Penceroboh hutan simpan Imahit bebas tuduhan kerana hak dari segi NRC
KEMABONG,
Mac 7, 2011:
Pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) disini Saul Salleh (gambar),
menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat suatu
proses hak keadilan yang tepat kerana mengenepikan keputusan bersalah
Mahkamah Majistret tahun lepas terhadap enam penduduk Kg Tomani yang
dituduh menceroboh kawasan hutan simpan Imahit dalam Mukim Tomani pada
tahun 2009.
Katanya, keputusan itu juga turut melegakan penduduk dikawasan Tomani
dan sekitarnya yang berkepentingan dengan tuntutan tanah adat (Native
Customery Right) yang selama ini disisihkan hak mereka berbuat demikian.
Katanya lagi, hak keenam enam yang disabitkan kesalahan sebelum itu
yang dijatuhkan denda sejumlah RM6,000 perlu kerajaan membayar ganti
rugi sebagai pampasan kepada mereka kerana kerosakan terhadap minda dan
fizikal disebabkan beberapa perkara seperti stress, malu dan beban
fikiran yang berpanjangan.
Mereka yang terlibat seperti Andawan Ansapi 47, Barani Ambisi 41,
Ansanam@ Azman Yapau 52, Johndy Kawar 25, Stanly Boyor 33, dan Sarim
Arus 53, kini telah bebas dan bersih daripada sebarang tuduhan selepas
keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Beliau berkata demikian pada Ahad dalam satu kenyataan disini ketika
diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan tuduhan dan
hukuman kepada 6 penduduk kampong diKg Kuala Tomani yang dituduh
menceroboh kawasan hutan simpan Imahit dua tahun lalu.
Dalam pada itu, Saul mengulangi gesaannya yang pernah dibuatnya sebelum
ini bahawa Enakmen Hutan Simpan yang diwartakan sekitar tahun 1984
perlu dikaji dengan teliti peruntukkan yang ada dalam ordinan itu yang
seharusnya berperanan menghormati kewujudan tanah tanah adat (NCR)
dikawasan hutan simpan.
Sebaliknya tegas Saul, mereka (Jabatan Hutan) tidak sepatutnya
bertindak diluar batas kemanusiaan kepada penduduk yang mendiami
kawasan NCR sepertimana yang telah berlaku di Mukim Rundum beberapa
bulan lalu.
"Dalam Enakmen itu ada peruntukkannya membenarkan kawasan NCR
dikeluarkan daripada kawasan hutan simpan," tegas Saul.
|