Ketua Pemuda rasmi
hari keluarga seni silat Bingkasan
SERAMAI
200 orang ahli Persatuan Seni Silat Bingkasan Sabah telah menghadiri
hari keluarga persatuan tersebut yang diadakan di Kg. Lapai Tenghilan
yang bertujuan untuk memperbaharui tekad dan keazaman mereka dalam
persatuan selain untuk mengeratkan silatulrahim antara mereka yang
telah terujud sekian lama lebih lebih lagi seni silat Bingkasan
merupakan khazanah warisan Kadazandusun.
Seni silat warisan Bingkasan yang diturunkan oleh Allahyarham Mahaguru
Ahmad Onup dipercayai mempunyai banyak pengikutnya di seluruh pelusuk
daerah diSabah kerana seni silat Bingkasan bukan sahaja tertumpu kepada
ajaran mempertahankan diri tetapi lebih mengkhusus kepada gerak seni
kesihatan, jatidiri dan ketahan mental.
Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward J Dagul selaku
tetamu kehormat telah merasmikan majlis hari keluarga seni silat
Bingkasan dengan penuh gilang gemilang dan bersejarah itu.
Dalam
pada itu, Edward menegaskan bahawa peranan yang telah dimainkan oleh
pihak penganjur silat Bingkasan telah menunjukkan satu contoh yang baik
kerana berjaya mengatur satu strategi yang memberangsangkan dengan
menganjur satu pengisian aktiviti yang lebih sempurna dimana ia akan
dapat menghindar golongan generasi muda terjerumus ke lembah negatif.
Tegasnya lagi, beliau terkejut apabila mendapat tahu wujudnya aktiviti
seperti ini khususnya seni silat Bingkasan yang turut disertai ramai
belia, sebaliknya khabar angin yang beliau perolehi sebelum ini sudah
menjadi realiti.
“ Kalau selama ini saya hanya mendengar cakap cakap kosong keujudan
seni silat Kadazandusun dan tidak lebih dari khabar angin…tetapi hari
ini ia sudah terbukti ujud dan inilah dikatakan ‘diam diam ubi tapi
berisi’,” tegas beliau sambil disambut tepukan gemuruh oleh para
peserta.
Edward
seterusnya menegaskan bahawa seni silat merupakan satu aktiviti senaman
yang bertindak menggerakkan seluruh anggota tubuh badan yang akan
menyihatkan fizikal dan mental seseorang individu.
Beliau menambah, lebih lebih lagi seni silat Bingkasan turut melakukan
ajaran berguna dengan penerapan nilai nilai murni seperti disiplin dan
jatidiri sebagai pelengkap kepada kematangan bagi seseorang itu.
Terlebih dahulu Yang Dipertua Persatuan Seni silat Bingkasan Encik
Gaimin Guraat dalam ucapannya menyatakan bahawa tujuan utama hari
keluarga tersebut adalah untuk mengukuhkan hubungan rapat dikalangan
ahli persatuan itu selain dapat saling mengenali dan bertukar-tukar
pendapat.
Dari segi sejarah, secara rasminya persatuan ini telah berdaftar dengan
jabatan pendaftaran pertubuhan (ROS) sejak tahun 1988. Apa yang
membanggakan persatuan ini dapat melahirkan pesilat kadazandusun yang
pertama bertanding pada peringkat kebangsaaan. Selain daripada itu,
persatuan seni silat Bingkasan turut menganjurkan kempen derma darah
pada setiap tahun.
Cawangan-cawangan yang terlibat dalam penganjuran hari keluarga ini
adalah terdiri daripada cawangan Gelanggang Kota Kinabalu, Gelanggang
Keningau, gelanggang Kg. Kalipasuan Tamparuli, Gelanggang Kg. Tiong
Ratau, dan Gelanggang cawangan Kota Marudu. Turut hadir ialah Ketua
Jurulatih Encik Gunsiang Gondihan
|