Program Evolusi Belia di Sandakan
SANDAKAN,
Disember 22, 2010: Parti Maju Sabah telah menganjurkan program Evolusi
Belia Sandakan baru-baru ini dan disertai oleh 50 orang Belia berumur
diantara 18-30 tahun. Aturcara padat sehari ini memberikan bimbingan
dalam bentuk motivasi dan kemahiran kepada pesertanya. Program Evolusi
pertama ini diadakan di Pejabat SAPP CLC Karamunting/Sekong dan
dikelolakan oleh Pergerakan Pemuda Zon Sandakan.
Sementara itu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee selaku Presiden SAPP di
dalam ucapannya dipetik sebagai berkata, belia harus membuka pemikiran
mereka dan mencari ruang untuk maju kehadapan. Menurut beliau lagi
usaha memberikan pendidikan dan kemahiran individu ini akan diteruskan
bagi memberikan peluang kepada lebih ramai belia di Sandakan khususnya
dan dilebarkan ke seluruh Sabah. Beliau yang juga Pengerusi CLC
Karamunting berkata kadar pengangguran yang tinggi dikalangan golongan
muda mendorong SAPP terus berusaha memberikan alternatif supaya
golongan muda tidak ketinggalan. Beliau menyarankan agar belia-belia
mempraktikkan apa yang dipelajari bagi mengubah bukan sahaja persepsi
tetapi gaya hidup masing-masing.
Antara
aktiviti Program Evolusi Belia adalah kuliah berkaitan pengetahuan
sejarah Sabah yang disampaikan oleh En Edward Dagul yang juga Ketua
pergerakan Pemuda dan kuliah motivasi bertajuk Adaptasi Persekitaran
yang disampaikan oleh En Jamain Sarudin Setiausaha Penganjur Pusat.
Selain itu Peserta diberikan tunjuk ajar dan bimbingan melalui 3
bengkel iaitu Kemahiran mengeluarkan produk mudah, ICT dan Photograpi.
Cik Suraya Hj Ag Ahmad dari Beaufort salah seorang usahawan muda yang
berjaya dan Ahli Jawatankuasa Pusat GKB telah memberikan tunjukajar
cara-cara membuat 3 jenis kueh untuk memudahkan peserta mengadaptasinya
dan menjadikan sebagai pendapatan sampingan mereka. Sementara Irwan
Mahsan selaku Penganjur yang mempunyai kelulusan dalam bidang ICT
memberikan bimbingan dalam bidang ICT dan pemasaran produk melalui
internet. Chester Pang Thien Fook Naib Ketua Pemuda SAPP yang banyak
melibatkan diri dalam bidang Pementasan dan dokumentari pula memberikan
bimbingan dalam bidang photograpi dan penyiaran.
Sementara
itu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee selaku Presiden SAPP di dalam
ucapannya dipetik sebagai berkata, belia harus membuka pemikiran mereka
dan mencari ruang untuk maju kehadapan. Menurut beliau lagi usaha
memberikan pendidikan dan kemahiran individu ini akan diteruskan bagi
memberikan peluang kepada lebih ramai belia di Sandakan khususnya dan
akan dilebarkan ke seluruh Sabah. Kadar pengangguran yang tinggi
dikalangan golongan muda mendorong SAPP terus berusaha memberikan
alternatif supaya golongan muda tidak ketinggalan. Beliau menyarankan
agar belia-belia mempraktikan apa yang dipelajari bagi mengubah bukan
sahaja persepsi tetapi gaya hidup masing-masing.
Menurut Setiausaha Penganjur Pusat yang juga Naib Ketua Pemuda SAPP En.
Jamain Sarudin, Pergerakan Pemuda dijangka akan menganjurkan (3) tiga
lagi program serupa di Sandakan dalam waktu terdekat dan kemudiannya ke
daerah-daerah di seluruh Sabah. Turut hadir di majlis penutupan Tn. Hj.
Abd. Rasyid Mutalib Pengerusi CLC Sekong, En. Joseph Liaw Pengerusi CLC
Elopura, En. Poon Kee Yang Pen. Bendahari Agung yang juga Pengerusi CLC
Tg. Papat, En. Ken Yong Ahli Majlis Tertinggi dan En. Kamsah Ahsah
Pengerusi CLC Gum-Gum.
|