Parti pada tiap-tiap Persidangan Perwakilan Dua Tahun
Sekali;
(e) Pembantu Setiausaha Agung hendaklah membantu secara am Setiausaha Agung di
dalam pengendalian tugas-tugas Setiausaha Agung;
(f) Bendahari Agung hendaklah bertanggungjawab ke atas pengurusan akaun dan
kewangan Parti. Bendahari Agung hendaklah mengemukakan laporan kewangan yang
telah diaudit pada setiap Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali;
(g) Pembantu Bendahari Agung hendaklah membantu Bendahari Agung di dalam
perlaksanaan tugas-tugas sebagai Bendahari Agung;
(h) Setiausaha Penganjur hendaklah bertanggungjawab untuk menganjurkan latihan
politik dan latihan kepimpinan untuk ahli-ahli dan untuk memastikan perjalanan
teratur dan kemajuan sesuatu aktiviti-aktiviti;
(i) Pembantu Setiausaha Penganjur hendaklah membantu secara am Setiausaha
Penganjur di dalam mengendalikan tugas-tugas Setiausaha Penganjur;
(j) Ketua Penerangan hendaklah mengendalikan publisiti dan perhubungan media
masa Parti dan memastikan penyebaran penerangan kepada orang awam untuk kebaikan
Parti. Ketua Perhubungan boleh mengendalikan seminar-seminar penerangan,
persidangan-persidangan atau sesuatu aktiviti-aktiviti lain sepertimana yang
perlu untuk mencapai tujuan-tujuan di atas;
(k) Pembantu Ketua Perhubungan hendaklah membantu secara am Ketua Perhubungan di
dalam mengendalikan tugas-tugas Ketua Perhubungan;
(l) Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang lain hendaklah membantu di dalam pentadbiran
Parti dan bolehlah diberikan tugas-tugas tertentu sepertimana yang akan
ditetapkan oleh Presiden atau Majlis Tertinggi.
(10) Semua pemegang-pemegang jawatan Parti, setiap pegawai terlibat dengan
pentadbiran Parti dan semua penasihat Parti hendaklah warganegara Malaysia.
(11) Semua pemegang-pemegang jawatan Parti hendaklah layak untuk mengundi dan
memegang jawatan-jawatan di dalam komiti-komiti atau jawatankuasa Parti.
FASAL 8. KOMITI EKSEKUTIF (Balik
ke Kandungan)
(1) Komiti Eksekutif hendaklah ditubuhkan dan dianggotai oleh Presiden,
Timbalan-Timbalan Presiden, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda,
Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Setiausaha Penganjur, Ketua Penerangan dan
dua hingga tujuh ahli-ahli lain Majlis Tertinggi yang akan dilantik oleh
Presiden.
(2) Komiti Eksekutif hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan
dengan notis sekurang-kurangnya dua hari kepada ahli-ahli Komiti Eksekutif. Satu
perdua (1/2) daripada ahli-ahli hendaklah membentuk korum.
(3) Komiti Eksekutif hendaklah bertanggungjawab terhadap pentadbiran ibu pejabat
Parti dan boleh menyediakan laporan-laporan yang perlu, perakuan-perakuan,
cadangan-cadangan atau perkara lain untuk perbincangan dan keputusan Majlis
Tertinggi.
(4) Komiti Eksekutif hendaklah menjalankan dan mengendalikan keputusan-keputusan
Majlis Tertinggi dan Kongres Agung.
FASAL 9. KOMITI PERHUBUNGAN KAWASAN TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASANYA (Balik ke Kandungan)
(1) Semenangnya ada diwujudkan Komiti Perhubungan Kawasan di mana-mana Dewan
Undangan Negeri Kawasan dan Wilayah Persekutuan Labuan Kawasan Parlimen,
sebagaimana Majlis Tertinggi difikirkan perlu.
(2) Komiti Perhubungan Kawasan hendaklah bertanggungjawab terhadap kelancaran
perjalanan politik dan lain-lain aktiviti-aktiviti Parti yang sah di sisi
undang-undang di dalam Kawasan itu.
(3) Pengerusi dan ahli-ahli lain Komiti Perhubungan Kawasan hendaklah dilantik
oleh Majlis Tertinggi.
(4) Perintah Tetap, undang-undang dan peruntukan-peruntukan dan undang-undang
kecil yang berkuatkuasa terhadap perjalanan Komiti-Komiti Perhubungan Kawasan
dan pentadbirannya, sama ada kewangan atau sebaliknya, hendaklah ditetapkan oleh
Majlis Tertinggi.
(5) Untuk Komiti Perhubungan Kawasan diwujudkan di sesuatu Kawasan mestilah ada
sekurang-kurangnya tiga cawangan di dalam Kawasan yang berkenaan.
FASAL 10. KOMITI PERHUBUNGAN WANITA TUGAS-TUGAS
DAN KUASA-KUASANYA (Balik ke Kandungan)
(1) Adalah perlu diwujudkan di peringkat Negeri Komiti Perhubungan Wanita.
(2) Komiti Perhubungan Wanita hendaklah bertanggungjawab untuk menjalankan
perkara-perkara yang berhubung dengan Pergerakan Wanita dan untuk memastikan
kemajuan politik wanita. Komiti tersebut hendaklah juga merancang dan
mengendalikan apa-apa program-program dan polisi-polisi Parti untuk kebaikan
Pergerakan Wanita dan Parti.
(3) Pengerusi dan lain-lain ahli kepada Komiti Perhubungan Wanita hendaklah
dilantik oleh Majlis Tertinggi.
(4) Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan
undang-undang kecil yang berkuatkuasa terhadap perjalanan Komiti Perhubungan
Wanita dan pentadbirannya, sama ada ianya kewangan atau sebaliknya, hendaklah
dipastikan oleh Majlis Tertinggi.
(5) Majlis Tertinggi atas nasihat Komiti Perhubungan Wanita boleh membuat
Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan
undang-undang kecil untuk berkuatkuasa terhadap perjalanan komiti yang lain, di
dalam sesuatu kawasan atau peringkat-peringkat lain berhubung dengan Pergerakan
Wanita.
FASAL 11. KOMITI PERHUBUNGAN PEMUDA TUGAS-TUGAS
DAN KUASA-KUASANYA (Balik ke Kandungan)
(1) Adalah perlu diwujudkan di peringkat Negeri Komiti Perhubungan Pemuda.
(2) Komiti Perhubungan Pemuda hendaklah bertanggungjawab untuk menjalankan
perkara-perkara yang berhubung dengan Pergerakan Pemuda dan untuk memastikan
pembangunan politik pemuda. Komiti tersebut hendaklah juga merancang dan
mengendalikan apa-apa program dan polisi Parti untuk kebaikan Pergerakan Pemuda
dan Parti.
(3) Pengerusi dan ahli-ahli kepada Komiti Perhubungan Pemuda hendaklah dilantik
oleh Majlis Tertinggi.
(4) Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan
undang-undang kecil yang berkuatkuasa terhadap perjalanan Komiti Perhubungan
Pemuda dan pentadbirannya, sama ada ianya kewangan atau sebaliknya, hendaklah
dipastikan oleh Majlis Tertinggi.
(5) Majlis Tertinggi atas nasihat Komiti Perhubungan Pemuda boleh membuat
Perintah-Perintah Tetap, peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan dan
undang-undang kecil untuk berkuatkuasa terhadap perjalanan komiti yang lain di
dalam sesuatu Kawasan atau peringkat-peringkat lain berhubung dengan Pergerakan
Pemuda.
FASAL 12. PEMBENTUKAN CAWANGAN-CAWANGAN
(Balik ke Kandungan)
(1) Adalah perlu diwujudkan Cawangan di setiap daerah pemilihan atau di
mana-mana sahaja kawasan sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
(2) Komiti Perhubungan Kawasan boleh membuat cadangan-cadangan ke atas
pembentukan pembukaan cawangan-cawangan.
(3) Setiap Cawangan harus mempunyai tidak kurang daripada lima puluh (50)
ahli-ahli.
(4) Hanya satu Cawangan sahaja boleh diwujudkan bagi setiap tiga ratus (300)
pengundi berdaftar di dalam Kawasan Negeri berdasarkan senarai pengundi yang
terbaru dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.
(5) Majlis Tertinggi boleh membubarkan mana-mana Cawangan jika keahlian di
Cawangan berkenaan adalah di bawah had minima iaitu lima puluh (50) pada masa
tiga bulan berturut-turut; atau jika Cawangan berkenaan gagal mengikuti
polisi-polisi dan keputusan-keputusan dan Perintah-Perintah Tetap,
peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan atau undang-undang kecil Parti atau
jika Komiti Cawangan bertindak dengan apa-apa cara yang bercanggah dengan
kepentingan-kepentingan Parti.
FASAL 12A. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN
(Balik ke Kandungan)
(1) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan tidak lewat daripada dua
puluh satu (21) hari sebelum tarikh ditetapkan bagi Persidangan Perwakilan Dua
Tahun Sekali [Rujuk Fasal 6(3A)]. Pada tahun di mana tiadanya Kongres Agung atau
Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali, Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
hendaklah diadakan pada satu tarikh tidak lewat daripada bulan September atau
satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.
(2) Setiausaha Cawangan hendaklah mengumumkan kepada semua ahli-ahli Cawangan
mengenai tarikh perjumpaan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Sesuatu notis
hendaklah dihantar tidak lewat daripada empat belas (14) hari sebelum mesyuarat
itu diadakan.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah mengendalikan perkara-perkara
berikut:-
(a) Untuk menerima laporan-laporan aktiviti-aktiviti Cawangan tahun yang lepas;
(b) Untuk menerima laporan-laporan akaun kewangan Cawangan tahun yang lepas;
(c) Tertakluk kepada Fasal 12(1) dan 19(1) untuk memilih Komiti Cawangan sekali
dalam setiap empat (4) tahun;
(d) Untuk melantik dua (2) juruaudit dalaman mengikut Fasal 15(2);
(e) Untuk memilih perwakilan/perwakilan-perwakilan kepada Persidangan Perwakilan
Dua Tahun Sekali mengikut Fasal 6(8)(d);
(f) Untuk membincangkan hal-hal yang lain.
(4) Mesyuarat Tergempar Cawangan boleh diadakan pada bila-bila masa:
(a) Jika diarah oleh pengerusi Cawangan; atau
(b) Jika diminta secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada
ahli-ahli Komiti Cawangan; atau
(c) Jika diminta secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
ahli-ahli Cawangan; atau
(d) Jika diarah oleh Majlis Tertinggi.
(5) Permintaan yang disebut di Perenggan (b) dan (c) di bawah Peruntukan (4)
Fasal ini hendaklah menyatakan sebab-sebab sepenuhnya ke atas permintaan dengan
memberi sekurang-kurangnya dua puluh (20) hari notis bertulis kepada Setiausaha
Cawangan dan menyatakan hari dan masa mesyuarat dan tajuk-tajuk perbincangan.
(6) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Tergempar Cawangan
hendaklah dua puluh lima (25) ahli Cawangan tersebut.
(7) Jika satu jam selepas ditetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Korum
tidak mencukupi, maka Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah ditunda kepada
hari yang sama pada minggu berikutnya; dan jika sekiranya korum masih tidak
mencukupi sejam selepas mesyuarat yang ditunda itu ditetapkan, maka ahli-ahli
yang hadir hendaklah mempunyai kuasa untuk meneruskan Agenda mesyuarat.
(8) Dalam kes di mana Mesyuarat Tergempar Cawangan tidak mencukupi korum,
Mesyuarat Tergempar Cawangan itu seharusnya tidak diadakan semula bagi tujuan
yang sama sehinggalah tamat tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada
tarikh tersebut.
FASAL 12B. KOMITI CAWANGAN (Balik
ke Kandungan)
(1) Komiti Cawangan hendaklah dianggotai oleh:-
(a) Pengerusi
(b) Timbalan Pengerusi
(c) Setiausaha
(d) Bendahari
(e) Tidak lebih daripada tiga (3) ahli biasa yang dipilih oleh Mesyuarat Agung
Cawangan; dan
(f) Tidak lebih dari dua (2) ahli biasa Komiti yang akan dilantik oleh Pengerusi
Cawangan selepas perbincangan dengan Komiti Cawangan.
(2a) Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan dan dua (2) ahli Jawatankuasa
biasa di bawah Peruntukan (1)(f) hendaklah dilantik oleh Pengerusi Cawangan
selepas berbincang dengan Jawatankuasa Cawangan. Semua ahli lain dalam
Jawatankuasa Cawangan hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
yang mana pemilihan tersebut diadakan berpandukan dengan syarat-syarat Fasal
19(2) Perlembagaan ini.
(2b) Sekiranya Pengerusi Cawangan berhenti daripada memegang jawatan atas
sebab-sebab perletakan jawatan, kematian atau penggantungan atau atas
sebab-sebab lain, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan itu
sehingga Pengerusi baru dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan
datang.
(2c) Jika berlaku di mana ahli-ahli Komiti Cawangan selain daripada ahli-ahli
yang tersebut di bawah Perenggan (c), (d) dan (f) dalam Fasal 1 berhenti
memegang jawatan atas sebab perletakan jawatan, kematian, penggantungan atau
sebab-sebab lain, Komiti Cawangan berkuasa untuk melantik mana-mana ahli-ahli
Cawangan untuk mengisikan kekosongan yang wujud sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan yang akan datang.
(3) Komiti Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan
juga apabila diminta oleh Pengerusi Cawangan atau diminta secara permohonan
bertulis sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Komiti Cawangan. Tujuh (7)
hari notis hendaklah diberikan kepada semua ahli-ahli Komiti mengenai mesyuarat
yang diadakan.
(4) Satu perdua (1/2) daripada ahli-ahli Komiti yang hadir hendaklah membentuk
korum.
(5) Pada setiap mesyuarat Komiti Cawangan, jika Pengerusi Cawangan atau Timbalan
Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih satu di kalangan
mereka sendiri untuk mempengerusikan mesyuarat.
(6) Tugas-tugas pemegang-pemegang Jawatan Cawangan:
(a) Pengerusi hendaklah semasa memegang jawatan mempengerusikan semua Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Komiti dan hendaklah bertanggungjawab ke atas kelancaran
perjalanannya. Pengerusi hendaklah mempunyai kuasa memilih and hendaklah
menandatangani minit-minit mesyuarat pada setiap mesyuarat apabila diluluskan;
(b) Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai Pengerusi semasa ketiadaannya;
(c) Setiausaha hendaklah mempastikan kelancaran perjalanan Cawangan berpandukan
kepada Undang-Undang Parti dan hendaklah melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Komiti. Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua
perkara surat-menyurat dan penyimpanan semua buku-buku, dokumen-dokumen dan
kertas-kertas kecuali akaun dan rekod-rekod kewangan. Setiausaha hendaklah
menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat dan merekod minit-minitnya. Setiausaha
hendaklah juga menyimpan daftar keahlian semua ahli-ahli Cawangan;
(d) Bendahari hendaklah bertanggungjawab ke atas kewangan Cawangan. Bendahari
hendaklah menyimpan akaun untuk semua tatacara kewangan dan hendaklah
bertanggungjawab ke atas ketepatannya. Semua cek hendaklah ditandatangani bagi
pihak Cawangan oleh Bendahari dan ditandatangan oleh Setiausaha atau Pengerusi
sebagai kepastian.
FASAL 12C. TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOMITI
CAWANGAN (Balik ke Kandungan)
Tugas-tugas dan tanggungjawab Cawangan hendaklah:
(1) Untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau organisasi politik atau
lain-lain perkara di mana ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan;
(2) Untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi penggantungan mana-mana ahli
Komiti yang telah didapati lari daripada tanggungjawab-tanggungjawabnya;
(3) Untuk membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan laporan
berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Cawangan berkenaan pada tahun yang lepas
berserta dengan Penyata Akaun yang diaudit dengan sempurna dan telah diluluskan;
(4) Untuk menghantar kepada tiap-tiap ahli salinan Laporan Tahunan dan Penyata
Akaun sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan;
(5) Untuk mencadangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan apa-apa pindaan
kepada Perlembagaan. Sesuatu cadangan jika telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung
Cawangan hendak dibawa kepada Majlis Tertinggi;
(6) Untuk membawa sesuatu arahan atau aktiviti-aktiviti sebagaimana yang
diarahkan oleh Majlis Tertinggi dari masa ke semasa; dan
(7) Untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan ini dan ke
atas disiplin Parti dan untuk mengambil langkah-langkah sebagaimana yang perlu
untuk keberkesanan perjalanannya.
FASAL 13. LEMBAGA DISIPLIN (Balik
ke Kandungan)
(1) Adalah perlu diwujudkan Lembaga Disiplin untuk mengendalikan disiplin di
kalangan ahli-ahli.
(2) Lembaga Disiplin hendaklah dianggotai oleh lima ahli yang akan dilantik oleh
Majlis Tertinggi dengan syarat ahli Lembaga Disiplin hendaklah tidak layak dalam
pemilihan ke Majlis Tertinggi pada pemilihan Parti yang akan datang tetapi boleh
dilantik untuk memegang sebarang jawatan di dalam Parti.
(3) Lembaga Disiplin hendaklah mempunyai kuasa untuk mencela secara rasmi dan
menggantung mana-mana ahli dan boleh juga mencadangkan kepada Majlis Tertinggi
penyingkiran atau sesuatu tindakan lain terhadap sesiapa ahli yang telah
melanggar disiplin parti atau telah bertingkah-laku dengan apa-apa juga cara
yang menggugat Kod Etika bagi Ahli-Ahli atau kepentingan-kepentingan Parti.
Dengan syarat bahawa sebelum sebarang tindakan diambil atau dicadangkan oleh
Lembaga Disiplin terhadap mana-mana ahli, Lembaga Disiplin hendaklah mengadakan
satu perbicaraan tentang aduan-aduan terhadapnya dan memberi peluang kepada ahli
untuk membela diri atau memberi penjelasan.
(4) Majlis Tertinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk menyingkir mana-mana ahli
Parti berdasarkan perakuan Jawatankuasa Disiplin.
(5) Presiden hendaklah mempunyai kuasa, sekiranya beliau memikirkan bahawa
tindakan segera adalah perlu demi kepentingan Parti, untuk menggantungkan
mana-mana ahli Parti jika Presiden berpuas hati bahawa ahli berkenaan telah
melanggar disiplin atau telah bertindak menjejaskan peruntukan-peruntukan Kod
Etika bagi ahli-ahli atau bertingkah-laku menjejaskan kepentingan Parti.
Presiden hendaklah selepas itu melaporkan penggantungan dan sebab-sebabnya
kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan terhadap ahli berkenaan dan
Lembaga Disiplin akan membuat keputusan.
(6) Ahli yang disabitkan kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin boleh dalam masa
empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan diberi, membuat rayuan kepada
Majlis Tertinggi yang akan memberikan keputusan muktamad.
(7) Ahli yang telah disingkirkan akan kehilangan hak-hak dan kemudahan-kemudahan
sebagai ahli dan tidak mempunyai hak tuntutan ke atas parti, dan pada masa yang
sama, ahli yang telah digantung keahliannya tidak mempunyai hak-hak dan
kemudahan-kemudahan sebagai ahli. Di dalam keadaan di mana tindakan lain telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin atau Majlis Tertinggi, maka hak-hak dan
kemudahan-kemudahan ahli berkenaan boleh dikurangkan sebagaimana yang akan
diputuskan oleh Lembaga Disiplin atau Majlis Tertinggi yang patut dalam keadaan
ini.
FASAL 13A. MELANGGAR PERUNTUKAN-PERUNTUKAN
PERLEMBAGAAN ATAU KOD ETIKA (Balik ke Kandungan)
Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau Kod
Etika bagi ahli-ahli boleh dikenakan tindakan penalti seperti berikut:
(a) Amaran;
(b) Digantung keahlian;
(c) Dilarang untuk dilantik atau bertanding bagi mana-mana jawatan Parti;
(d) Disingkirkan daripada Parti; dan
(e) Hukuman-hukuman lain yang difikirkan wajar selaras dengan Perlembagaan ini.
FASAL 14. PERUNTUKAN KEWANGAN (Balik
ke Kandungan)
(1) Tahun Kewangan hendaklah bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember setiap
tahun.
(2) Cawangan-Cawangan hendaklah menghantar kepada Bendahari Agung Penyata Akuan
Tahunan masing-masing mengikut format yang telah dikeluarkan oleh Bendahari
Agung.
(3) Semua kewangan kecuali wang tunai kecil hendaklah disimpan di dalam Bank
atau di lain-lain institusi kewangan yang disahkan di atas nama Parti atau di
dalam kes-kes Cawangan-Cawangan, maka ianya di nama Cawangan berkenaan.
(4) Penandatangan-penandatangan akaun di Bank atau lain-lain institusi kewangan
hendaklah:
Di antara satu daripada Presiden atau Timbalan-Timbalan Presiden atau Setiausaha
Agung dan Bendahari Agung dengan syarat jika Bendahari Agung tidak ada,
Bendahari Agung boleh memberi kebenaran bertulis kepada Pembantu Bendahari Agung
untuk menandatangani bagi pihaknya.
(5) Di dalam keadaan di mana Cawangan telah dibubarkan, hakmilik dalam semua
kewangan, dokumen-dokumen dan lain-lain harta Cawangan berkenaan hendaklah di
atas kuasa Majlis Tertinggi di dalam nama Parti.
(6) Parti boleh melalui resolusi Majlis Tertinggi, meminjam wang walaupun dalam
bentuk pinjaman-pinjaman bank atau sebaliknya untuk tujuan tertentu yang
dipertimbangkan oleh Parti untuk kepentingan-kepentingan Parti.
(7) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ternyata sebelum di Fasal ini, Majlis
Tertinggi boleh membuat undang-undang dan peraturan-peraturan untuk memastikan
kelancaran pengurusan kewangan Parti ini.
(8) Majlis Tertinggi hendaklah satu-satunya yang berkuasa untuk memutuskan
perbelanjaan-perbelanjaan Parti, termasuk perbelanjaan pentadbiran, pembayaran
gaji-gaji atau elaun-elaun yang akan dibayar kepada kakitangan bergaji dan
pengauditan akaun-akaun Parti.
FASAL 15. JURUAUDIT (Balik
ke Kandungan)
(1) Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali hendaklah melantik sebuah firma
akauntan awam yang layak untuk tujuan mengaudit akaun-akaun kewangan Parti.
(2) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah melantik dua orang ahli dari
Cawangan berkenaan sebagai juruaudit-juruaudit dalaman cawangan berkenaan yang
akan melaksanakan audit bagi akaun-akaun kewangan tahunannya.
(3) Majlis Tertinggi boleh membuat undang-undang dan peraturan-peraturan untuk
mengawal cara-cara penyimpanan akaun-akaun dan kelancaran pengurusan kewangan
Cawangan-Cawangan.
FASAL 16. PEMEGANG AMANAH (Balik
ke Kandungan)
(1) Adalah perlu wujudnya Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah yang dianggotai oleh
Presiden yang masih kekal dan empat (4) ahli lain yang dilantik oleh Kongres
Agung setiap empat (4) tahun.
(2) Keempat-empat ahli yang dilantik hendaklah memegang jawatan itu seumur hidup
sehingga meninggal dunia, perletakan jawatan atau penyingkiran dari jawatan oleh
Kongres Agung atas apa-apa sebab. Jika sesiapa Pemegang Amanah berhenti memegang
jawatan atas apa-apa sebab, maka Kongres Agung yang akan datang hendaklah
melantik Pemegang Amanah yang baru, di mana jangkamasa Pemegang Amanah baru ini
hendaklah tamat pada masa tamatnya jangkasama Pemegang Amanah lain yang masih
memegang jawatan.
(3) Parti atau mana-mana Cawangan boleh memiliki tanah, bangunan dan lain-lain
harta sama ada melalui pembelian, sumbangan atau lain-lain cara yang sah di sisi
undang-undang. Semua tanah dan bangunan yang dimiliki oleh Parti atau
Cawangan-Cawangan hendaklah dikuatkuasakan hakmilik kepada Parti dan dipegang
atas amanah oleh Pemegang-Pemegang Amanah Parti, dan apa-apa penjualan tanah
atau bangunan Parti hendaklah memerlukan keputusan Majlis Tertinggi dan
tandatangan-tandatangan sekurang-kurangnya tiga orang daripada Pemegang-Pemegang
Amanah.
FASAL 17. MAJLIS PENASIHAT (Balik
ke Kandungan)
(1) Majlis Tertinggi perlu menwujudkan Majlis Penasihat-Penasihat yang
dianggotai oleh tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada lima belas
orang yang bukan ahli Parti.
(2) Majlis Penasihat-Penasihat boleh atas kerelaannya sendiri atau apabila
diminta oleh Presiden, menawarkan nasihat yang tidak ada kaitan kepada Presiden
atau Majlis Tertinggi di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan Parti.
(3) Majlis Penasihat-Penasihat hendaklah terdiri daripada sama ada ahli kanan
Parti yang tidak memegang apa-apa jawatan walau apa sekalipun di dalam Parti
atau di dalam kes di mana bukan ahli hendaklah terdiri daripada ahli kanan
komuniti atau masyarakat atau sesiapa sahaja orang-perseorangan yang mempunyai
pengetahuan khas, pengalaman atau berkedudukan profesional yang akan memberi
faedah kepada kebaikan Parti ini dan kemajuan Negeri dan Negara.
(4) Jangkamasa pemegang jawatan Penasihat-Penasihat hendaklah sama dengan
jangkamasa Majlis Tertinggi.
FASAL 18. PRESIDEN KEHORMAT (Balik
ke Kandungan)
(1) Majlis Tertinggi boleh melalui keputusan sebulat suara menganugerahkan
kepada ahli-ahli yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang atau sumbangan
kepada Parti dengan gelaran ¡°Presiden Kehormat¡±.
(2) Status sebagai Presiden-Presiden Kehormat hendaklah berkekalan dan mungkin
boleh dibatalkan hanya jika Presiden Kehormat itu dalam sepanjang masa selalu
melakukan kelakuan yang menjejaskan Parti, dengan syarat apa-apa keputusan
pembatalan demikian hendaklah memerlukan sebulat suara semua ahli Majlis
Tertinggi yang hadir pada mesyuarat yang sah dibentuk.
FASAL 19. JANGKAMASA MEMEGANG JAWATAN
(Balik ke Kandungan)
(1) Jangkamasa memegang jawatan untuk pemegang-pemegang jawatan hendaklah empat
(4) tahun bermula daripada tarikh pemilihan pemegang-pemegang jawatan
berkenaan. Jangkamasa memegang jawatan bagi sesiapa sahaja pemegang jawatan yang
dipilih untuk memegang jawatan di antara pemilihan umum hendaklah juga tamat
pada masa pemilihan akan datang walaupun seseorang itu ada kemungkinan memegang
jawatan itu kurang daripada empat (4) tahun.
(2) Kongres Agung dan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah mengadakan
pemilihan umum untuk pemegang-pemegang jawatan menurut peruntukan- peruntukan
Perlembagaan ini dan Perintah-Perintah Tetap, peruntukan-peruntukan
peraturan-peraturan dan undang-undang kecil Parti sekali dalam setiap empat (4)
tahun.
(3) Bagi mana-mana Komiti Cawangan yang dipilih tidak melebihi empat (4) tahun
sebelum Kongres Agung, Cawangan berkenaan haruslah mengadakan satu pemilihan
Komiti Cawangan pada tahun di mana pemilihan Majlis Tertinggi diadakan.
FASAL 20. PEMINDAAN PERLEMBAGAAN
(Balik ke Kandungan)
(1) Perlembagaan ini atau apa-apa bahagiannya boleh dipinda dengan apa cara pun
melalui resolusi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah wakil-wakil yang
menghadiri dan hadir di Persidangan Perwakilan.
(2) Setiap usul atau cadangan untuk meminda Perlembagaan hendaklah dikemukakan
kepada Setiausaha Agung dan mestilah mematuhi peruntukan-peruntukan lain
Perlembagaan ini dan apa-apa Perintah-Perintah Tetap, peruntukan-peruntukan,
peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang berkaitan. Apa-apa pindaan
kepada Perlembagaan hendaklah berkuatkuasa hanya pada tarikh kelulusan daripada
Pendaftaran Pertubuhan.
FASAL 21. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELBAGAI
(Balik ke Kandungan)
(1) Di dalam keadaan di mana ada percanggahan pendapat tentang pengertian,
pembinaan dan makna Fasal-Fasal Perlembagaan, atau apa-apa peruntukan-peruntukan,
perkataan-perkataan yang terdapat di sini; pengertian, pembinaan dan makna akan
ditentukan oleh Majlis Tertinggi hendaklah muktamad sehingga ditentukan
berlainan melalui resolusi Persidangan Perwakilan.
(2) Semua notis-notis, surat-menyurat dan lain-lain perkara yang ditinggalkan
atau dialamatkan melalui pos kepada alamat berdaftar yang terakhir ahli
hendaklah dianggap telah disampaikan.
(3) Di mana perkataan ¡°Persidangan Perwakilan¡± disebut, ianya bermakna sama ada
Kongres Agung, Persidangan Perwakilan Dua Tahun Sekali dan/atau Persidangan
Perwakilan Tergempar sebagaimana pengertiannya boleh ditentukan.
(4) Presiden-Presiden Kehormat, Penasihat-Penasihat, Ahli-Ahli Kehormat dan
empat Pemegang-Pemegang Amanah (selain daripada Presiden) dan Pengerusi Tetap
Persidangan Perwakilan hendaklah dianugerahkan status ¡°Very Important Persons¡±
(VIPs) dan hendaklah diberikan pengiktirafan dan protocol pada masa-masa
aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis Parti sebagaimana yang sesuai untuk ¡°VIPs¡±.
FASAL 22. PEMBUBARAN (Balik
ke Kandungan)
(1) Parti boleh dengan kerelaan dibubarkan melalui resolusi dengan tidak kurang
daripada tiga per empat (3/4) daripada kesemua bilangan perwakilan di
Persidangan Perwakilan yang diadakan semata-mata untuk tujuan itu.
(2) Di dalam keadaan di mana Parti dibubarkan, semua hutang-piutang dan
tanggungan-tanggungan yang sah di sisi undang-undang yang telah diperolehi
hendaklah dibayar dengan seboleh-bolehnya oleh Parti, dan apa-apa wang yang
berlebihan atau harta-harta lain hendaklah dijual dengan sesuata cara
sebagaimana yang diputuskan oleh Persidangan Perwakilan.
KOD ETIKA BAGI AHLI-AHLI SAPP (Balik
ke Kandungan)
1. KESETIAAN
Semua ahli mestilah taat setia kepada Parti dan:-
1.1 Mematuhi Perlembagaan dan Kod Etika bagi ahli-ahli;
1.2 Mematuhi perintah-perintah Parti;
1.3 Melaksanakan dasar-dasar Parti;
1.4 Mematuhi dan menghormati keputusan-keputusan Parti;
1.5 Melindungi rahsia-rahsia Parti;
1.6 Memelihara nama baik Parti; dan
1.7 Sentiasa berdisiplin dan berkelakuan baik.
2. SALAHGUNAAN KUASA DAN WANG
2.1 Ahli-ahli Parti adalah ditegah daripada penyalahgunaan apa juga kuasa yang
ada pada mereka, demi untuk memperolehi undi atau sokongan atau pengaruh semasa
pemilihan Parti sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain, atau
untuk memastikan bahawa pembuangan undi tidak dapat diberikan kepada orang-orang
tertentu di dalam pemilihan Parti.
2.2 Ahli-ahli Parti adalah dilarang daripada memberi atau menerima sebarang
hadiah, barangan dan pemberian berharga atau dalam apa bentuk sekalipun dengan
tujuan mendapat undi atau sokongan, untuk mempengaruhi dalam mana-mana pemilihan
Parti sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain, atau untuk
mempastikan pembuangan undi tidak dilaksanakan untuk orang-orang tertentu di
dalam mana-mana pemilihan Parti.
2.3 Majlis Tertinggi mempunyai kuasa dari semasa ke semasa untuk menentukan
bentuk dan jenis penyalahgunaan kuasa, wang, dan sebagainya seperti yang
dinyatakan di dalam perenggan 2.1 dan 2.2
di atas.
3. MENGGUNAKAN KEKERASAN DAN UGUTAN
Ahli-ahli Parti adalah ditegah untuk menggunakan kekerasan atau ugutan atau
menghalang atau membuat ancaman yang menyebabkan kecederaan, kerosakan atau
kerugian atau menggunakan apa juga bentuk ugutan ke atas sesiapa dengan tujuan
atau supaya memaksa undi dapat dibuang atau tidak dapat dibuang untuk mana-mana
ahli di dalam pemilihan Parti.
4. MEMFITNAH
Ahli-ahli Parti adalah dilarang, sama ada secara langsung atau melalui pihak
lain, untuk membuat kenyataan-kenyataan memfitnah sesama sendiri, menyebarkan
maklumat-maklumat palsu, menyerang atau memburuk-burukkan ahli-ahli parti lain
dalam apa juga bentuk, sama ada dalam bentuk cetakan atau surat-surat layang
atau melalui penulis upahan, atau dalam bentuk rakaman-rakaman video, untuk
mencemarkan nama baik, atau untuk menjatuhkan ahli Parti atau pemimpin.
5. HUKUMAN
Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar Kod Etika yang dinyatakan boleh
dihukum di bawah Fasal 13A Perlembagaan ini.
6. PINDAAN
Majlis Tertinggi diberi kuasa untuk meminda Kod Etika ini dari masa ke semasa.
(Balik ke Kandungan)
|
|