'Pesta Kaamatan semakin hilang maknanya'
INANAM, Mei 23, 2011: Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk
Eric Majimbun berkata Pesta Kaamatan semakin kehilangan maknanya kerana
kebanyakan tanah di Sabah tidak lagi dimiliki oleh rakyat Sabah.
"Walaupun Kerajaan Negeri mengisytiharkan Kaamatan sebagai simbol bagi
kita untuk menghormati Semangat padi dan untuk merayakan tuaian kita
tetapi malangnya kita tidak lagi menuai padi.
"Mungkin di Kokol ia tidak begitu ketara tetapi di tempat-tempat lain
seperti Sandakan, Tawau dan lain-lain, tanah tidak lagi dimiliki oleh
penduduk tempatan sebaliknya ia dimiliki orang luar. Hasilnya akan
diberi kepada pemilik dan kita tidak benar-benar dapat melihat
pendapayannya," katanya.
Bercakap pada sambutan Pesta Kaamatan SAPP Zon KK di Kampung Kokol,
Sabtu lepas, Majimbun juga berkata apa yang mengurangkan seri perayaan
ini adalah “peningkatan luar biasa populasi" di Sabah.
“Kerajaan seolah-olah tidak tahu mengenai isu ini... kami membangkitkan
isu ini di Parlimen, membuat beberapa laporan tetapi nampaknya tiada
seorangpun pemimpin Persekutuan dan Negeri yang ambil tahu,'katanya.
Ketika bulan Kaamatan, beliau menggesa rakyat agar memikirkan masa
depan anak-anak mereka sekiranya keadaan ini berlanjutan.
"Ini adalah kesedihan kita, ini adalah kesedihan saya dan saya percaya
seluruh rakyat Sabah juga bersedih," katanya.
Majimbun berkata kejadian rompakan di Inanam baru-baru ini dimana
seorang yang tidak bersalah turut terbunuh dan seminggu lalu satu
kejadian rompakan di Kg Sinulihan menunjukkan bahawa rakyat Sabah tidak
selamat.
Rakyat berasa amat takut sehingga penoreh getah di Kiansom yang
biasanya bangun awal pagi kerana boleh mendapat lebih banyak susu getah
kini hanya keluar untuk menoreh lebih lewat pada 7 pagi, katanya.
"Kenapa ini berlaku? Mesti ada orang jahat yang bersubahat dalam
perkara ini dan mereka adalah apa yang kita kenali sebagai pemimpin
Persekutuan dan Negeri, katanya.
Chris Maskilone Harian Ekspres
|