Penduduk Rundum tolak status geran tanah komunal
TENOM,
Mei 11, 2011: KERAJAAN seharusnya mencari formula yang lebih sesuai dan
terpakai oleh penduduk kampong jika pemberian geran tanah keatas bekas
tanah tanah adat (NCR) dikawasan mukim Rundum selain geran komunal
(Communal Title) seperti yang disaran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri
Musa Haji Aman sebelum ini.
Meskipun hasrat kerajaan itu disambut baik oleh para penduduk terbabit
namun kebanyakkan daripadanya khususnya di Kg Sumambu, Kg Kapulu dan Kg
Katubu tidak bersetuju status pemberian geran komunal.
Ketua Daerah Mengundi SAPP kawasan Katubu dalam Mukim Rundum John Lukap
49, berkata demikian ketika memberitahu Sabahkini.net pada Selasa
selaku bagi pihak penduduk terbabit (Kg Sumambu) untuk meluahkan
bantahan mereka jika geran komunal diteruskan juga.
John seterusnya menegaskan, mereka bimbang hak untuk mengusahakan tanah
yang diperuntukkan kepada seseorang akan menjadi kecoh dan kemungkinan
akan berlaku pertikaian sempadan yang tidak menentu termasuk juga
jumlah keluasan pemilikan bagi seseorang.
"Ramai yang bimbang dengan hak mereka keatas tanah yang diberi kerana
ia cuma ada satu geran dan bukan masing masing pemilik ada geran tanah…bererti
tanah yang diberi kepada kami belum tentu sah kamilah pemiliknya," tegas John.
"Kenapakah kami tidak di beri kebebasan untuk mendapatkan geran hak
milik masing masing dan kalau pun kerajaan bimbang bahawa tanah tanah
itu kemungkinan akan dijual kepada pemaju luar, itu tidak mungkin akan
berlaku jika kerajaan mengawal tanah itu dari dijual haknya kepada
pemaju luar," tambah John lagi.
Beliau seterusnya berkata, pemberian tanah tanah bekas NCR dalam
kawasan Hutan Simpan kepada rakyat khususnya penduduk jati mukim Rundum
akan lebih bermakna untuk dimenfaatkan oleh rakyat disitu terutamanya
dari aspek meningkatkan sosio ekonomi jika setiap penerima itu
dikeluarkan geran secara berasingan (masing masing).
Kenyataan John timbul ekoran hasrat kerajaan seperti yang telah
diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman semasa Pesta
Kalimaran diTenom baru baru ini bahawa kerajaan sudah bersedia
mengeluarkan tanah tanah NCR yang ada dalam kawasan Hutan Simpan
ditukar status sebagai tanah kerajaan dan diberi kepada rakyat
dikawasan yang berhak menuntutnya.
Namun Ketua Menteri itu telah membayangkan bahawa sistem pemberian
geran komunal dijangka akan digunapakai untuk membendung kegiatan
menjual hak tanah tersebut kepada pelabur luar yang akan merugikan
mereka.
Oleh: MEDIA SAPP TENOM
|