Segerakan kerja
pengaspalan jalan
NABAWAN,
Mac 23, 2011: Pemuda SAPP menyeruh Kerajaan menyegerakan kerja
pengaspalan jalan sepanjang 140 KM yang menghubungi Nabawan-Kalabakan.
Seruan tersebut disuarakan oleh Setiausaha Exco Pemuda SAPP, Stephan
Gaimin ketika mengadakan lawatan kerja ke kawasan Kalabakan melalui
Nabawan.
Stephan Gaimin yang juga Ahli Majlis Tertinggi SAPP berkata, "walaupun
Kerja membaikpulih telah dijalankan awal tahun ini sebelum kunjungan
Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak ke Meliau Basin, tetapi
kini jalan tersebut semakin rosak dan merbahaya kepada pengguna jalan
kerana keadaannya jalan yang berlubang, penuh habuk dan lumpur
terutamanya selepas hujan."
Projek asal bernilai RM560 juta berkenaan hanya siap dalam keadaan
jalan gravel dalam tahun 2006. Peruntukkan tambahan asal dari RM100
juta untuk mengaspal jalan telah dinaikkan kepada RM200 juta hanya
dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha CLC Nabawan Lerry
Rapahel, Ketua Pemuda Nabawan Turoyuh Sampuhon dan Ketua Pemuda Api-Api
Pang Thien Fook.
|