Tham seakan akan terperangkap
Kota
Kinabalu, November 18, 2010: WALAUPUN PRK Batu Sapi sudah beberapa minggu telah berlalu namun
pergeseran politik antara mantan calon SAPP Datuk Yong Teck Lee
dengan mantan Timbalan Presiden SAPP Datuk Tham Nyip Shen terus
berlaku cabar mencabar antara mereka sambil diiringi pelbagai
tuduhan seperti salahlaku dan penyelewengan ketika masing masing
menduduki jawatan dalam kerajaan.
Bagaimana pun, Tham menghadapi tugas berat untuk mengelakkan
tindakan undang undang bertali arus keatasnya jika Tham gagal
membuat laporan Polis atau MACC dalam tempoh 24 jam keatas dakwaan
Tham kononnya beliau mengetahui wang telah dibayar bagi mendapat
kelulusan lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU) ketika Tham menjawat
Timbalan Ketua Menteri.
Dakwaan Tham merupakan suatu perkara yang serius dan meletakkan
dirinya sebagai orang yang bertanggung jawab dalam dua perkara
seperti perkara pertama, beliau telah mengetahui bahawa konon
terdapat wang telah dibayar untuk mendapatkan lesen FMU namun Tham
gagal memberi alasan sebab mengapakah tindakan tidak dilakukan
sedangkan kesalahan itu telah disedarinya; kedua- Tham seorang yang
bertanggung jawab, tetapi atas alasan apa kegiatan salahlaku itu
disembunyikan daripada diketahui pihak berkuasa, yang sudah tentu ia
menjadi suatu kesalahan bagi Tham.
Dua aspek tindak tanduk Tham sudah cukup menjadi persoalan yang
lebih bermaksud seperti bersubahat kerana melindungi sesuatu salah
laku dan yang kedua Tham bersikap tolong menolong bagi
menyembunyikan sesuatu salah laku dari diketahui pihak berkuasa.
Jika sudah begitu, tidak syak lagi Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)
Datuk Seri Yong Teck Lee mencabar Tham dalam tempoh 24 jam untuk
membuat laporan kepada dua agensi itu.
"Jika dia gagal melakukannya maka saya akan membuat laporan bahawa
Tham telah melakukan satu kesalahan berdasarkan Undang-Undang
Pencegahan Rasuah kerana menyembunyikan maklumat," kata Teck Lee
dalam satu sidang akhbar di Ibupejabat SAPP di Bornion dekat sini,
pada Isnin.
Teck Lee mengulas kenyataan Tham yang mendakwa bahawa "dia telah
diberitahu beberapa kali bahawa ada segelintir individu menerima
sejumlah besar wang selepas menjanjikan urusan FMU kepada beberapa
orang di Sandakan".
Datuk Tham yang bagaikan terperangkap dengan jerat buatannya sendiri
terpaksa melalui jalan sukar untuk melepaskan diri daripada
cengkaman jeratnya itu untuk melepaskan diri tapi apakan daya jerat
takkan kenal tuannya, jerat tetap jerat untuk terus menjerat bagi
orang orang yang suka mempersendakan undang undang.
Apa pun, umum telah dapat membaca kelibat Tham yang tidak
profesional dan tidak bertanggung jawab terutamanya ketika prk Batu
Sapi sedang rancak berkempen yang bukan sahaja Tham bertindak 'keterlaluan
diluar pertimbangan sebagai seorang pemimpin politik 'kerana
didorong oleh sifat'dendam kesumat' terhadap Datuk Yong Teck Lee
malah tindakan beliau itu dengan niat sengaja memporak porandakan
pengundi pengundi Cina dengan dakyah dakyah kosong supaya beralih
sokongan kepada calon BN yang kini amat dikesali oleh masyarakat itu
dikawasan Batu Sapi.
Perbuatan terkutuk Tham yang terus meracuni pemikiran masyarakat
Cina di Batu Sapi atau diseluruh Sabah pada amnya dengan mencanang
keburukkan pemimpin Cina yang lain, tidak akan ada untung dan
baiknya jika pun 'falsafah' Tham diterima pakai oleh masyarakat Cina
pada keseluruhannya.
Kesimpulannya, Tham yang pernah digelar sebagai pemimpin 'baby face'
suatu ketika dulu tidak akan kemana perginya tentulah Tham terpaksa
meminta suaka politik dari parti parti serpihan lain dari
Semenanjong sebagai penerus kepada talian hayat politiknya tetapi
Tham terpaksa berkepit dibawah ketiak pemimpin lama yang sudah pun
berada disitu.
Oleh: GONOD SUNDA
|