SAPP menyokong
mendirikan kolej KDM
KOTA
KINABALU, Mei 21, 2011: Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk
Eric Majimbun menyokong dengan mengalu-alukan syor untuk mendirikan
kolej bagi kaum KadazanDusunMurut di Sabah.
"Sememangnya dengan adanya pendidikan tinggi tentu dapat
mempertingkatkan bahasa ibunda dan sendirinya akan meneruskan tradisi
dan kebudayaan KDM," katanya.
Beliau berkata SAPP juga mencadang agar institusi dapat di
perkembangkan untuk mempastikan undang-undang adat istiadat khasnya
bagi anak negeri Sabah diperkukukan.
"Tentunya dengan perkembangan ini sistem Mahkamah Anak Negeri dapat
diiktiraf setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
"Kerajaan persekutuan seharusnya memberi sokongan serta kelulusan
kedudukan institusi pengajian tinggi ini demi untuk memertabatkan
setiap kaum bangsa Malaysia.
|