Yong calon PRK Batu Sapi sedia menggalas tugas
Okt 23, 2010:
TEKA TEKI siapa bakal calon yang ditonjolkan SAPP untuk prk Parlimen
Batu Sapi kini sudah terjawab dimana gerak debaran penyokong
setianya sebelum ini pun lebih terarah kepada Presidennya Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee yang bakal menggalas tugas getir untuk
memenangi prk Parlimen Batu Sapi pada pengundian November 4.
Segenap lapisan masyarakat diSabah terutamanya kawasan Parlimen Batu
Sapi masing masing melebarkan senyum tanda setuju kehadiran pemimpin
yang bergelar 'kuat bercakap, lantang dan beranif' tidak lain dan
tidak bukan mantan ketua Menteri Sabah Datuk DSP Yong Teck Lee yang
baru berusia 52.
Seluruh rakyat dipelusuk Negara akan tertumpu perhatian mereka di
prk Parlimen Batu Sapi untuk mengetahui secara jelas sentimen
pengundi Batu Sapi sama ada mereka masih memenangkan calon BN-PBS
atau menidakkan BN dan sebaliknya mengundi pembangkang calon SAPP
Datuk Yong Teck Lee.
Kawasan Parlimen Batu Sapi yang berkeluasan 1318 km persegi iaitu
kira kira empat kali setengah keluasan Pulau Pinang meliputi dua
kawasan DUN iaitu DUN Sekong dan Karamunting dimana pengundi
sejumlah 25,582 orang. 24,047 adalah jumlah pengundi biasaa manakala
undi pos seramai 1,535. Pengundi Melayu seramai 15,099 (59.02%) 689
(2.7%) pengundi bukan Islam, 9,737 (39%) pengundi Cina dan 57
(0.22%) pengundi lain lain.
Prk Batu Sapi merupakan kali pertama dalam musim ini bagi Datuk Yong
selepas tahun 2001 apabila kemenangannya dibatalkan berikutan
keputusan Mahkamah apabila suatu petisyen kesalahan pilihanraya yang
dikemukakan terhadapnya mengakibatkan kerusi ADUN yang beliau
menangi telah terlucut.
Bagaimana pun tahun 2006 Yong dibenarkan bertanding semula untuk
Parlimen Kota Kinabalu atas tiket BN (ketika itu SAPP masih berada
dalam BN) tetapi kepimpinan BN negeri enggan membenarkannya
bertanding disitu sebaliknya memberi laluan kepada PBS tetapi
akhirnya calon PBS kalah kepada DAP.
Prestasi BN selepas PRU 12 pada tahun 2008 dibawah kepimpinan Tun
Abdullah Ahmad Badawi merupakan titik hitam sejarah politik tanah
air sejak Merdeka apabila BN tidak mencapai 2/3 suara majoriti
diDewan Rakyat yang memaksa BN mengharungi siatuasi kelamkabut dan
tidak menentu kerana terdesak dengan asakan asakan pembangkang yang
terlalu kuat pada ketika itu.
Melihat kecalaruan dalam pimpinan BN, Yong yang berkali kali meminta
pihak Kuala Lumpur untuk segera membetulkan keadaan termasuklah
mengkaji semula kuasa kuasa autonomi Sabah tidak dipedulikan,
penambahan peruntukkan dan kuasa melantik Ketua Menteri Sabah
dikembalikan kedalam bidang kuasa TYT berdasarkan keputusan
pilihanraya umum juga dipandang sepi memaksa SAPP bertindak keluar
daripada gagasan BN pada September 17,2008.
Selepas sahaja beberapa hari melangkah keluar daripada gagasan BN,
Yong telah menerima pelbagai dugaan yang dilemparkan BN terhadapnya
antara lain konon beliau ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dituduh
mendapat ganjaran RM5 juta daripada sebuah syarikat perjudian yang
sememang pun perjudian menjadi 'HARAM’ sekali bagi Yong.
"Jangankan menerima imbuhan keuntungan kegiatan judi oleh sesebuah
syarikat, malah saya bertungkus lumus mengurangkan jadual cabutan
judi 4D diSabah kerana memaksa rakyat terus berjudi setiap minggu.
Itu bukan pelaburan tetapi judi yang bakal menyeksa rakyat
berpendapatan rendah," Yong dipetik berkata suatu ketika dulu.
Datuk Yong Teck Lee yang berperawakan sederhana mudah bergaul dan
cepat mesra dengan gaya penyampaian fasih dalam bahasa Malaysia,
boleh berpantun dan faham dengan kiasan kiasan Nusantara rumpun
Melayu sesuai untuk meletakkan diri beliau sebagai seorang pemimpin
yang didiami berpendudukkan masyarakat majmuk (multiracial) seperti
yang berlaku di Parlimen Batu Sapi.
Pendeknya, kemunculan Yong diprk Parlimen Batu Sapi sebagai calon
SAPP dari pembangkang perlu disokong dan diangkat untuk duduk
sebagai wakil rakyat diDewan Rakyat mewakili rakyat berbilang bangsa,
agama dan kepercayaan di Parlimen Batu Sapi jika rakyat Sabah
mahukan mesej penting mereka membantah ketidak telusan dan ketidak
adilan hak rakyat Sabah terhadap kerajaan BN terus berlegar legar
diParlimen.
Sebaliknya jika Parlimen Batu Sapi dalam prk ini ditakdirkan
dimenangi oleh calon BN, sudah tentu impian rakyat untuk
menyampaikan mesej penting rakyat disitu tidak akan kesampaian
kerana umum tahu bahawa semua wakil rakyat BN disyaratkan sekadar
hadir diDewan Rakyat menyokong rakan rakan mereka dalam Kerajaan.
Oleh: PAK MAIL |