SAPP keluar Bn bukan merajuk tapi tidak serasi dengan perjuangan BN membela rakyat
TENOM, Disember 5, 2010:
Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Mojimbun
menyifatkan tindakan parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN)
pada September, 2008 amat bertepatan sekali kerana parti itu tidak lagi
sanggup melihat karenah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang
berleluasa berlaku dalam kepimpinan kerajaan BN.
Tegasnya, malahan teguran yang dibuat oleh parti parti kecil dalam BN
khususnya SAPP langsung tidak diambil peduli oleh mereka walaupun
tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan
kepimpinan BN menuju kearah landasan yang betul.
"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan
negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan…kerana kita
dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam
Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus
dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis
Induksi Ahli Ahli Baru SAPP kawasan Kemabong diHotel Perkasa dekat sini
pada Ahad.
Hadir bersama dimajlis itu, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie
Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya
Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli
Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP
Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi.
Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada
dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan
sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya
diSabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar
perjuangan kerajaan BN.
Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap
kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung
penyelesaian masalah Pendatang Asing Tanpa izin (PATI), Kad pengenalan
Palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa dimana sehingga kini
masalah tersebut masih berkeadaan tergantung.
"Perjuangan SAPP semata mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha
mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf
hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada
kepompong kemiskinan," tegas Eric.
Datuk Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan,
bahawa agak malang sekali dimana laporan media baru baru ini
mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan
negeri yang termiskin diMalaysia.
"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini
berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya…siapa lagi kalau bukan tindak
tanduk pemimpin pemimpin UMNO di Semenanjong yang suka membazir dan
menggunakan peruntukkan yang berlebihan untuk kroni kroni mereka tetapi
tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa kita
diSabah pembangunan tidak sampai…kalau sampai pun lambat," tegas beliau
dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan dipedalaman merungut
kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa
setiap hari bergelut dengan lumpur.
Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai
Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai
SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol
dengan perjuangan UMNO yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya
terhadap membangunkan kawasan disitu.
Katanya, cukuplah UMNO bertapak disitu selama empat penggal namun untuk
meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak
dengan kelibat buruk kepimpinan UMNO selama ini ibarat pepatah ada
mengatakan "Bertuan dimata, ber Raja di mulut dan ber Sultan dihati".
Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata diperingkat akar umbi sudah faham
dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti
tempatan seperti SAPP dimana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti
masalah rakyat diSabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka.
Oleh: Mail Mathew
|