KPT perlu tubuhkan
penyiasat dakwaan pelajar IPT melacur
TENOM. Disember 4, 2010: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy
Jawatah (gambar), menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)
melakukan penyiasatan secara menyeluruh berhubung dakwaan kononnya ada
pelajar wanita institut pengajian tinggi (IPT) dinegeri ini terlibat
melakukan kerja kerja memperdagangkan diri secara sambilan semata mata
mencari sumber kewangan.
Katanya, pihak KPT ada keperluan untuk menubuhkan satu jawatankuasa
khas untuk menyiasat dakwaan itu kerana ia mungkin mempunyai rangkaian
bertaraf profesional sebagai dalang kepada aktiviti itu.
"Kita menyarankan pihak tertentu terutamanya KPT dan Polis supaya
merapatkan kerjasama mereka sehingga kes ini terungkai sehingga keakar
umbi," kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu
Harian Ekspress pada Sabtu.
"Kemungkinan juga kes ini sudah menular begitu lama tetapi tidak
disedari sebelum iniĄ(jadi), kita minta agar pihak yang bertanggung
jawab sebagai dalang kes ini dapat dicekup dan dihadap ke muka
pengadilan kerana perbuatan itu amat memalukan negara," tegas Jimmy.
Tambahnya lagi, kejadian tersebut amat mengejutkan banyak pihak dalam
Negara kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini lebih lebih lagi
insiden itu didakwa berlaku diSabah.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom berkata demikian ketika
mengulas isu tersebut yang dicetuskan oleh Ketua Pergerakan Wanita
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO) Datin Dr.
Jaina Sintian semasa Simposium Pendidikan Wanita UPKO diPenampang baru
baru ini.
Dr Jaina yang dipetik sebagai berkata, fenomena tersebut memang wujud
hampir seluruh IPT dinegeri ini melalui rangkaian yang tersembunyi
tanpa disedari oleh pihak pengurusan IPT terbabit.
Menyedihkan lagi, apabila perbuatan mereka (pelajar) bukan secara
paksaan tetapi atas kehendak mereka sendiri kerana didorong oleh
masalah kekurangan kewangan sepanjang sesi pengajian IPT.
Oleh: Mail Mathew
|