Pemuda SAPP Pedalaman
jawab "Anti orang gila kuasa"
Oleh Larry Rafael
"Merujuk
kepada kenyataan individu yang menggelarkan dirinya sebagai anti orang
gila kuasa yang tersiar diportal terkenal Sabahkini.net beberapa hari
lalu yang meragui krdebiliti kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP
Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi yang dilihat sebagai teratur dan lengkap
dengan fakta.
Malah individu terbabit mendakwa kononnya tulisan tersebut sebenarnya
bukan lahir dari kenyataan Rudy berdasarkan ungkapan yang begitu
tersusun dengan rapi tetapi sebaliknya menuduh pula Timbalan Speaker
Datuk Farnkie Chong yang mengokestra segala galanya.
Justeru, saya Larry Rafael Exco Pergerakan Pemuda SAPP Pusat yang juga
Ketua Pemuda SAPP dan Setiausaha CLC N.38 Nabawan tampil menjelaskan
bahawa kesemua yang berlaku adalah hasil perbincangan bersama
Pergerakan Pemuda Pedalaman yang diPengerusikan Rudy Sulaiman Mairi
berdasarkan hakikat yang sebenarnya.
Sebagai makluman individu terbabit termasuk PBRS bahawa kepimpinan
Pemuda SAPP tidak pernah berselindung dalam semua aspek isu yang
berlaku ketika ini termasuk gaya kepimpinan PBRS yang sememangnya tidak
disenangi rakyat di peringkat akar umbi khususnya rakyat Pensiangan
yang diwakili Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup sendiri.
Dalam soal ini, kepimpinan Pemuda SAPP merasakan tidak ada keadilan
bagi PBRS melontarkan kata kata nista yang tidak bersopan terhadap
Datuk Frankie yang menjawat Timbalan Speaker DUN, sedangkan jawatan
tersebut diperolehinya ketika SAPP masih berada dalam BN.
Justeru,
mengheret dan melibatkan Datuk Frankie dalam suara hati pemuda SAPP
dalam membela diri beliau yang tidak berdosa adalah suatu pemikiran
sempit dan tidak bermoral bagi PBRS kerana bersikap menuduh yang bukan
bukan tanpa bukti yang jelas, pendek kata PBRS masih berfikiran kolot
dan ‘semborono’(Bahasa Jawa Barat yang bermaksud cakap sembarangan
tanpa usul periksa).
Hatta, adalah lebih baik dan lebih molek sekiranya kepimpinan PBRS
lebih tertumpu kepada pembinaan asas yang kukuh bagi parti itu dalam
menerokai agenda politik bertaraf nasional yang berpaksikan kepada
pembelaan kebajikan masyarakat KDM atau Orang Asli Sabah secara
menyeluruh dan bersais besar daripada mulut berbuyah buyah "mengidam
sangat jawatan Timbalan Speaker" tetapi sanggup menekan seseorang yang
secara tidak sengaja kekal menjawat jawatan tersebut.
Sebaliknya, PBRS yang terkial kial, bertempik, terlolong kesana dan
kemari meminta jawatan Timbalan Speaker itu dikembalikan adalah suatu
perkara yang membuang masa kerana suatu hari nanti apabila
penyandangnya tamat tempoh ia takkan kemana jua dan pasti akan dimiliki
oleh BN juga.
Seharusnya, PBRS harus menumpukan perjuangannya bagaimana meyakinkan
kerajaan Federal dan KDN supaya 600,000 PATI diSabah dapat dihantar
balik ke Negara asal mereka Filipina, kerana masalah PATI jika tidak
diselesaikan secara mutlak ia merupakan "Ibu segala masalah jenayah
diSabah". Kenapa PBRS membisu seribu bahasa dalam soal ini? Mungkinkah
PBRS lebih suka PATI terus bermastautin diSabah? Rakyat sangsi
pendirian PBRS dalam soal itu dan mereka jauh lebih dari bersedia "
Untuk menghukum PBRS-UMNO dan BN" dalam PRU13 kelak.
Sebagai menjawab kenyataan Empir Andingos mantan AMT Parti Akar yang
sudah dibubar menyatakan bahawa Nabawan telah membangun dengan pesatnya
semasa dalam BN adalah disifatkan bahawa Empir seorang yang berangan
angan dan mengigau disiang hari.
"Saya ingin bertanya Empir, sudahkah Klinik 1Malaysia siap? Bagaimana
Hospital Nabawan yang dijanjikan Najib pada tahun 1994 yang kini hanya
tersergam ‘Sign board’ yang sekadar menjadi kenangan ‘buak ri Najib".
Bagaimana pula jalanraya Kg Loboh Nabawan, sudahkah berturap?," tegas
Larry.
Sekian dan salam 1Sabah.
(Larry Rafael ialah Ahli Exco Pergerakan Pemuda SAPP)
|