PERJUANGAN YONG IBARAT ESOK MASIH ADA
Nov 5, 2010:
KEGAGALAN calon SAPP Datuk Yong Teck Lee meraih kemenangan pada PRK
Parlimen Batu Sapi meletakkan imej parti itu seolah olah dalam
keadaan terus tertekan lebih lebih lagi gelagat pemimpin pemimpin BN
yang tak putus putus memperkecil kecilkan kewibawaan Datuk Yong Teck
Lee memimpin SAPP selepas itu, namun hakikat sebenarnya ia sekadar
suatu keputusan berbentuk SEMENTARA kerana perjuangan Yong
diibaratkan “masih ada esoknya”.
Malahan ada pemimpin yang pernah dilahirkan SAPP suatu ketika dulu
dan digilap Yong sehingga boleh mengenali dan membaca huruf politik
A,B,dan C dengan jelas, lantas jasa Yong itu yang menjadikan
pemimpin berkenaan terus digeruni dan disegani tetapi disebaliknya
pula tidak sanggup bersama Yong membentuk semula SAPP ketika SAPP
dilanda permasalahan kepimpinan dalam BN.
Sesiapa juga pemimpin yang berada dipihak Yong selaku pemimpin utama
dan pengasas SAPP, sudah pasti dia tidak akan lari dari tanggung
jawabnya untuk terus menggembleng tenaga dan fikiran untuk
meneruskan dasar dan halatuju perjuangan parti itu yang berpaksikan
kepada pembelaan hak asasi rakyat, maruah bangsa dan hak autonomi
rakyat Sabah dari tertindas dan terhakis oleh kuasa besar
Persekutuan.
DALAM perjuangan untuk memburu keadilan dan kesaksamaan mengikut
lunas lunas DEMOKRASI, tiada jaminan untuk kekal selama lamanya
dalam satu gagasan perjuangan yang berkonsepkan ‘divide and rule’
atas nama BN jika dirasakan sistem tersebut sekadar menguntungkan
satu pihak dan ‘mengadu dombakan’ pihak yang lain, seolah olah
dialah lebih tinggi kuasanya dari lain lain.
Perbezaan dominan kuasa seperti inilah yang menjadi teras
kebimbangan kepimpinan SAPP yang tidak putus putus menegur untuk
tujuan membetulkan kepincangan itu selaras dengan konsep perkongsian
kuasa dalam gagasan BN tetapi ini juga tidak pernah SAPP menikmati
layanan baik seperti yang diharap harapkan sebelum itu memaksa SAPP
tiada pilihan lain tetapi meninggalkan gagasan itu sekitar tahun
2008.
MUNGKIN strategi perjuangan Yong dan SAPP kali ini tidak berupaya
membolosi pertahanan BN yang sudah lama mengintai kelemahan
kelemahan Yong sebelum ini termasuk memasang beberapa ‘bom jangka’
yang diberikan kepada beberapa bekas ‘rakan karib Yong dalam SAPP
tetapi telah murtad’ menggalas tugas itu untuk menghancurkan Yong
dan nampaknya tugas mereka itu berjaya.
YONG yang kelihatan tidak sedikit pun menyesal perjuangan pertamanya
dalam musim ini kerana telah melakukan perjuangan yang begitu
cemerlang untuk menjaga kebajikan masyarakat Cina dan masyarakat
lain dinegeri ini sejak beliau berada dalam BN terutamanya ketika
menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah pada 1997-1998 dalam sistem
penggiliran jawatan KM yang dilhamkan mantan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir pada tahun 1994.
Bagaimana pun, Yong yang mempunyai perwatakan yang tahan lasak dan
daya ketahan mental serta fizikal yang luar biasa, Yong kelihatan
tidak goyah malah kelihatan seperti biasa walaupun Pegawai Pengurus
Pilihanraya Parlimen Batu Sapai Haji Mohd Hamsan Supain mengumumkan
bahawa Yong tercorot ditangga ketika sekadar meraih 2031 undi.
Justeru, suara suara latar mula kedengaran sumbang yang dinyanyikan
pelakon pelakon tambahan wayang kulit BN ( mungkin akan tamat
kontrak selepas imbuhan) mengatur dan menyusun kata berbentuk
sindiran tajam ditujukan kepada Yong namun kesemua itu adalah
tradisi dan budaya pelakon pelakon tambahan sejak zaman USNO,
Berjaya dan PBS lagi dan tidak perlu diambil perhatian kerana tiada
keperluan.
APA yang lebih penting agenda perjuangan Yong bersama SAPP terus
digiatkan lagi yang mungkin hari ini bukan rezeki Yong tetapi dimasa
masa akan datang terutamanya apabila Rakyat Sabah telah memahami
perjuangan Yong sebenar benarnya tetap akan menerima Yong sebagai
wadah perjuangan RAKYAT SABAH yang sejati.
Oleh: GONOD SUNDA |