SAPP hadir tebus maruah rakyat Sabah
SANDAKAN,
Oktober 29, 2010: PEMIMPIN PEMIMPIN
MELAYU dalam pembangkang khususnya SAPP menggariskan TIGA perkara antara
sebab rakyat Batu Sapi perlu dimenangkan untuk mewakili mereka di Parlimen
Batu Sapi ialah:
Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus
dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah
sebagai ‘Sabah for Sabahan’; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa
pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk
hidung.
Yunus Haji Jifli Kg Bokara berkata demikian ketika berucap semasa
perjumpaan dalam satu ceramah untuk membantu calon SAPP Datuk Yong Teck
Lee baru baru ini yang turut mendefinisikan SAPP sebagai SAYA AKAN
PERTAHANKAN PARTI TEMPATAN (SAPP).
Jelas Yunus lagi, kejadian yang menimpa lebih 10 keluarga dalam satu
kebakaran sekitar tahun 2001 masih segar dalam ingatan penduduk penduduk
di sini (Kg Air) bahawa pemimpin BN langsung tidak menitik beratkan
masalah kebajikan rakyat dan hari ini bila berlaku prk barulah kelihatan
pegawai pegawai kebajikan yang diarah pemimpin BN ke sana ke sini mencari
rakyat di sini yang memerlukan bantuan.
"Walaupun pegawai pegawai ini sibuk buat itu dan ini tapi rakyat sudah
terluka sejak tahun 2001, dan kalaulah mereka serius dan ikhlas dalam
tujuan mereka kenapa tunggu prk ini baru jumpa dan tanya rakyat? Kenapa
tidak sejak dulu lagi kalaulah mereka benar benar ikhlas," tegas Yunus.
Malahan Yunus mengajak rakyat dan pengundi Parlimen Batu Sapi agar lebih
bijak bertindak memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam prk ini
sekaligus membuktikan kepada para pemimpin UMNO-BN bahawa rakyat
berketurunan MELAYU Sabah bukan boleh diperbodoh bodohkan sama seperti
mereka lakukan penganiayaan terhadap parti USNO lebih 20 tahun terdahulu,
yang sanggup dibubar semata mata memberi laluan kepada UMNO bertapak
diSabah.
"Kita percaya dengan penuh keyakinan bahawa selagi BN-PBS meletakkan calon
untuk Parlimen Batu Sapi dari warisan keluarga yang sama sudah pasti
harapan perubahan berlaku terus menjadi angan-angan sahaja dan tiada yang
bakal dibanggakan di Batu Sapi kerana kita tahu PBS-BN meletakkan calon
Linda Tsen sebagai mengharap mendapat simpati kematian suaminya mendiang
Edmund Chong Ket Wah tetapi dalam politik tiada istilah simpati yang boleh
rakyat berikan kerana dulu pun Batu Sapi mundur juga," tegas beliau dengan
disambut tepuk sorak hadirin.
PAIRIN, MUSA DAN UMNO sudah terdesak dalam kebuntuan akal memilih calon
terbaik untuk mewakili BN dalam prk Batu Sapi sebaliknya bertindak kurang
hormat kepada keluarga mendiang Datuk Edmund Chong yang masih dalam
keadaan bersedih dan berkabung sebaliknya mereka (BN) memaksa pula balunya
Linda Tsen merempat meminta sedekah politik demi survival BN di Parlimen
Batu Sapi.
Apakah BN merasakan Parlimen Batu Sapi yang majoriti pengundi Melayu lebih
15 ribu (60%) tiada satu pun layak sebagai pemimpin Melayu mewakili Batu
Sapi? Inilah persoalan rakyat Batu Sapi yang menuduh UMNO sebagai dalang
disebalik menidakkan kemunculan pemimpin Melayu yang berwibawa mewakili
Parlimen Batu Sapi.
KOMEN |