Pengundi DUN Kemabong disaran tumpaskan calun Umno PRU13
Kemabong,
Disember 12, 2010: SEMANGAT patriotisme kepada tanah air sendiri
sepertimana yang tersemai disanubari Saul Salleh mantan Pegawai
Pembangunan Masyarakat (CDO) kawasan DUN Kemabong, beliau tidak
mengambil masa yang panjang berfikir untuk bertindak keluar
meninggalkan UMNO yang disertainya selama lebih tiga penggal parti itu
bertapak di Dun Kemabong malah beliau tidak menyesal pun bertindak
sedemikian.
DEMI maruah bangsa dan masa depan rakyat negeri ini beliau tidak ragu
ragu mengambil keputusan untuk menyertai SAPP sebuah parti tempatan
walaupun tidak dijanjikan sebarang jawatan mahupun ganjaran oleh
kepimpinan SAPP, tetapi beliau mengambilkira teras perjuangan SAPP
menfokuskan kepada soal memertabatkan maruah bangsa dan rakyat Sabah.
"Setelah perjuangan PBS di Kemabong yang bertapak di sini sejak tahun
1985 lagi yang secara paksa turut beralih ke UMNO-BN, apabila kerajaan
PBS pimpinan Tan Sri Pairin ditumbangkan secara tidak demokratik dan
tidak bermoral pada tahun 1994 senario itu telah banyak memberi kesan
negatif terhadap rakyat di sini sehinggalah sekarang gara gara sikap
keterlaluan UMNO-BN yang memperbodoh bodohkan kami tetapi kali ini kami
sedar dan bangkit menumbangkan UMNO-BN di Kemabong pada PRU13 nanti,"
jelas Saul yang juga salah seorang bekas pemimpin kanan PBS Kemabong.
Beliau berkata, perjuangan politik rakyat Sabah yang terdiri daripada
pelbagai kesukuan etnik, agama dan kepercayaan perlu sampai ke suatu
tahap kematangan yang lebih tinggi dengan mengambil keutamaan kepada
memperjuang masalah masyarakat wilayah sendiri khususnya rakyat di Sabah
dengan menyertai SAPP sebuah parti tempatan.
Saul turut menjelaskan bahawa kecintaannya terhadap perjuangan PBS
sejak awal penubuhan parti itu terus menjadi pudar apabila tindakan
parti itu menyertai semula BN amat dikesalkan malah telah merenggangkan
hubungan beliau terhadap misi dan visi perjuangan parti itu kerana
telah bersekongkol dengan UMNO.
Beliau mengingatkan rakan rakan seperjuangannya yang masih berada dalam
UMNO agar bertindaklah dari sekarang keluar dari parti itu secara
beramai ramai (en-block) seperti yang mereka rancangkan sebelum ini
kerana selagi mereka berada dalam UMNO bermacam macam janji 'terang
bulan' termasuklah gula gula manis yang ditaburkan kepada mereka dengan
harapan akan dapat mengekang mereka keluar meninggalkan parti itu.
"Harus diingat bahawa wang bukan segala galanya kerana wang maruah dan
jati diri bangsa, negeri dan rakyat akan tercemar untuk selama lamanya
malah kampong juga akan tergadai," tambah Saul ketika berucap di majlis
induksi pemantapan parti SAPP untuk ahli ahli baru di Hotel Perkasa
Tenom pada baru baru ini.
UMNO yang bukan lahir di bumi Sabah tetapi terpaksa berhijrah ke bumi
Sabah di bawah bayu sekitar tahun 1990an atas kerakusan dan ketamakkan
segelintir pemimpin politik yang sudah terkandas di dalam haluan
perjuangan politik mereka lalu membawa masuk UMNO ke Sabah semata mata
dijadikan landasan untuk menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui PBS
pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada ketika itu.
Malang sekali apabila usaha UMNO-BN untuk menumbangkan kerajaan PBS
secara demokratik melalui pilihanraya tahun 1994 tetapi gagal. Mereka (UMNO)
menggunakan taktik kotor yang tidak demokratik seperti yang diketahui
sebelum ini menyebabkan kerajaan Pairin tumbang kerana kehilangan
majoriti ADUN selepas beberapa Adun PBS melompat menyertai BN
menjadikan keadaan porak poranda.
Mungkin juga beberapa ADUN yang melompat boleh merekacipta alasan
alasan tertentu untuk melenyapkan perasaan rakyat yang mengundinya yang
sangat marah kerana kecewa dengan sikap hipokrit pemimpin itu yang
menipu mereka namun untuk melupakan terus insiden itu sukar bagi rakyat
melupakannya untuk selama lamanya. Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW
|