"Inter-party dialogue and leadership" mencapai matlamat
Oleh: Mail Mathew
Mac
6, 2011: KATA DISUSUN, JANJI DIPADU DAN IKATAN PERJUANGAN TERUS
DIKUKUHKAN antara ramuan perbincangan yang menjadi agenda khusus
seminar eksklusif bertema "Inter Party Dialogue and Leadership" dimana
sesi perbincangan pelbagai isu telah memakan masa sehari suntuk yang
dihadiri seramai hampir 200 pemimpin pelbagai parti pembangkang
diseluruh Sabah, disebuah hotel lima bintang diKotaraya Kota Kinabalu
pada Sabtu.
Presiden UBF (United Borneo Front) Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan selaku
penganjur seminar tersebut menyampaikan kata kata aluan sebelum seminar
itu bermula dengan menekankan betapa pentingnya kesepakatan rakyat
Borneo khususnya Sabah dan Sarawak memahami beberapa pencabulan kepada
hak asasi rakyat oleh kerajaan Persekutuan sejak 47 tahun lalu
terutamanya asas perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi
Sarawak perlu dikaji dan dilaksanakan.
Jeffrey seterusnya menekankan bahawa isu yang sudah berlarutan itu
telah menghantui perasaan rakyat dikedua dua negeri Wilayah Borneo
iaitu negeri Sabah dan Sarawak tetapi menjelaskan bahawa isu tersebut
tidak dapat dilakukan secara berseorangan "sendiri sendiri sahaja"
namun ia perlu disertai oleh banyak pihak yang cintakan KEADILAN dan
KESAKSAMAAN yang memerlukan penyertaan parti parti politik sama ada
dari pembangkang mahupun parti parti dalam komponen BN
Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang juga mantan Pesuruhjaya
SUHAKAM Tan Sri Simon Sipaun diberi mandat mempengerusikan seminar
sehari suntuk itu yang turut dihadiri pemimpin pemimpin parti
pembangkang antaranya mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima
Yong Teck Lee, Timbalan Ketua Perhubungan PKR Negeri Sabah Christina
Liew, wakil Presiden SPF(Sabah People Front dulu Bersekutu), Timbalan
Speaker Dun Sabah Datuk Frankie Chong, Adun Likas Datuk Liew Teck Chan,
Adun Luyang Melanie Chia, mantan Senator Dr Chong Eng Leong dan Aktivis
masyarakat Datuk Patrick Sindu.
Manakala para ahli panel terdiri daripada golongan profesional Amde
Sidek (Peguam), Nillakrisna James (Peguam dan Ahli Sejarah), Zainal
Ajamain (Economic), Daniel John Jambun (Sastera), Dr Chong Eng Leong (Pengamal
Perubatan) dan Yunuf Maringking wakil Persatuan Guaman Sabah.
Dalam pada itu Datuk Dr Jeffrey menekankan bahawa beberapa kumpulan
yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Pembela Rakyat, Cendikiawan
Alab Baru dan banyak lagi telah mengikrarkan sokongan mereka kepada
agenda UBF yang mempunyai 7 teras permintaannya kepada kerajaan pusat
untuk diperbetulkan seperti,
1. That the Federal government establishes a "Compliance Mechanism"
berdasarkan Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia.
2. Demand for a Faierer and more equitable revenue sharing formulae;
3. Restor the equal partnership status of Sabah and Sarawak to Malaya
in the Federal including special rights & privileges & role of Sabah,
Sarawak in citizenship & natural registration and Immigrations;
4. Demand for abolishment of cabotage/Transport/Trade Policies that
negatively affects the Borneo States;
5. Demand for the respect and implementation of ative rights/NCR and
Article 153 Federal Constitution;
6. Demand for a shift in the economic development focus to Sabah and
Sarawak including the narrowing of the economic and digital devides
between Malaya and the Borneo (Sabah and Sarawak);
7. Resolve the Illegal immigrants (PATI) “Project IC" problems and the
threat to the territorial intergrity of Sabah and Sarawak including the
passing of the heaviest deterrent sentence on crime related to the
issuance of citizenship to illegal immigrants.
Katanya lagi, manakala parti parti komponen BN seperti PBS
disifatkannya sebagai 'malu malu' untuk menyokong agenda UBF, UPKO
menyokong agenda perjuangan UBF tetapi tidak menyatakannya secara
terbuka dimedia.
Bagaimanapun penyertaan daripada delegasi Sarawak dalam seminar itu
tidak kelihatan dan difahamkan bahawa mereka menumpukan persediaan
menghadapi pilihanraya umum negeri itu yang akan diumumkan pada bila
bila masanya sahaja.
Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab daripada para peserta dengan
ahli ahli panel dibuka selepas para ahli panel selesai membentangkan
kertas kerja masing masing, para opeserta tidak membuangkan masa
melorongkan beberapa pertanyaan seperti berikut,
Wakil Tenom ( Ambrose Mail Mathew) – meminta UBF menderaf satu
memorandum kepada kerajaan untuk mengkaji ordinan Tanah dan juga hak
asasi penduduk kampong tentang NCR yang memasukki kawasan Hutan Simpan.
Menurut ordinan itu kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan tidak ada
kuasa mutlak menidakkan kewujudan tanah adat atau NCR meskipun ia dalam
kawasan Hutan Simpan.
Beliau mengambil contoh insiden yang berlaku di Perkampongan Kg Sumambu,
Kapulu dan Katubu dimana penduduk disitu kini 'melilau' tiada
ketempatan setelah Jabatan Hutan melabelkan perkampungan itu sebagai
HARAM kerana berada dalam kawasan hutan simpan. Sedihnya, penduduk
disitu kini menggelarkan mereka sebagai 'pelarian dibumi sendiri'.
Wakil Tongod – meminta UBF memberi defibisi yang tepat dan fungsian
geran 'Komunal' sepertimana yang dilancarkan oleh Timbalan erdana
Menteri Tan Sri Muhyddin baru baru ini. Mereka menyifatkan pemberian
itu sebagai 'olok olok' yang antara lain untuk menutup isu itu dari
berpanjangan kerana kerajaan gagal mengeluarkan gerantanah kepada
penduduk disitu lebih 30 tahun lalu.
Penjelasan UBF (Yunuf Maringking)- Pemberian geran Komunal bukan ikhlas
dan lebih condong kepada strategi politik kerajaan BN. Geran Komunal
antara lain menidakkan hak penerima daripada mengusaha dari segi
perdagangan (pinjam wang dari bank) untuk menggunakan geran itu sebagai
cagaran untuk memulakan bisnesnya.
Aktivis masyarakat Datuk Patrick Sindu – menyuarakan kebimbangan yang
mendesak berhubung penyelesaian pemberian Projek IC dan kerakyat kepada
PATI yang sehingga kini belum selesai. Memburukkan lagi keadaan apabila
Menteri Dalam Negeri Dato' Hishamuddin menolak cadangan penubuhan RCI.
Patrick minta UBF menyediakan memorandum yang agak keras sedikit kepada
kerajaan untuk mengambil tindakan masalah tersebut.
(Isu ini hangat dan lebih ramai peserta yang mengambil bahagian
membahaskan masalah tersebut yang meliputi kawasan Sandakan, Lahad Datu
dan Tawau).
Ahli panel Dr Chong Eng Leong memberi penjelasan – Isu Kad Pengenalan
yang berleluasa diSabah beliau mengakui isu itu sehingga ke hari ini
masih terus tertunggak kerana belum diselesaikan oleh Federal meskipun
beliau dan beberapa pemimpin dan individu lain termasuk seorang
wartawan dan pengarang buku Mutalib M.D telah berjuang habis habisan
namun pihak pemimpin Persekutuan tetap membisu dalam persoalan ini.
Chong menegaskan bahawa untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah ini
tidak lain dan tidak bukan, kita rakyat Sabah Sarawak dan Semenanjong
bertekad menumbangkan kerajaan kukubesi BN pada PRU13. Setelah kerajaan
UMNO-BN tumbang barulah masalah Kad Pengenalan dan PATI diSabah dapat
diselesaikan.
Manakala Ahli Panel Zainal Ajamain terus merungkai permasalahan isu “Cabotage"
apabila isu itu turut di ketengahkan oleh para peserta. Zainal
menyifatkan system kabotaj merupakan suatu penindasan dan penyisihan
hak ekonomi diwilayah Borneo yang sepatutnya Sabah dan Sarawak juga
bebas mendapat habuan hasil perniagaan menerusi pungutan hasil
pelabuhan jika Sabah dan Sarawak diberi kebenaran dalam 'Import dan
Export" secara terus.
Ketika sesi penutupan seminar tersebut, Tan Sri Simon Sipaun dam ucapan
penggulungannya menyifatkan seminar itu telah berjaya kerana segala isu
isu yang diketengahkan berjaya merungkai persoalan perkara yang
merupakan masalah 'tenat' yang perlu ditangani kerajaan BN kerana telah
terabai sekian lama iaitu sejak 47 tahun lalu.
Tan Sri Simon turut memperkecil kecilkan bajet 2011 yang dibenatng
tahun lepas sebagai 'kacang' (peanuts) dimana bajet tersebut
memperuntukkan sekadar RM9.55 billion untuk Sabah dan Sarawak
berbanding diSemenanjong yang meraih RM109.74 billion.
"Satu projek yang dinamakan bangunan 100 tingkat di KL telah diberi
peruntukkan RM 5 billion dimana ia lebih sedikit peruntukkan diterima
oleh Sabah, malah Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang ekonomi kepada
Negara kerana mengeluarkan minyak dan gas," tegas Sipaun.
Kebimbangan rakyat Sabah dan Sarawak terus menular kerana pemimpin
Persekutuan terus memainkan strategi penyisihan dan taktik kotor
seperti masalah PATI dan Kad Pengenalan tetapi tanpa segan silu
menamakan Sabah sebagai “fixed deposit' hanya kerana mendapatkan
sokongan sokongan Sabah dan Sarawak untuk mengukuhkan kerajaan UMNO-BN
diperingkat Persekutuan.
|