Roger Stimin mendapat sambutan pelbagai masyarakat Tenom
KEMABONG,
Mei 7, 2011: Pesanan kata orang terdahulu ada menyebut, "Kalau memang
benih yang baik, jatuh ke laut akan menjadi Pulau". Itulah satu satunya
perumpamaan yang tepat sekali untuk melabelkan sifat sifat yang baik
yang ada pada diri Peguam muda Roger Stimin 31, yang baru sahaja
menyertai SAPP.
Apa tidaknya, selepas sahaja Roger menyerahkan borang keahliannya
kepada Pengerusi CLC SAPP Tenom Jimmy Jawatah beliau bersama Jimmy
bergegas ke Kg Mantailang Bawah untuk menziarahi seorang warga emas
yang terlantar sakit beberapa bulan lalu.
Warga emas berkenaan Rasid bin Buraw @ Tantarau 70, seorang pesara JKR
lebih 20 tahun lalu dipercayai menghidap penyakit jenis 'athritis' (penyakit
otot dan tulang) sukar untuk bergerak ke mana dan terpaksa dibantu
sebatang tongkat khas.
Menurut Tantarau beliau gembira dan bersyukur kerana telah dilawati
oleh dua pemimpin SAPP yang sebelum ini beliau belum pernah diziarahi
oleh sebarang pemimpin terutamanya daripada pihak kerajaan.
Selain itu, jelas terbayang diwajah Roger bahawa kehadirannya
menziarahi Tantarau sudah tertunai sebahagian kecil daripada misi dan
visinya mendampingi masyarakat dan beliau akan terus melakukannya
walaupun sekadar membawa tangan kosong ke rumah yang dilawatainya namun
apa yang penting beliau dapat mendekati mereka dan memberi kata kata
semangat kepada sesiapa juga yang dijumpainya.
Selepas itu, Roger dan Jimmy terus bertandang ke rumah seorang ahli
politik veteran Ambrose Mail Mathew untuk bersama sama menghormati
ke-100 hari pemergian ibunda Ambrose. Sudah dijangka kehadiran Roger
dan Jimmy tetap mendapat sokongan dan sambutan ratusan hadirin disitu.
Roger yang bukan sahaja karier profesionalnya sebagai Peguam malah
beliau juga seorang ahli perniagaan dimana di Kuala Lumpur beliau
membuka perniagaan kafeteria diberi nama De Borneo club.
Perniagaan sememangnya sudah menjadi nadi penghidupannya kerana sebelum
beliau ditabalkan menjadi Peguam beliau merupakan "ahli banker’ (Pegawai
Bank) dan mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Perniagaan sebelum
melanjutkan pengajiannya untuk mendapat Ijajah Undang Undang (LLB) di
UKM.
Oleh: DANIEL KALINGANG
|