Tunaikan janji pembangunan sejak PRU12
NABAWAN,
Feb 1, 2011: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah
mempertikai ketelusan serta tanggung jawab kerajaan Barisan Nasional (BN)
khususnya wakil rakyat disitu kerana sanggup membelakangi Kg Loboh dan Kg
Ulu Mosopoh dari menikmati arus pembangunan pesat meskipun slogan BN ada
menyatakan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sebaliknya slogan
itu ia umpama sekilas kata kata rethorik semata mata.
Katanya, beliau sedih melihat keadaan pembangunan dikawasan akar umbi
terutamanya diKg Ulu Mosopoh yang berpopulasi seramai kira kira 200 orang
terpaksa mengharungi arus deras sungai setiap kali mengeluarkan hasil
pertanian mereka ke bandar kerana ketiadaan jambatan untuk menyeberangi
sungai tersebut.
Manakala diKg Loboh, penduduk mengeluh kerana sebatang jalanraya disitu
tidak pernah diselenggara menyebabkan keadaan jalanraya berlumpur dan
berlobang lobang menyukarkan kenderaan melalui jalanraya tersebut.
"Selain itu…mereka (penduduk) terpaksa memikul tong gas, getah, kopi dan
padi setiap kali ke bandar kerana perhubungan jalanraya mereka terputus…keadaan
ini amat menyedihkan," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Ahad
ketika melakukan lawatan ke perkampongan tersebut pada baru baru ini.
Dalam
lawatan tersebut beliau telah diiringi pemimpin pemimpin bahagian SAPP
Nabawan terdiri daripada Naib Pengerusi CLC Pilin Marusin, Malik Usau,
Ketua Pergerakan Pemuda Turayo Samponon, Ketua Wanita Julie Raphael dan
beberapa Ahli Jawatankuasa lain.
Jimmy seterusnya berkata, "Masalah disitu menghantui fikiran saya lalu
tertanya tanya dalam hati kecil, apakah yang telah dilakukan oleh wakil
rakyat disini selama ini sedangkan mereka (Wakil Rakyat) telah berkhidmat
lebih dua penggal. Kenapa masih ada perkampongan yang tercicir dari segi
pembangunan,".
Menurut seorang penduduk diKg Mosopoh dan seorang lagi diKg Ulu Mosopoh
yang enggan indentiti mereka didedahkan memberitahu bahawa masalah yang
dialami perkampongan mereka telah pun dilawati wakil rakyat disitu
beberapa kali namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
Malahan katanya, harapan mereka untuk mendapat pembelaan daripada kerajaan
dari segi pembangunan infrastruktur amat dinanti nantikan kerana kepada
siapa lagi mereka menyandarkan harapan selain kerajaan yang diangkat oleh
rakyat jelata.
|