Pemimpin SAPP kompromi pada pemilihan Parti
KOTA KINABALU, Okt 11, 2010: Para pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) sedia berkompromi
pada pemilihan parti November ini agar struktur organisasi mencorakkan
kepelbagaian kaum.
Naib Presiden Datuk Frankie Chong berkata,
kompromi ujud kerana para pemimpin parti pada hari ini sedar bahawa
sesebuah parti pelbagai kaum seperti SAPP perlu mempunyai barisan pemimpin
yang mewakili setiap masyarakat di negeri ini.
"Kompromi ujud dikalangan para pemimpin SAPP. Pada pemilihan parti nanti
ramai para pemimpin yang mewakili pelbagai suku kaum di negeri ini akan
bertanding dan kita harap barisan kepimpinan baru itu memperlihatkan
bahawa setiap kaum di negeri ini mempunyai wakil.
"Oleh itu, kita harap perwakilan dari Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC)
Karambunai yang akan mewakili cawangan masing-masing pada pemilihan itu
nanti dapat membentuk barisan kepimpinan parti yang mewakili setiap kaum
di negeri ini," katanya.
Beliau berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
cawangan-cawangan parti dalam CLC Karambunai, di sini.
Mesyuarat itu dirasmikan Presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Karambunai
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Hadir sama, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric
Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Likas Datuk Liew Teck Chan, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor
Mansoor dan Setiausaha Agung Datuk Richard Yong.
Turut Hadir, Naib Presiden Amde Sidik, Naib Presiden merangkap Ahli
Parlimen Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang
Melanie Chia dan naib Presiden Don Chin.
Tidak ketinggalan, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Ketua Pemuda Edward
Dagul, Setiausaha Penganjur Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Dullie
Marie dan Ahli Majlis Tertinggi Jaafar Ismail.
Dua bekas wakil rakyat, Saidi Lampoh dan Zaini Isa juga hadir pada majlis
itu.
Frankie turut menasihati para pemimpin dan ahli agar terus bekerjasama
memperkukuhkan parti supaya kekuatan SAPP dapat dipertingkatkan lagi.
Katanya, para ahli dan pemimpin tidak harus meletakkan beban dibahu
Presiden seorang memikul tugas membawa SAPP menuju kearah kejayaan pada
pilihanraya kali ke-13 akan datang.
Beliau berkata, SAPP akan menjadi lebih kuat jika para ahli dan pemimpin
serta Presiden berganding bahu melaksanakan objektif utama parti itu.
Turut berucap pada majlis itu antaranya, Pengerusi Pelaksana Mulkaseh Hj.
Renda, wakil pengerusi cawangan-cawangan Aziz Ibrahim, Ketua Pemuda CLC
Karambunai Matlan Merasin, Ketua Wanita CLC Karambunai Rahin Hj. Kassim
dan Ag Talip Pg Bagul.
Bekas calon Parti Keadilan bagi DUN Karambunai pada pilihanraya umum 2008,
Ag maidin Ag Apong, bekas Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan bahagian
Karambunai Kelana Mualam dan Mustapha Hj. Asmah dari Kota Belud
menyerahkan borang permohonan keahlian di majlis itu. |