Konvensyen Pemuda &
Wanita 2010 - Ucapan dasar Ketua Pemuda
Daun Tarap daun timadang
Daun buah tempatan negeri Sabah
Pemanis bicara Selamat datang
Salam Sejahtera pembuka kata
Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis..
YBhg Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden kita dan Datin Seri
Stella, Datuk Francis Yap, Pengerusi Kongres kita dan Datin, Timbalan
timbalan Pengerusi Kongres, Datuk John Sikayun serta Datin dan suadara OKK
Awg Talip Awg Bagul serta isteri. Penasihat penasihat Parti, ahli ahli
Majlis tertinggi, para tetamu khas kita; Ahli ahli Exco Pergerakan Wanita
yang diketuai oleh YB Puan Melanie Chia, Belia belia kita yang diwakili
oleh Saudara Stephen Gaimin, para perwakilan yang saya hormati serta
pemerhati pemerhati, rakan rakan seperjuangan yang saya segani dan senangi
sekalian. Selamat Datang Ke Perasmian Serentak Kongres, konvensyen Pemuda
dan Wanita dan GKB untuk tahun 2010.
Setelah 2 tahun keluar dari kongkongan Barisan Nasional, Parti kita telah
menghadapi pelbagai dugaan. Bukan sahaja kita dicaci dan di maki hamun
oleh setiap lapisan, setiap sudut dari Barisan Nasional, malah yang lebih
pahit, kita juga ditikam dari belakang apabila beberapa pemimpin Parti
telah mengambil keputusan untuk mengenepikan perjuangan Parti,
membelakangkan rakyat Sabah, semata mata untuk kekal dalam zon selesa atau
comfort zone dan semata mata untuk mengaut keuntungan kendiri.
Nafsu dan ketamakan telah memesongkan pemikiran mereka, gula gula yang
digunakan untuk mengoda mereka menjadi terlalu manis hingga sanggup untuk
meninggalkan rakan rakan dan warga negeri Sabah.
Mereka sanggup menjadi pelacur politik. Mereka berfikiran bahawa Parti
akan tersungkur apabila bekas ketua pergerakan Pemuda belot dan keluar
dari Parti. Mereka seolah olah lupa perjuangan kita ini berpaut kepada 7
nilai budaya Parti. Atau adakah perlu kita tambah nilai ke 8, Kesetiaan,
sebagai peringatan?
Dengan izin, this act of treason shall never be forgotten nor forgiven by
members of SAPP. The rakyat of Sabah are more than willing, even anxious
to exact revenge, to mete out the punishment best fitted for the political
crime and injustice the democratic way.
Leaders come and go. Pemimpin datang dan pergi. Tapi kita harus ingat ,
perjuangan Parti yang murni akan terus dan berkekalan. Dengan rekod
kehadiran kamu pada hari ini adalah bukti bahawa sejak pemergian mereka,
bukan sahaja Pergerakan Pemuda masih hidup, malah Pergerakan pemuda telah
menjadi lebih besar, lebih gagah dan perkasa dan yang lebih penting sudah
cukup bersemangat untuk bertempur dalam perang Pilihan Raya Umum 13.
Rakan rakan seperjuangan sekalian, sejak tarikh keramat 17 September 2008,
kita telah membuat “road trips” ke seluruh pelusuk negeri Sabah untuk
memperjelaskan kepada ahli-ahli Parti serta penyokong-penyokong Parti
kenapa dan bagaimana keputusan untuk meninggalkan BN diambil. Satu
rebranding exercise atau program penjenamaan semula telah dibuat. Ini
penting kerana, apabila SAPP bukan lagi dalam kotak BN bersaizkan 2 x 4,
kita sudah bebas untuk berkembang ke mana mana sahaja, petikan YB Datuk
Frankie Chong, …”seperti lambang Parti kita, dimana sahaja matahari
bersinar, disitulah juga SAPP akan berada sedia untuk berkhidmat.”
Saudara saudari sekalian, Saya rasa tidak lengkap cerita kita pada tengah
hari ini kalau saya tidak cerita sedikit tentang Batu Sapi. From the
outset atau dari mula lagi, kita sudah tahu yang pertarungan ini bukan
mudah. It was an uphill task. Kita berdepan dengan gergasi BN yang sanggup
membuat apa saja untuk menang, kalau tidak menang, kepala pengarahnya akan
dipancung dan kita tahu, penggantinya sudah dikenal pasti. Kita juga sedar
dengan Parti Pambangkang utama nasional Pakatan Rakyat yang akan datang
dari seluruh Negara.
There was a lot at stake
Jadi, apabila pengumuman calon SAPP dibuat, kita di Pergerakan Pemuda
merasa bangga dengan Datuk Presiden kita. Beliau boleh mengambil jalan
mudah dan menunggu PRU13. Beliau boleh duduk dalam zon selesanya dan rekod
tanpa kalah beliau masih intact. Tapi, saudara saudari sekalian, beliau
mengambil satu jalan yang sukar. Datuk Yong telah sanggup mengorak langkah
dengan mengambil satu risiko yang besar dengan bertanding.
Kita juga sedia maklum dengan taktik taktik kotor mereka, dengan carpet
bombing dan janji janji manis kosong mereka. Kalau manis manisan tidak
makan, maka datanglah pula ugutan ugutan dari agensi agensi kerajaan
kepada rakyat. Itu baru pihak BN. Kita bukan buat excuse, bukan buat
alasan kenapa SAPP belum menang di Batu Sapi. Cuma kita ingin kongsi
sedikit apa yang terjadi.
Pihak yang satu lagi pulak, berkempen bukan untuk menjatuhkan BN, the
common enemy. Prioriti atau keutamaan mereka hanyalah untuk menjatuhkan
Yong Teck Lee.
Kita juga tahu banyak pihak lain menggunakan banyak wang untuk memujuk
rakyat dan ada juga yang memberitahu bahawa SAPP tidak akan menang kalau
tidak pakai duit. Tapi Datuk Presiden kita tegas dengan pendirian beliau
bahawa, SAPP akan dapat sokongan dari rakyat dengan isu isu yang kita
utarakan, dengan perjuangan kita untuk mengembalikan kuasa rakyat Sabah
dengan Autonomi dan juga dengan isu isu tertulis dalam deklarasi 8.
For the record, Pergerakan Exco Pemuda mewakili semua warga muda di Sabah
dengan penuh rendah hati, ingin memaklumkan kepada Datuk Presiden bahawa
kami menghargai pengorbanan Datuk Seri dan ketegasan Datuk untuk tidak
tunduk kepada budaya politik rasuah. Rasuah ini sebenarnya penyakit nombor
satu politik Malaysia. Ini yang selama ini merugikan negeri dan Negara
kita.
Kita bangga dengan Datuk Presiden bahawa SAPP bukanlah begitu tamak,
bukanlah begitu tergesa-gesa (Not in a Hurry) dengan kerusi Batu Sapi
hingga mengkompromikan pendirian murni kita.
Politik rasuah yang diamalkan oleh mereka, kita lawan dengan nilai nilai
positif kita. Lawatan-lawatan yang kerap serta khidmat telus kita kepada
rakyat akan dapat menawan hati dan minda mereka. Once we win the hearts
and minds of the rakyat, materialistic whims are easily overcome.
Barangkali ada pihak pihak sinis yang merasa bahawa jalan ini memakan masa
yang panjang. Dan adalah lebih senang untuk mengunapakai pepatah, if you
can’t beat them, join them. Tapi jangan tertipu, dan jangan tipu diri
sendiri, amalan rasuah dan lain lain yang sedemikian rupalah yang akan
menjatuhkan kita kelak.
There is no shortcut to success
Datuk Presiden ada mengatakan, to truly appreciate success, one needs to
experience or taste defeat. Sebelum kita betul betul menghargai kemenangan,
kita mesti rasa kekalahan. Sekarang kita sudah rasa; satu pengalaman yang
cukup pahit dan kita rasa semua ahli ahli Parti serta penyokong penyokong
kita tidak mahu rasa lagi. Maka tidak payahlah kita huraikan apa yang
patut kita buat untuk tidak kalah.
Apa yang patut kita patut buat demi
Berjuang untuk Menang!
Semua rakan rakan yang ada dalam dewan yang mulia ini, lebih lebih lagi
ahli ahli pergerakan Pemuda dari seluruh negeri Sabah. Tolong sebarkan
meseg kita kepada semua. Batu sapi bukan bermakna kita sudah kalah dalam
peperangan besar.
“We may have lost the Battle but the War is still there for the taking.”
(Barangkali kita kalah dalam Pertempuran ini, tapi masih ada lagi
peperangan Besar.)
Ikan karuk ikan gelama
Dimasak gulai santan kelapa
Batu Sapi medan pertama
SAPP bukannya kalah
Belum menang lebih kena
Perjuangan Parti didokong Pemuda
Hingga menang diseluruh Sabah
Itu ikrar Pemuda semua.
Saudara saudari yang saya hormati sekalian, ada pepatah Ingerris yang
berbunyi, the darkest part of the night is just before dawn, ataupun,
tempoh yang paling gelap di waktu malam adalah sejenak sebelum matahari
terbit. Kalau kita anggap peristiwa Batu Sapi itu the darkest part of
night atau tempoh yang paling gelap, maka saya betul betul percaya tempoh
paling gelap untuk SAPP sudah berlalu. Saya percaya waktu malam sudah
berlalu. Saya percaya bahawa matahari dah mula terbit. SAPP dah terbit dan
pancaran matahari akan dapat dirasai oleh semua warga Malaysia di negeri
sabah.
Untuk makluman semua, Pergerakan Pemuda akan teruskan program program
Parti untuk melatih orang orang muda di seluruh negeri Sabah. Segala
persiapan dari segi software nya akan kita atur dengan orang orang muda di
setiap tempat. Latihan latihan akan terus diberi sehinggalah kita semua
lengkap dengan ilmu ilmu yang patut untuk kemenangan Parti.
Pada petang yang cukup bermakna ini, saya juga ingin mengambil kesempatan
untuk mengemukakan satu resolusi dari pihak Pemuda untuk dipertimbangkan
oleh pihak Majlis Tertinggi kelak. Kita mengerti bahawa, tidak ada
peruntukan mengikut perlembagaan Parti untuk memastikan Pemuda diberi
peranan yang bermakna di peringkat cawangan. Maka dengan itu, Exco
Pergerakan Pemuda mohon mencadang agar satu pindaan kecil dibuat supaya
satu dari 9 ahli jawatankuasa dalam setiap cawangan di beri kepada Pemuda
dan supaya kakak saya dari Pergerakan Wanita tidak marah, satu untuk
wanita. Kita percaya bahawa dengan pindaan yang kecil ini, satu proses
menginstitusikan Pergerakan Pemuda di peringkat akar umbi akan dapat
direalisasikan.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi
penghargaan kepada Saudara Jamain Sarudin, selaku Pengarah Pemuda
Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Saudara Chester Pang selaku Setiausaha dan
specialist Pilihanraya kecil Parti. Kepada Exco-exco pemuda yang turut
berkempen dengan kita, kepada semua Pemuda pemuda yang bertungkus lumus
kerja, tidak kira masa dari seluruh negeri dan dari daerah Sandakan, kita
ucapkan ribuan terima kasih.
Kepada Exco exco Pemuda yang memberikan sokongan kepada saya dalam 2 tahun,
1 bulan dan 20 hari ini, saya benar benar hargai kamu semua.
Dan tidak sahlah kalau saya tidak mengambil peluang ini untuk meminta atau
merayu sokongan dari semua disini kepada Exco exco pergerakan Pemuda yang
akan menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi Parti.
Ini penting agar proses penjenaman semula SAPP dapat direalisasikan
sepenuhnya;
Saudara Jamain Sarudin
Saudara Simon Chin
Saudara Jaely Medong
Saudara Stephen Gaimin
Dari Sandakan;
Saudara Joseph Liau Fook Kong
Saudara Ken Yong
Dan jangan lupa, saya sendiri…
Para perwakilan yang saya hormati sekalian, saya rasa sampai sini sahaja
ucapan saya pada hari ini, dan sekali lagi, kita merayu kepada semua untuk
tolong sebarkan.
Pergerakan Pemuda SAPP akan teruskan perjuangan parti hinggalah matlamat
kita tercapai.
LAWAN TETAP LAWAN!!! x 3
Sekian, terima kasih dan selamat bersidang. |