SK Kalang-Kanar dalam air
TENOM, April 11, 2011: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy
Jawatah menggesa kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
agar mempercepatkan kelulusan cadangan pemindahan tapak SK Kalang-Kanar
kepada suatu tapak yang sesuai dan bebas daripada masalah banjir
sepertimana yang berlaku sekarang ini ditapak yang sedia ada (tapak
lama).
Tegasnya, sekiranya keadaan sedemikian berterusan dikhuatiri akan
mengganggu proses pembelajaran pelajar pelajar sekolah terbabit kerana
setiap kali musim banjir tiba sekolah berkenaan ditutup untuk beberapa
hari.
"KPM seharusnya melihat masalah ini sebagai keutamaan untuk ditangani
segera…kerana ia berdepan dengan pelbagai masalah dimana selain
gangguan pembelajaran anak anak tetapi juga dari segi keselamatan
melibatkan infrastruktur sekolah yang difahamkan peti suis utama
elektrik sudah terendam air banjir," kata beliau dalam satu kenyataan
disini ketika memberitahu media pada Isnin.
Beliau yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom berkata demikian selepas
meninjau ke beberapa kawasan yang ditenggelami banjir kali ke-2 tahun
2011.
Justeru, beliau menyifatkan SK Kalang-Kanar satu satunya sekolah
menyimpan rekod tertinggi geraf kekerapan dilanda banjir dimana tahun
ini sahaja sekolah berkenaan telah dilanda banjir sebanyak 3 kali.
"Tahun lepas (2010) Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dr Puad
Zarkashi sudah melawat sendiri keadaan SK Kalang-Kanar dan selepas itu
beliau melawat tapak baru yang dicadangkan….(jadi) apakah kesudahan
hasil lawatan Dr Puad ke sini tempoh hari," tanya Jimmy yang muskhil
dengan lawatan itu tidak memberi apa apa keputusan yang baik kepada
penyelesaian masalah SK Kalang-Kanar.
Selain itu, Jimmy turut meminta KPM agar menjadikan agenda utama untuk
tindakan segera bagi masalah SK Kalang –Kanar kerana banjir tetapi juga
masalah tanah runtuh tebingan SK St Anthony Tenom yang semakin serius
termasuk masalah tapak sekolah tersebut yang kini dituntut oleh pemunya
asal tanah tersebut milik Roman Catholic Dioecess Keningau.
"Seharusnya masalah tersebut yang kini telah tertunggak sejak lebih 5
tahun lalu pihak kerajaan khususnya KPM telah selesaikannya dengan
sebaik mungkin….lebih lebih lagi masalah kedaifan sekolah tersebut yang
serius, tiada alasan bagi KPM untuk menidakkannya," tambah Jimmy lagi.
Jimmy menambah, meskipun frasarana sekolah dan kemudahannya agak
terbatas sekali namun pencapaian pelajar pelajarnya dalam UPSR telah
menunjukkan kecemerlangannya setiap tahun setara dengan pencapaian
sekolah sekolah yang serba lengkap frasarananya.
Oleh: Mail Mathew
|