Kempen tandatangan
RCI Tenom menggalakkan lebih 1,000 orang
TENOM,
Mac 14, 2011: Kempen mengutip tandatangan mendesak kerajaan pusat
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian
Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI)
kini diadakan di tamu ground dekat sini pada Ahad mendapat sambutan
menggalakkan.
Namun keadaan menjadi gempar seketika apabila seorang wanita warga
tempatan dalam lingkungan umur lebih 40 tahun secara tiba tiba berang
selepas menurunkan tanda tangan nya yang menyalahkan pihak kerajaan
kerana lembab menyelesaikan masalah kebanjiran PATI dan seterusnya
minta kerajaan menyegerakan penyelesaian masalah tersebut.
Mujur baik Naib Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) pusat Rudy
Sulaiman Mairi yang mengetuai operasi tersebut terpaksa menenangkan
wanita itu sambil menjelaskan bahawa kempen RCI merupakan salah satu
usaha untuk menyelesaikan kebanjiran PATI diSabah dan menarik balik
pemilikan dokumen yang ada pada PATI seperti Kad pengenalan dan status
kerakyatan Negara ini.
"Sungguh
pun tugas yang kami jalankan ini bukanlah diarah kerjaan mahupun atas
kepartian tetapi ia dibuat atas kesedaran dari segi kepentingan
keselamatan dan kedaulatan negara kita yang semakin terancam maka kita
minta sokongan tanda tangan rakyat jelata," tegas Rudy ketika
menjelaskan kepada wanita berkenaan pada Ahad.
Ketika ditanya wanita terbabit yang enggan identitinya didedahkan
mengapa beliau kelihatan beremosi sebentar tadi beliau berkata,
"Saya
bosan dengan cara penyelesaian kerajaan yang berulangkali bercakap mahu
selesaikan masalah PATI tetapi sampai sekarang lagi banyak PATI
bersembunyi dikampung kampong," tegas wanita itu.
"Saya setuju ini kempen pungut tanda tangan semua rakyat tapi kamu kena
buat betul betul dan tindakan perlu cepat juga….jangan pula cakap cakap
sahaja tapi tiada hasilnya," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, difahamkan kempen pada pagi Ahad itu telah mencapai
lebih 1,000 tanda tangan dimana orang ramai setelah mengetahui
kehadiran mereka disitu telah datang dengan sendiri ke kaunter petugas
kempen RCI yang beroperasi dikawasan pintu masuk ke tamu mingguan.
|