PBS bersandiwara baru lagi
KEMABONG
Mei 9, 2011: Pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) disini Saul Salleh (gambar)
merasa keliru dan sangsi dengan kejujuran kenyataan Setiausaha Agung
Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Henrynus Amin berhubung kelembapan
kerajaan Persekutuan menangani masalah PATI diSabah mungkin ia
merupakan suatu 'sandiwara baru'.
Tegasnya, disebabkan PRU13 semakin hampir maka bermacam macam taktik
mereka (PBS) gunakan semata mata untuk memancing sokongan pengundi
setelah mengetahui bahawa pengundi sudah menjauhi PBS sejak mereka
menyertai semula dalam gagasan BN.
"Kalau mereka benar benar mahu mengusahanya dengan serius untuk
menyelesaikan masalah PATI dan KP diSabah, kenapa baru sekarang mereka
lakukan tetapi anehnya kenapa Henrynus pula yang bersuara sedangkan
Datuk Dr Maximus Timbalan Presiden PBS membarisi kabinet Persekutuan,"
tegas beliau.
Saul berkata, selagi PBS masih bersama dalam BN dan bersekongkol dengan
kerajaan Persekutuan enggan melayani tuntutan rakyat Sabah untuk
mendapatkan haknya mengikut Perlembagaan sepertimana yang diasaskan
dalam 20 Perkara selagi itu rakyat tidak akan menghormati dasar
perjuangan PBS sejak tahun 1985.
Malahan tambah Saul, wakil rakyat PBS terus mendiamkan diri apabila isu
pemberian KP dan kerakyatan kepada PATI yang mendorong MP Upko Tuaran
Datuk Bumburing mendesak kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan
DiRaja ketika sesi persidangan Parlimen berlangsung.
"Mungkin juga mereka telah berpakat dengan Umno…manalah kita tahu
kerana gelagat dan kelibat mereka (Umno dan PBS) seakan akan seirama
pula itu," tegas Saul.
Dalam pada itu, beliau bersetuju dan menyokong penuh kenyataan Ketua
Pergerakan Pemuda SAPP pusat Edward Dagul yang meminta Dr Maximus
meletakkan jawatannya dalam kabinet Persekutuan sekaligus meminta
kepimpinan PBS meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah kerana
gagal menangani masalah PATI diSabah.
Adalah kerana tegas Saul, Datuk Henrynus secara terang terangan
menyalahkan Persekutuan sebagai punca kegagalan mereka menangani
masalah PATI yang antara lain sebagai alasan PBS untuk menyertai semula
BN pada ketika itu.
Oleh: FLAVIUS ROBERT
|