SAPP Belia solidariti
gesa kerajaan batal empangan Tambatuon, Kaiduan
KOTA KINABALU, April 26, 2011: Badan bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK)
menggesa kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji
Aman membatalkan pembinaan empangan Kg Tambatuon Kota Belud dan
empangan Kg Kaiduan Papar kerana jika pembangunan yang kerajaan telah
rancangkan itu diteruskan juga dikhuatiri akan menindas rakyat
khususnya pemusnahan ekosistem dikawasan terbabit.
Pengerusi badan bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK) Stephan
Gaimin 38, menyatakan demikian kepada media ketika mengetuai beberapa
belia mengadakan demonstrasi protes secara aman dikawasan jalan susur
masuk ke perkarangan Dewan Undangan negeri (DUN) Sabah pada Isnin.
Gaimin menegaskan, jikalau keputusan pembatalan loji janakuasa arang
batu di Sinakut Lahad Datu oleh kerajaan beberapa bulan lalu dapat
dilakukan kerana mengambilkira keselamatan penduduk persekitaran nya
daripada bahaya pencemaran alam persekitarannya.
Tambahnya lagi, mengapa pula masalah pembinaan empangan yang bakal
memusnahkan sumber kehidupan penduduk dikawasan terbabit tidak diambil
perhatian serius untuk pertimbangan kerajaan sedangkan rakyat dikawasan
terbabit sebelum ini rata rata sudah menyatakan penentangan hasrat
kerajaan itu.
"Pembatalan janakuasa arang batu di Sinakut pun menjadi suatu kelalaian
kerajaan kerana ia seharusnya dilakukan lebih awal, tetapi terpaksa
memakan masa tiga tahun cukup lama, malah bayangkan juga berapa banyak
masa dan wang ringgit yang telah digunapakai," tegas Gaimin.
Dalam pada itu, Gaimin menjelaskan bahawa Solidariti belia sabah
sebelum ini telah pun menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah
setahun lalu, namun hampa tidak ada tindakan positif daripada Menteri
yang bertanggungjawab ( Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam
Sekitar Sabah).
Tambah Gaimin, malahan Solidarity Belia Sabah diberi kata-kata
peribahasa kesat daripada seorang daripada Kementerian Pembangunan Luar
Bandar dengan menyatakan,
"Jika anda mahu mengeringkan kolam ikan, haruskah anda meminta izin
kepada katak di dalam kolam,. Apabila ditanya apakah 200 orang yang
terlibat di Kg Kaiduan adalah katak, dengan sinis beliau menjawab apa
boleh buat?" katanya sambil yakin bahawa kata kata itu menguatkan
keyakinan mereka bahawa kerajaan tidak mempunyai niat untuk membatalkan
projek pembinaan empangan disitu.
Namun matlamat sebenar demonstrasi protes secara aman oleh solidariti
Belia Sabah mengesa kerajaan agar lebih serius untuk membatalkan
pembinaan Empangan Kaiduan di Papar dan Empangan Tambatuon di Kota
Belud berdasarkan kebimbangan rakyat akan berlaku kemusnahan serius
terhadap ekosistem di situ secara jangka panjang.
Oleh: STEPHEN GAIMIN
|