Tuntutan pembangkang kuasa autonomi bukan lapok atau basi
POLITIK Sabah sejak tahun 1963 selepas Sabah, Sarawak dan Singapura yang
turut sama MALAYA membentuk MALAYSIA tidak sunyi dari mengharungi pelbagai
polimek politik dalaman. Tanpa kehadiran Sabah, Sarawak dan Singapura (tiba
tiba keluar dari Malaysia 1965) tidak akan ada nama MALAYSIA disebut
dicarta dunia malah di PBB hingga ke hari ini.
KERANA Sabah dan Sarawaklah Malaysia terus menjadi sebutan pemimpin
pemimpin DUNIA salah satu Negara yang pesat membangun di rantau ASIA,
termasuklah kewibawaan pemimpin pemimpin Negara ini mampu bersaing malah
berkebolehan berfikir setara dengan kebijaksanaan pemimpin lain di DUNIA
yang kita rakyat Sabah tidak boleh nafikannya.
BAGAIMANA PUN dari aspek politik wilayajnya khususnya Sabah dan Sarawak,
pihak Kuala Lumpur masih mempunyai isu isu tertunggak yang belum
diselesaikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam isu 20 Perkara
yang dicadangkan oleh pemimpin pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri
dari Allahyarham Tun Fuad Stephen (sebelum Donald Stephen), Tun Mustapha,
Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi.
Malahan kandungan 20 Perkara telah pun dibincang dalam mesyuarat IGC
(inter Government Committee) bersama tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak
dan Malaya sebelum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang
menjadi kemelut isu rakyat Sabah dan Sarawak yang masih tidak berpuas hati
dengan tindakan pemimpin Persekutuan bertindak menodai Perlembagaan itu
sejak lebih 20 tahun lalu.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini iaitu selepas
'tsunami politik' tahun 2008 selepas PRU12 pemimpin Kuala Lumpur dalam
keadaan terhimpit dan terdesak mahu tidak mahu walaupun sudah terlambat
akhirnya mereka terpaksa tunduk kemahuan rakyat Sabah dan berjaya memecah
kebuntuan isu 20 Perkara apabila perkara 4 (Borneosisasi) kerajaan
Persekutuan telah melantik dua Pegawai Awam berasal dari Sabah mengetuai
Jabatan Persekutuan diSabah.
Meskipun begitu, rakyat Sabah masih terus memburu saki baki isu ketidak
puasan hati mereka yang mereka dakwa terdapat isu tertunggak belum
ditunaikan seperti kuasa autonomi wilayah Sabah, Sabah for Sabahan dan
keadilan pengagehan sumber kekayaan negeri Sabah seperti minyak dan Gas
daripada 5 peratus kepada sekurang kurangnya 20 peratus.
Aspirasi rakyat berdasarkan maklumat 20 Perkara pada mulanya diperjuangkan
oleh mantan Pengarah Insitut Kajian Sabah (IDS) Datuk Dr Jeffrey Kitingan
sekitar tahun 1990an ketika itu Sabah ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah (PBS)
pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, membuatkan Jeffrey merengkok ke
dalam tahan ISA selama lebih dua tahun.
Titik tolak daripada kejadian tersebut, secara tidak langsung ia telah
menyemarakkan lagi api kebencian rakyat Sabah terhadap Kuala Lumpur yang
rata ratanya menganggap penahan Jeffrey itu dirancang begitu rapi oleh
pemimpin pemimpin Kuala Lumpur yang menidakkan terus hak dan tuntutan
rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam 20 Perkara.
Pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi
KETIKA kempen semakin sedang rancak berjalan di prk Batu Sapi kelihatan
isu serupa terus didendangkan oleh rakyat Sabah tetapi dalam masa yang
sama terdapat pemimpin BN khususnya Ketua Menteri Sabah yang juga
Pengerusi BN negeri ini Datuk Musa Aman malah Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyddin Yassin sendiri dengan pantas cuba memadamkan isu itu dari
terus diletupkan dengan mendakwa ia isu lapok dan sudah basi.
Penjelasan demi penjelasan dibuat oleh Musa dan Umno-BN berhubung isu itu
tidak dapat juga meyakinkan rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi
bahawa tuntutan hak kuasa autonomi, Sabah for Sabahan dan pengagehan
sumber kekayaan dikaji mengikut hak keadilan kepada rakyat Sabah sekurang
kurangnya 20 peratus.
Menyemarakkan lagi kebencian rakyat dan pengundi Batu Sapi apabila Datuk
Musa atas sifatnya Ketua UMNO dan BN Sabah menolak mentah mentah cabaran
calon prk Batu Sapi yang juga Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berdebat
dengan Musa dimana sahaja Dewan atau ruang lapang berhubung isu hak kuasa
autonomi dan 20 Perkara yang dilanelkan Musa dan Muhy sebagai isu lapok
dan basi.
Pandangan kacamata rakyat bahawa keengganan Musa itu satu tamparan bagi
dirinya seterusnya turut melemahkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap
calon BN di Batu Sapi kerana rakyat pada keseluruhannya teringin sangat
mengetahui bahawa apakah tuntutan rakyat Sabah selama ini yang terkandung
didalam 20 Perkara dicampakkan begitu sahaja atau tidak dipedulikan
langsung oleh Kuala Lumpur.
Trend sebgitu rupa akan menguatkan lagi kemarahan rakyat Sabah kerana
sekali lagi tuntutan mereka dinodai malah diketepikan dengan melabelkan
tuntutan itu sebagai LAPOK atau BASI.
MUNGKIN juga ada rasionalnya demi penyelesaian isu itu, jika pemimpin
pemimpin Kuala Lumpur berminat menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk
merumuskan kembali isu isu tersebut dari terus dibangkitkan kerana adalah
dirasakan bahawa pihak pembangkang tidak akan berhenti begitu sahaja
walaupun keputusan prk Parlimen atu Sapi memihak kepada BN. |