Perhimpunan hari ke-900
KK tanpa hospital besar
KOTA
KINABALU: Pemuda SAPP Zon Kota Kinabalu yang diketuai oleh Jeffrey
George selaku pengerusi penganjur program "Perhimpunan Memperingati
Hari Ke-900 Bandaraya Kota Kinabalu Tanpa Hospital Besar QE" telah
memohon permit polis di Ibu Pejabat Daerah Polis, Karamunsing.
(Gambar - Jeffrey menunjukan surat permohonan permit polis yang
turut diiringi oleh Ketua Pemuda SAPP Moyog Romeo Lazarus, Ketua Pemuda
Luyang Yong Yit Yoong dan AJK Pemuda Zon KK Gee Thien Siong)
Pemuda SAPP akan berhimpun selama 30 minit dihadapan bangunan Hospital
Queen Elizabeth Penampang, dekat lampu isyarat bermula dari 9.30pagi
pada 24 Apri 2011(Ahad) yang juga merupakan hari genap ke-900 Hospital
QE diistiharkan tidak selamat.
Tujuan utama perhimpunan ini diadakan adalah untuk memastikan projek
pembinaan semula hospital dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual
kerana ianya melibatkan kepentingan awam terutamanya warga Bandaraya
Kota Kinabalu.
Selama ini Pemuda SAPP sentiasa mengikuti dan memantau tahap
perkembangan kerja pembinaan kerana tidak ingin melihat berlakunya
kelewatan seperti apa yang terjadi dengan projek Jejantas (Flyover) dan
KKIA.
Kerja pengrobohan telah dimulakan pada tahun lalu dalam bulan Jun dan
kerja pembinaan dijangkakan akan siap sepenuhnya dalam masa 30 bulan
menurut penerangan dari Jabatan Kesihatan negeri.
Sebelum ini Pemuda SAPP telah mengadakan perhimpunan yang serupa sejak
tahun lalu bermula dari hari Hari ke- 500, dimana terus diadakan dalam
setiap 100 hari.
Gambar:
Jeffrey menunjukan surat permohonan permit polis yang turut diiringi
oleh Ketua Pemuda SAPP Moyog Romeo Lazarus, Ketua Pemuda Luyang Yong
Yit Yoong dan AJK Pemuda Zon KK Gee Thien Siong.
|