Nelson Manjin nafi
ahli SAPP
KENINGAU,
April 23, 2011: Seorang usahawan Nelson Manjin 38, menafikan sekeras
kerasnya pembabitannya dalam Parti Maju Sabah (SAPP) seperti yang
dilaporkan dalam sebuah akhbar tabloid tempatan (bukan Daily Ekspress)
baru baru ini ketika menyertai Parti Gerakan bersama kira kira 300 yang
lain dalam satu majlis disini baru baru ini.
Tegasnya, beliau kesal dengan laporan tersebut yang disifatkannya tidak
tepat kerana beliau tidak pernah menyatakan demikian kepada akhbar
berkenaan yang beliau dan rakan rakannya menyertai Parti Gerakan adalah
bekas ahli ahli SAPP.
"Saya sendiri mengakui tidak pernah menyertai mana mana parti termasuk
SAPP sebelum ini, dan bila laporan itu terpampang diakhbar membuatkan
saya terkejut kerana tidak tepat," kata beliau dalam satu kenyataan
disini ketika dihubungi Harian Ekspress pada Sabtu.
Nelson berkata, selepas laporan akhbar itu beliau dihujani berbagai
pertanyaan daripada rakan rakan berhubung perkara tersebut dan ada
diantaranya menasihatkan beliau supaya mengadakan kenyataan akhbar
menjelaskan kedudukkan sebenar isu tersebut.
Beliau yang menetap di Taman Motow disini ketika diminta menjelaskan
jumlah sebenar ahli ahli seramai 300 yang menyertai Parti Gerakan baru
baru ini, sedang dalam gambar kelihatan bilangannya agak sedikit
berbanding seperti gambar yang dirakam dalam akhbar itu beliau berkata,
"Ahli ahli lain yang menyertai parti ini datangnya dari luar daerah dan
ada juga dari Kota Kinabalu..(jadi) kebanyakkan yang lain tidak dapat
hadir pada masa itu tetapi borang kemasukan ada dihantar kepada saya
yang menjadikan semua jumlahnya 300 orang. Bagaimana pun semua jumlah
itu dikenal pasti tidak berparti," jelas Nelson.
Nelson seterusnya menyatakan rasa kesalnya laporan tersebut dan memohon
maaf kepada SAPP kerana secara tidak sengaja parti itu dibabitkan dalam
urusan tersebut.
Beberapa hari lalu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan bahawa
Nelson Manjin bekas pemimpin Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman bersama
sama dengan 300 ahli SAPP menyertai Parti Gerakan dalam satu majlis
disini.
Borang borang kemasukan mereka telah diserahkan kepada Naib Presiden
Parti Gerakan yang juga mantan Naib Presiden LDP Tan Sri Liew Yun Fah
ketika dalam majlis tersebut baru baru ini.
Oleh: Mail Mathew
|