SAPP: Kuasa di tangan
Umno
KOTA
KINABALU, 30 Januari 2011: Kegetiran dimana Presiden PBS Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan menyangkal bahawa PBS adalah badut elit UMNO dan
laporan polis PBS diajukan terhadap blogger Atama menunjukkan bahawa
PBS adalah takut terhadap kebenaran. Bahkan, sketsa Atama daripada
"Three Stooges" adalah pandangan umum orang Sabah.
Ia adalah fakta di Sabah pada hari ini bahawa kuasa politik, ekonomi
dan birokrasi tertumpu di tangan para elit UMNO yang hanya boleh
dijawab oleh UMNO di Kuala Lumpur. Penduduk Sabah, dahulunya bangga
sebagai negeri terkaya dengan pemimpin yang kuat, kini telah menjadi
termiskin di negara ini.
Tan Sri Pairin harus merenungkan fakta berikut:
1. Krisis pendatang haram dari buruk menjadi lebih buruk. Jenayah dan
masalah sosial yang berkaitan dengan pendatang haram terus membelenggu
negara ini,
2. Setiap hari, pendatang baru diberi kewarganegaraan dengan Mykads.
Pendatang berbaris mengambil Mykad di Sandakan, Tawau dan Semporna.
Putrajaya juga mengeluarkan Mykads secara langsung kepada pendatang.
Apakah para menteri PBS baik di peringkat negeri dan persekutuan
benar-benar buta terhadap kejadian yang berlaku dihadapan mata mereka?
Atau adakah mereka menutup kedua-dua mata dengan cepat, perubahan dalam
demografi Sabah yang tidak boleh diubah lagi?.
3. Keengganan kerajaan BN untuk membentuk Suruhanjaya di Raja (RCI)
terhadap pendatang haram. Kematian Teoh Beng Hock mendapat siasatan
penuh Suruhanjaya di Raja. Rakaman pita VK Lingham (2007), polis (2004)
dan bahkan "gadis tok ketampi" (2005) semua memenuhi syarat untuk RCI.
Namun isu keselamatan negara yang sangat besar, seperti pendatang haram
di Sabah, diabaikan. Siapakah yang kerugian besar? Bukan UMNO tetapi
PBS, UPKO dan PBRS dan masyarakat yang mereka dakwa mereka wakili.
Mengapa PBS lupa tentang permintaan mereka untuk Suruhanjaya di Raja
ketika mereka masih menjadi pembangkang? Kerana Setiausaha Agung PBS
dengan bangga mendakwa mereka adalah rakan karib UMNO dan para pemimpin
PBS seperti Johnny Mositun dan Herbert Timbun Lagadan telah mendapat
gelaran sebagai "jurucakap UMNO”
4. Kenaikan kos hidup menjadi tamparan hebat kepada orang ramai,
5. Kehilangan tanah pertanian dan pengusiran secara paksa penduduk
tempatan dari hutan simpanan, dengan rumah-rumah mereka dibakar dan
tanaman dimusnahkan,
6. Hilangnya identiti budaya, bahasa, adat dan ruang fizikal secara
berperingkat menjurus kepada perpindahan ridak boleh diubah masyarakat
dominan yang dikenali sebagai Kadazandusun dan Murut dan pribumi lain,
7. Ketidakpuasan terhadap pengambilan, kenaikan pangkat dan penempatan
dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan peluang perniagaan,
8. Peningkatan jumlah golongan muda berhijrah ke Semenanjung Malaysia,
beberapa di antaranya yang terdampar dan terjebak dalam jenayah,
9. Projek loji janakuasa arang batu telah ditandatangani secara senyap
di KL pada Februari 2008 dengan kontraktor dari negara China, dan telah
berkali-kali ditolak oleh rakyat dan Jabatan Alam Sekitar tetapi
kerajaan tetap tegas meneruskannya,
10. Gas asli milik kita tidak dibenar digunakan untuk menjana tenaga di
Sabah tetapi disalurkan keluar ke Bintulu untuk keuntungan Petronas,
11.Projek mega empangan Kaiduan di Penampang dan empangan Tambatoun di
Kota Belud di mana Menteri dari UMNO Noh Omar dengan sombongnya
mememberitahu para YB dari PBS bahawa projek itu akan diteruskan
walaupun mendapat bantahan penduduk tempatan. Rakyat yang mendapat
kesan negatif daripada projek-projek mega UMNO ini semuanya terdiri
dari masyarakat Kadazandusun. Apa yang pemimpin kita ingin katakan
tentang ini? Oleh kerana itu, rakyat berhak diberi penjelasan sebenar
bahawa menteri kita hanya menjaga kepentingan diri mereka sendiri.
ketidakmampuan mereka telah menyebabkan penderitaan kepada rakyat.
Lihatlah contoh terkini:
1. Kontroversi Menara Jam Atkinson dan feri Labuan adalah tanda jelas
bahawa keputusan kerajaan terlalu dipengaruhi kepentingan peribadi,
2. Kelewatan panjang jalan bertingkat Tanjong Aru, terminal lapangan
terbang dan landasannya,
3. Kegagalan landasan keretapi baru yang tidak sesuai dengan platform
landasan keretapi di Sabah,
4. kehilangan memalukan Hospital Umum Ratu Elizabeth (QEH) dan
kecacatan serius di QEH2,
5.Projek Hospital Khidmat yang sekejap timbul sekejap tenggelam,
6. Air kotor yang disalurkan Jabatan Air kepada penduduk di Sandakan,
7. Kegagalan membayar gaji selama lima bulan pekerja am Majlis Daerah
Putatan. Senarai ini berterusan. Tapi Tan Sri Joseph Pairin dengan
gembira hanya menyerahkan kepingan zing untuk penduduk desa dan
berikhtiar membaiki pendingin hawa perpustakaan Keningau. Sementara itu
para menteri PBS yang lain hanya cekap memotong riben serta dengan
senang hati memberi "ang pow” kepada orang-orang tua bagi pihak
syarikat judi seperti TOTO. Ini adalah sebab mengapa saya katakan PBS
memerintah, tetapi tidak berkuasa.
PBS menjadi badut elit UMNO.
PBS begitu tunduk kepada elit UMNO.Pemimpin PBS sedia maklum bahawa
demi menjaga kepentingan mereka sendiri maka mereka sanggup melakukan
pekerjaan kotor untuk UMNO. sebagai contoh, krisis pendatang haram dan
isu Mykads. PBS sudah pasti tahu bahawa orang-orang UMNO disebalik
semua itu. Tapi PBS akan mengalihkan tanggung jawab UMNO dengan
menyalahkan SAPP.
Sebagai rekod, saksi PBS dalam perbicaraan petisyen pilihan raya 1999
sudah membersihkan nama para ahli SAPP daripada sebarang "Project IC"
dan telah memberi keterangan dengan memberikan nama pemimpin UMNO
terlibat dalam "Project IC" itu. Tapi tidak pula walau sekalipun PBS
namakan UMNO. PBS dengan niat jahat menyasarkan SAPP. Untuk
perkhidmatan ini, PBS diberi ganjaran lumayan. Kuasa elit UMNO terhadap
PBS begitu kuat sehingga UMNO tidak perlu melakukan apa-apa. PBS akan
melakukannya untuk UMNO. Begitulah kuasa UMNO terhadap PBS.
Mengenai isu patung Mazu, PBS mengerahkan NGO dan tokoh agama memberi
pujian kepada Ketua Menteri UMNO kerana menghentikan projek asal Mazu
itu. Pemimpin PBS menampilkan diri dengan cadangan untuk mendirikan
sebuah patung Mazu kedua. UMNO tidak perlu melakukan apa-apa. Menteri
PBS dengan liciknya melakukan pekerjaan kotor itu. Sejarah akan
mengingati orang-orang seperti ini.
Mengenai isu Amanah Saham Sabah, penjahat sebenarnya adalah pemimpin
UMNO dan syarikat milik UMNO. PBS mendapat tahu penjahat sebenar SAS
itu apabila PBS menyertai Kabinet BN Sabah pada 2004. Tapi PBS terus
menuduh SAPP. Mengapa? Kerana mereka ingin melindungi UMNO. Begitulah
kuasa UMNO terhadap PBS. Ini adalah kuasa yang sama dimiliki Tan Sri
Pairin, sebagai orang baru, mengambil bahagian dalam menandatangani
perjanjian memberi minyak Sabah untuk mendapatkan hanya 5% royalti pada
Jun 1976.
Sewaktu SAPP berada dalam BN, kami dicap sebagai "pembangkang di dalam
BN”'. Ketika separuh rakyat Semenanjung Malaysia menolak BN / UMNO pada
pilihanraya umum 2008, SAPP bertindak membebaskan diri dari cengkaman
UMNO. Melihat kesempatan seperti itu terbuka bagi Sabah selepas 45
tahun mengabdikan diri dalam Malaysia, SAPP bekerja sama dengan Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan gabunan Pakatan yang beliau bentuk untuk
mendesak perubahan. Walaupun parti dari Semenanjung itu tidak berjaya
mengerahkan kekuatan yang cukup untuk membawa perubahan di negara ini,
namun perjuangan diteruskan.
|