PBRS tamak gila
jawatan?
Mac
23, 2011: KECELUPARAN pemimpin PBRS semakin terserlah apabila mereka
berusaha mengetengahkan isu yang kurang relevan kepada kepentingan
rakyat Sabah, sedangkan isu pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan
kepada kira kira 600,000 PATI diSabah pemimpin pemimpin parti itu
termasuk Presidennya Tan Sri Joseph Kurup lenyap tidak bersuara.
Malahan PBRS seolah olah telah ketandusan isu untuk disajikan kepada
rakyat mereka di kawasan Parlimen Pensiangan kerana selama ini PBRS
boleh diibaratkan sebagai "Harimau mengaum namun tidak berupaya
membaham mangsanya kerana tiada gigi taring".
Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi berkata
demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup
yang meminta kerajaan mengambil tindakan kepada Timbalan Speaker DUN
Sabah daripada pembankang Datuk Frankie Chong supaya kuota jawatan itu
dikembalikan kepada PBRS (sebelum itu jawatan tersebut disandang oleh
Datuk Andrew James Vitalis Setiausaha Agung PBRS sebelum berpindah ke
PBS).
Selain itu tegas Rudy, kelibat PBRS seumpama 'cacing kepanasan' sudah
ada suatu petunjuk bahawa PBRS sudah tidak mendapat tempat dalam BN
malah semakin mengecil saisnya, dimana kerusi PBRS setakat ini hanya 1
Parlimen dan 1 Adun. PBRS harus muhasabah diri sebab PBRS hanya ada
segelintir ahli di kawasan Sook dan Nabawan. Lain-lain kawasan ibarat "hidup
segan mati tak mahu", maka wajarlah keduduknya pada hari ini.
PBRS kehilangan Timbalan Speaker adalah disebabkan bekas Timbalan
Speakernya Datuk James Vitalis hilang kepercayaan terhadap PBRS dan
berpindah parti ke PBS membawa bersama jawatan Timbalan Speaker pada
ketika itu, jika PBRS ingin menuntut kuotanya ia harus ambil daripada
PBS yang terus menyandang itu sekarang..
Tegas Rudy lagi, Tan Sri Joseph Kurup seorang veteran politik dan
Peguam seharunya tahu apakah hak dan kedudukan seorang Timbalan Speaker
setelah dilantik oleh TYT dimana Timbalan speaker bukan jawatan
eksekutif sebaliknya ia adalah jawatan perundangan/Legislative.
Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak semestinya semua Adun berada
dipihak kerajaan, biasanya ada juga ahli pembangkang. Perlantikan
Timbalan Speaker bukan dipilih di DUN maka sebab itu ia tidak boleh
diambil tindakan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh berdasarkan
kepada lunas undang-undang. Hanya TYT boleh melucutkan jawatannya
dengan sebab-sebab tertentu mengikut undang-undang dan Perlembagaan
Negeri Sabah.
Timbalan Speaker dipihak pembangkang adalah pilihan dan haknya
berpolitik seperti juga Timbalan Speaker yang satu lagi dipihak BN
adalah kerana masing masing tergolong haknya didalam system demokrasi
yang mungkin Kurup sudah termaklum perkara ini tetapi pura pura tidak
tahu.
Dalam menyempurnakan amalan demokrasi yang diamalkan dinegara ini Kurup
harus berpegang kepada prinsip prinsip RUKUN NEGARA, diantara lain
menyebut; Keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, apakah
Tan Sri Kurup hanya mahu pertikaikan berpandukan prinsip politik dan
tidak kepada perlembagaan dan undang-undang seperti disebut dalam Rukun
Negara?
Jika Kurup hanya ingin berpegang kepada prinsip politik maka dia juga
harus letak jawatan sebab Kurup bukan dipilih oleh rakyat Pansiangan
tetapi dia mendapat kedudukan MP melalui Mahkamah. Demikian juga
Adun-Adun yang lompat parti dari segi prinsip politik mereka juga harus
letak jawatan.
Pada satu ketika negeri Sabah dan negeri Perak dimana pembentukan
kerajaan BN menerusi beberapa Adun yang berpindah parti (Katak) maka
kerajaan berkenaan adalah kerajaan yang tidak bermoral dan juga harus
dibubarkan jika berdasarkan prinsip politik yang dibangkitkan oleh Tan
Sri Kurup.
Jadi apakah pendirian Tan Sri Kurup dalam hal sedemikian? Jika beliau
juga akur kepada undang-undang dan perlembagaan maka PBRS harus juga
hormat perlantikan Timbalan Speaker oleh TYT. PBRS harus berhenti
memutar belitkan hak dan kedudukan Datuk Frankie Chong sebagai Timbalan
speaker, tegas Rudy lagi.
Rakyat sudah sedar bahawa PBRS jelas menggelabah kerana telah tergugat
dengan kehadiran SAPP di kawasan Pedalaman yang semakin mendapat
sambutan yang hangat termasuk kawasan Parlimen Pensiangan dimana Kurup
bakal dicabar oleh seorang cendikiawan muda dan anak jati Pensiangan.
Tan Sri Kurup sudah jadi wakil rakyat ADUN dan MP selama 26 tahun
dikawasan Sook dan kini MP Pansiangan, apakah yang telah dilakukannya
dengan jalan raya Sook ke Sinua, Jalan ke Dalit dan banyak lagi
kampong-kampong di Kawasan Sook , sedangkan yang terdekat seperti Jalan
Skim Biah dan Jalan Kuala Biah yang terdekat dengan Pekan Keningau pun
belum diaspal tidak ubah seperti jalanraya "cowboy" .
Lain-lain kemudahan asas tidak perlu disebut satu demi satu memang jauh
ketinggalan daripada janji janji yang pernah Kurup taburkan sebelum
beberapa pilihanraya lalu.
Konklusinya tambah Rudy, Tan Sri Kurup dan Datuk Ellron telah gagal
menjadi wakil rakyat yang efiesyen dari Satu Rancangan Malaysia ke satu
Rancangan Malaysia hinggalah ke RMK10 janji-janji pilihanraya masih
belum ditunaikan.
PBRS sepatutnya menumpukan perhatian serius untuk membangunkan rakyat
di kawasan Sook dan Pansiangan dan bukan "membuat bising" mengejar
jawatan sahaja Pastinya dengan kehadiran SAPP di kedua dua kawasan PBRS
akan tergugat di PRU13.. Oleh: Mail Mathew
|