Bajet 2011, Bajet Orang Mabuk?
Oktober 18, 2010: KELANGSUNGAN dan keperluan untuk bermegah-megah sangat dengan Bajet 2011
baru-baru ini tidak timbul meskipun pihak pembangkang khususnya Parti Maju
Sabah (SAPP) tidak akan menghalangnya dari diteruskan; tetapi sekadar
terkejut ketika mengamati intipati kandungan bajet itu hampir selari
dengan fokus rangsangan bajet di masa lalu, namun rakyat gusar kerana
pelaksanaannya tidak sampai ke sasaran mengikut jadual.
"Apabila rakyat mula gusar kerana bajet berbillion ringgit diumumkan
setiap tahun tetapi hasilnya tidak sampai kepada kawasan. Bagaimana pun
pemimpin menempelak menyalahkan pula pihak pelaksana, kononnya merekalah
punca sebenar lambat melaksanakan arahan itu," kata Naib Presiden SAPP,
Jimmy Jawatah pagi tadi.
Tegasnya, keghairahan pemimpin kerajaan BN khususnya Perdana Menteri
merencanakan rangsangan program pembangunan untuk dimasukkan dalam setiap
bajet; nampaknya tidak terkawal langsung kerana beliau (PM) mungkin tidak
mendapat 'input' dari pihak bawahan (wakil rakyat/Pengarah) status
keperluan (ditambah nilai atau dibatal) projek pembangunan di masa lalu.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom dan bekas Pemimpin Kemajuan
Rakyat (PKR) ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) seterusnya
berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Pembantu Menteri Pertaniandan
Asas Tani Sabah, Datuk Bobbey Suan baru-baru ini, bahawa pihak pelaksana
tidak konsisten dengan tanggung jawabnya mensasarkan sesuatu pembangunan
itu disasaran yang tepat mengikut arahan yang dikeluarkan.
Beliau berkata, selain bukti yang telah disebut Bobbey tentang kelemahan
meletakkan sasaran tepat pengagehan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada
miskin dan miskin tegar, malah kualiti pembinaannya juga termasuk saliran
najis dan pendawaian tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang betul.
"Sebenarnya, masalah seperti ini sudah berlaku sejak BN bertapak di Sabah
tetapi jentera pentadbiran kerajaan tidak pernah menguatkuasakan peraturan
tugas pemantauan setiap projek yang telah siap perlu disahkan sebelum
Perintah Am Kerja (GWO) itu ditanda tangani," tegas Jimmy.
"Bantuan PBR juga kita mendapat tahu bahawa ia sudah diselewengkan kerana
apa sebab mereka yang dikategorikan sebagai berkemampuan tetapi diberi
kelulusan memiliki PBR? Malah ada pula suatu ketika pernah dilaporkan
dalam media bahawa seorang pemimpin wanita dari salah satu parti komponen
BN mendapat PPRT (sebelum PBR)," tambah beliau.
Nampaknya, tambah Jimmy lagi, apabila ramai pemimpin kerajaan BN khususnya
wakil wakil rakyat yang sejak akhir-akhir ini iaitu selepas pengumuman
Bajet 2011 turut mempertikaikan kelemahan pihak pelaksanaan, sudah
pastilah apa yang disuarakan pembangkang khususnya SAPP dalam masalah
tersebut sebelum ini; bukanlah niat pembangkang bermain politik membabi
buta tetapi dengan sendirinya telah terbukti dan diakui BN menerusi
kenyataan-kenyataan pemimpin mereka sendiri.
"Inilah yang dikatakan sebagai sudah terantuk barulah terngadah atau 'Bajet
Orang Mabuk Tuak' namun ia maseh belum terlambat untuk diperbaiki demi
mensejahterakan bajet yang baru diumumkan itu," kata Jimmy sambil
mengharapkan agar pemimpin BN akan bersedia berubah kearah yang lebih
positif dalam konteks membangunkan rakyat di sesuatu kawasan.
oleh: Mail Mathew |