170 ahli menyertai PBRS suatu pembohongan
KENINGAU,
April 7, 2011: DAKWAAN kononnya seramai 170 ahli SAPP Kg Sarikan keluar
parti yang diketuai mantan Ketua Cawangan Minah Ambiru @ Angasab dan
menyertai PBRS seperti yang didakwa PBRS sudah terjawab kejelasan
pembohongan itu apabila Ketua Cawangan SAPP Kg Sarikan yang sah Pilin
Marusin tampil memberi penjelasan kedudukan isu itu kepada Parti Maju
Sabah (SAPP) di Pejabat Perhubungan parti itu diKeningau baru baru ini.
(Gambar - Kelihatan Jimmy Jawatah kanan sekali bersama Pilin Marusin
Ketua Cawangan SAPP Kg Sarikan semasa sidang media di Pejabat SAPP
Keningau)
Pilin Marusin ketika dalam sidang media itu bersama Naib Presiden SAPP
Jimmy Jawatah menafikan sekeras kerasnya dakwaan itu yang dinyatakan
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup
kononnya 170 ahli parti itu keluar dan menyertai PBRS dalam satu majlis
pemimpin bersama rakyat diKg Sarikan Nabawan pada baru baru ini adalah
tidak benar dan ia satu pembohongan semata mata.
Sebaliknya apa yang berlaku itu adalah perancangan Minah Ambiru @
Angasab yang mendakwa kononnya mantan Ketua Cawangan SAPP Kg Sarikan
bersama seorang lagi bernama Lakim Andikol (bukan ahli SAPP) yang
dipercayai ahli PKR Nabawan yang bertanggung jawab mengutip nama nama
dikampong itu dan mengisi borang PBRS dan menyerahkannya kepada Tan Sri
Kurup tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya nama.
Menurut Pilin Marusin lagi, Minah Ambiru bukanlah Ketua Cawangan SAPP
disitu seperti yang didakwanya tetapi adalah sebagai ahli biasa sahaja,
tetapi kelibatnya bernafsu besar berangan angan mahu menjadi seorang
pemimpin tetapi macam mana mahu jadi pemimpin jikalau diperingkat awal
awal lagi sudah memperlihatkan perangai yang bertentangan dengan
kehendak rakyat seperti suka mengambil kesempatan dalam kesempitan,
tidak telus dan tidak jujur kepada rakyat.
"Mungkin juga suatu masa apabila segala gala yang dimintanya dalam PBRS
kemudian ditolak atau gagal diperolehi, sudah tentu dia keluar PBRS dan
kemudian dia mereka reka cerita dan memburuk burukkan PBRS termasuk Tan
Sri Kurup pula seperti apa yang dilakukannya kepada SAPP dan Datuk Yong
Teck Lee sekarang ini," tegas Pilin dengan disambut ketawan hadiring.
"Semantara PBRS pula terlalu gembira dan bergendang gendung meraihkan
kecemerlangan PBRS apabila mendapat seorang pemimpin seperti Minah
Amburu konon konon bersama 170 ahli SAPP tetapi ahli yang didakwanya
hanya dalam kertas sahaja orang dia tiada. Apa yang digendang
gendungkan PBRS dengan hanya pembohongan Minah, sedangkan yang hadir
dalam majlis itu lebih kurang 50 orang sahaja, " tambah Pilin lagi.
Dalam pada itu, Jimmy turut menolak dakwaan (mengikut dalam laporan
akhbar), kononnya 170 ahli SAPP itu adalah wujud semasa SAPP masih
berada dalam Barisan Nasional (BN) lagi sebagai tidak benar dan karut
kerana ketika itu SAPP tidak membentuk bahagian disitu ketika parti itu
berada dalam BN.
"SAPP hanya membentuk CLC dan cawangan cawangan SAPP diNabawan dan
Parlimen Pensiangan selepas SAPP keluar daripada BN. Sebelum itu (ketika
SAPP dalam BN) kita tidak pernah menubuhkan CLC atau cawangan disana
seperti yang didakwa Minah Amburu," tegas Jimmy.
Dengan senario tersebut, umum dapat menyimpulkan bahawa trend
perjuangan PBRS lebih tertumpu kepada isu isu remeh temeh seperti isu
yang diungkitkan Minah Amburu yang lebih mengutamakan perjuangan
peribadi daripada kepentingan rakyat pada keseluruhannya, sedangkan
rakyat Nabawan dan Pensiangan masih dahagakan pembelaan daripada
pemimpin yang telus, jujur dan berketerampilan memacu pembangunan sosio
ekonomi rakyat disitu.
"Kita dalam SAPP tidak berminat menyimpan pemimpin yang diibaratkan
seperti duri dalam daging yang menjadi ‘liabiliti’ kepada parti,
sedangkan perjuangan SAPP untuk merangkumi semua lapisan rakyat jelata,
dan sebaliknya bukan untuk Minah Amburu seorang sahaja," tambahnya lagi.
|