|
Pengundi Batu Sapi perlu tolak BN
Kerajaan BN tidak telus dan
ikhlas bantu RAKYAT, Pengundi Batu Sapi perlu tolak BN
Sandakan, Oktober 28, 2010: KEGIATAN berkempen SAPP prk
Parlimen Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee masuk hari ke-2 dimana Datuk Yong
terus mendedahkan kelemahan BN ketika berceramah di Kg Air dan Kg Bokara
pada Rabu dengan mendapat sambutan yang luar dugaan daripada para penduduk
di situ.
Datuk Yong terus menuduh kerajaan BN khususnya di Sabah lemah dan tidak
peka kepada masalah kebajikan rakyat khususnya di Kg Air dan Bokara yang
langsung tidak diambil perhatian rintihan mereka yang mahukan masalah
infrastruktur jambatan dan keselamatan penduduk Kg Air termasuk status lot
tanah yang masih TOL diselesaikan dengan secepat mungkin.
Yong yang sedih apabila mendapat tahu bahawa masalah kira kira 10 keluarga
yang terlibat dalam kebakaran sekitar tahun 2001 tidak ditangani atau
dibantu oleh kerajaan BN sehingga ke hari ini walhal kerajaan BN
berulangkali mengatakan bahawa kerajaan BN mempunyai dana yang cukup untuk
membantu dan melihat kebajikan rakyat.
Beliau berucap di Kg Air di rumah Omar dihadiri kira kira 200 penduduk
terus mendapat tepukan dan sorakan apabila Yong mengumumkan bahawa
perjuangan SAPP selaku parti tempatan akan terus berjuang membela rakyat
yang tertindas oleh kukuh besi BN yang sekadar pandai menabur kata kata
berbentuk 'rethorik' dan gula gula manis.
"Perjuangan kita SAPP adalah mahu menagih hak kuasa autonomi Sabah
berasaskan Sabah for Sabahan, mengembalikan hak Pulau Labuan kepada sabah,
hak bayaran lebih sumber galian asli dan gas. Kita bukan mengungkit
perkara remeh temeh dan isu lapok seperti yang pemimpin BN jawab tuntutan
kita sebaliknya is adalah isu serius dan masih tertunggak yang perlu kita
perjuangkan dari sekarang," tegas Yong yang terus disorak hadirin.
Beliau menambah, Sabah bukan lagi sebuah negeri 'fixed deposit' yang BN
dakwa dan gembar gemburkan sebelum ini, sebaliknya rakyat Sabah menerusi
perjuangan SAPP akan terus meleburkan impian mereka kerana rakyat Sabah
juga mampu melakukan kemajuan yang lebih baik dari kerajaan BN sekarang.
Tegasnya, rakyat Sabah sudah muak dan bosan dengan kelibat pemimpin
pemimpin parti parti luar Sabah seperti Gerakan, MCA, UMNO yang menjajah
Sabah termasuk parti parti pembangkang dari luar DAP, PKR dan PAS yang
tidak diperlukan memperkotak katikkan politik Sabah dan kita mahu sama
seperti Sarawak yang diterajui oleh parti parti tempatan.
Datuk Yong turut membangkitkan masalah menangani masalah status tanah
tanah lot perkampongan Bokara yang rata rata mendiami kawasan perkampongan
air menjelaskan bahawa, kalau dulu ketika beliau menjadi ketua Menteri
Sabah sekitar tahun 1997-1998 dapat mengeluarkan lebih 48 ribu geran geran
tanah di seluruh Sabah termasuk Kg Pukat di Bandar Nam Tung dan kenapa
sekarang Musa tidak boleh lakukan.
"Ketika menjadi Ketua Menteri, Saya arahkan kerjaan negeri memperuntukkan
dana sejumlah RM3 juta khusus untuk membayar elaun kerja lebih masa
kakitangan untuk mempercepatkan proses pengeleuaran geran tanah di seluruh
Sabah. Tanah adalah penting sebagai asset rakyat...kenapa Musa tidak
uruskan semua ini kalau dia dan kerajaan BN benar benar prihatin masalah
rakyat," tegas Yong.
Sebelum itu, mantan Menteri Kewangan semasa era kerajaan Parti Berjaya
Datuk Mohd Noor Hj Mansoor menegaskan bahawa rakyat Sabah berwajib menurut
Agama untuk mempertahankan maruah dicabar oleh kuasa kuasa luar untuk
menentukan halatuju politik dan kerajaan di Sabah.
"Saya melihat kehadiran Umno dan rakan rakannya dalam komponen BN tidak
perlu mencampuri urusan politik rakyat Sabah, malah kita tak perlukan
mereka ini kerana kita juga ada kemampuan menjalankan kegiatan politik
kita termasuklah pembangkang dari Semenanjung....saya persilakan mereka
balik ke Semenanjung dengan baik," tegas Matnoor.
Tegas Matnoor lagi, beliau melihat sambutan rakyat Sabah di seluruh
pelusuk ceruk rantaun di Sabah dimana SAPP sebenarnya adalah wadah
perjuangan rakyat Sabah sebagai jalan keluar untuk mengembalikan maruah
rakyat Sabah yang sudahn tercalar selama ini.
"Saya bersetuju dan mengajak rakyat sekalian bahawa kita jadikan
pilihanraya kecil Batu Sapi sebagai permulaan perjuangan kita untuk
mengembalikan kuasa autonomi di Sabah. Apa pun keputusan yang dibuat
pengundi pengundi batu sapi kita terima tetapi syukurlah bermula dari
sekarang kita sudah sampaikan mesej kepada BN yang kita berjuang untuk
mengembalikan maruah kita," tegas Matnoor.
Turut hadir di majlis itu, Tuan Haji Mohd Saidi Lampoh, Yunus Haji Jifli
dan beberapa lagi pemimpin lama dan baru warga Sandakan. |