Herbert sekali lagi mencuba nasib
Kota
Kinabalu, Mac 10, 2011: Wakil rakyat kadamaian Datuk Herbert Timbun
Lagadan sekali lagi mencuba nasib untuk memujuk penduduk penduduk Kg
Tambatuon supaya bersetuju dengan pelaksanaan empangan setinggi 340
meter di Kg Tambatuon kawasannya.
"Dengan perkataan menyebut peperangan atau kemarau panjang akan berlaku
yang akan mengakibatkan kekurangan beras di sabah, ini merupakan kali
kedua beliau menyebut perkataan sedemikian yang seolah olah memprovok
peperangan dan menakutkan rakyat.
Pengerusi SAPP kawasan Kadamaian Puan Agnes Liewpin merasa kecewa
dengan wakil rakyat seperti Timbun yang bukan lagi mahu membela nasib
rakyat tetapi mendesak penduduk penduduk dan 20 buah kampung yang akan
dijejaskan oleh pembinaan empangan yang bernilai RM450 juta itu.
Beliau menyoal wakil rakyat tersebut adakah beliau tidak setuju dengan
cadangan pembinaan beberapa buah mini hydro dengan keupayaan
menampung kapasiti hingga 10MW itu di sepanjang sungai kadamaian juga
boleh digunakan sebagai alternatif kepada mega projek itu?
"Cadangan ini telah disuarakan oleh Presiden Parti Maju Sabah Datuk
Yong Teck Lee kepada kerajaan pada lawatan beliau 6 Jun 2010 di
Kampoung Tambatuon.
"Tidak kah lebih baik kelebihan peruntukan daripada projek mega itu
digunakan untuk membina banyak lagi jalanraya jalanraya yang begini
teruk dan tidak boleh dijalani oleh kereta kereta kecil seperti jalan
di Kg Podos, Tinata, Lobong Lobong, Kiau, Kg Sayap, Kg Lahanas, Kg
Bongol dan banyak lagi semasa lagi semasa hujan di kawasan Kadamaian?
Agnes menggesa Timbun supaya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat
kawasan, meninjau kesengsaraan penduduk penduduk kampung yang mengguna
jalan jalan tersebut setiap hari.
"Beberapa penduduk kampung telah mengadu kepada Agnes bahawa beliau
tidak pernah turun ke kampung mereka sejak kemenangan PRU12, adakah
inilah sebabnya beliau sekarang menyebut beliau bersedia untuk memberi
laluan kepada calon wanita di kawasannya pada PRU13 oleh kerana beliau
telah gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang membela nasib
rakyatnya.
|