Dua doktor pemimpin DAP masih bermain politik silangkata untuk Batu Sapi
Saudara Pengarang,
Apabila terbaca kolum artikel dari pembangkang yang dimuatkan dalam Portal
terkenal Sabahkini.net selain menggelikan hati pembaca tentang kelibat
para pemimpinnya malah pembaca kebingungan apabila mengamati ungkapan
mereka terutamanya dua pemimpin DAP Dr Hiew Kheng Chew Ahli Parlimen Kota
Kinabalu dan seorang lagi Dr Edwin Bosi yang dikhabarkan pernah melompat
banyak parti sebelum melompat ke DAP.
Apabila mengikuti kenyataan Dr Hiew berhubung risalah yang diedarkan SAPP
yang mempertikai ketelusan KL ketika mengagihkan pembangunan diSabah
terutamanya jalanraya, di situ Hiew seolah olah memberikan jawapan
terhadap pertanyaan risalah SAPP itu selaku bagi pihak kepada Datuk Musa
selaku Ketua Menteri Sabah.
Agak aneh sedikit gelagat DAP itu yang sepatutnya Hiew tak perlu menyentuh
soal itu kerana apa juga isu yang dibangkitkan Datuk Yong berhubung
ketidak telusan KL biarlah dilakukannya, Hiew tak perlu menyanggah isu
tersebut dengan perkataan lain yang boleh disimpulkan bahawa Hiew seolah
olah pemimpin dan penyokong BN di bawah kepimpinan Datuk Musa.
Ditambah tokok lagi, apabila Dr Bosi pula seolah olah meragui kelibat
Datuk Yong akan berhijrah ke BN selepas prk Batu Sapi yang kononnya akan
memporak perandakan BN. Persoalannya, kenapa pula Dr Edwin Bosi yang
merasa gusar dan risau sedangkan Bosi pemimpn DAP. Orang kata, BN yang
kehujanan tetapi mengapa pula Bosi pula yang basah kuyup kebasahan. Bosi
sudah awal awal berhijrah ke BN ke?
Manakala dipihak calon PKR-PR Haji Ansari Abdullah selain balik balik
jatuh ke laut, belia pula berminat benar meneruskan perdebatan biar pun
antara beliau dengan Datuk Yong Teck Lee selepas Datuk Musa menolak
cabaran Yong dengan alasan isu yang didebatkan merupakan isu lapok dan
sudah basi.
Ramai pengundi Batu Sapi terbahak bahak ketawa melihat kelakar Haji Ansari
itu yang mereka sifatkan suatu kejanggalan dalam sejarah politik masakini,
dimana sepatutnya pemimpin seteru dengan pembangkang seperti BN yang harus
didepani bersama dalam perdebatan itu supaya isu isu yang dibangkitkan
seperti isu kuasa autonomi dan slogan Sabah for Sabahan mendapat reaksi
Musa untuk dinilai rakyat dan pengundi Batu Sapi sendiri.
Disitu,…barulah rakyat khususnya pengundi Batu Sapi mendapat impak terbaik
dan justifikasi sebenar kegagalan pemimpin BN menangani isu tertunggak itu
yang sebenarnya ia bukanlah isu lapok atau sudah basi seperti yang didakwa
BN sebaliknya ia merupakan suatu kegagalan secara TOTAL bagi pemimpin BN
Sabah merumuskan perkara tersebut dengan Kuala Lumpur.
Salam damai,
MOHD FAIZAL OKAL, BATU SAPI |