Tolak budaya politik negatif
INANAM, Mei 23, 2011: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong
Teck Lee menggesa ahli parti dan rakyat Sabah agar menolak budaya
ekstremisme politik, keganasan, perkauman dan menggunakan agama sebagai
alat untuk memperoleh kelebihan politik daripada memasuki Sabah.
Beliau berkata budaya politik sedemikian tidak pernah wujud di Sabah
walaupun melalui beberapa perubahan kerajaan Negeri sejak pembentukan
Malaysia.
Bercakap pada sambutan Pesta Kaamatan SAPP Zon KK di Kampung Kokol di
sini Sabtu lepas, Yong berkata cubaan sedemikian untuk membawa budaya
politik negatif ke Malaysia Timur adalah ketara ketika Pilihan Raya
Negeri Sarawak baru-baru ini,
"Kini ada cubaan untuk membawa budaya politik perkauman, ekstrimisme,
keganasan dan dengan taktik untuk memecah belahkan rakyat Sabah. Ini
tidak wujud di Sabah walaupun kita mempunyai kerajaan Negeri yang
berubah-ubah dari Usno kepada Berjaya, kemudian PBS tapi pada dasarnya,
kita mampu duduk dan makan bersama,” katanya.
Beliau herharap ahli SAPP dan rakyat Sabah tidak akan terperangkap ke
dalam budaya ini yang diimport dari Semenanjung Malaysia.
Yong berasa gembira untuk menyatakan bahawa pemimpin lslam SAPP seperti
Timbalan Presiden Datuk Amde
Sidek dan ahli majlis tertinggi, Dullie Marie berani tampil
mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tiada ruang bagi budaya
politik sedemikian di Sabah.
Adalah mengecewakan, katanya bahawa seorang Menteri dari Umno ketika
lawatannya ke Sabah di
Pensiangan dilaporkan bercakap mengenai kejadian 13 Mei dan dilaporkan
juga di dalam akhbar sebuah parti lain menuduh sebuah parti lain
sebagai parti komunis.
"Tapi ini tidak mempunyai kaitan dengan Sabah. Kita tidak pernah
mengalami kejadian ini dan Menteri tersebut pergi ke Pensiangan untuk
bercakap mengenainya seolah-olah ingin mengugut rakyat di sana dengan
kejadian 13 Mei.
"Kenapa anda perlu membawa isu ini ke sini?" katanya.
Yong berkata beliau turut berbangga untuk mengatakan bahawa Sabah tidak
pernah mengalami pemberontakan komunis dan juga rusuhan kaum, justeru
itu membangkitkan isu tersebut di sini tidak rnembawa sebarang manfaat.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu rakyat Sabah agar
tidak diracuni oleh politik perkauman dan ekstremis ini. Bagi SAPP ia
bukan memperjuangkan politik perkauman tetapi kami berjuang untuk
membaiki kehidupan rakyat agar kita dapat hidup bersama dengan aman,”
katanya.
Lagipun, katanya, budaya di Sabah sejak prakemerdekaan sehingga
sekarang dan siapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan
Negeri, rakyat Sabah akan menyambut perayaan seperti Kaamatan
bersama-sama.
"Kami lihat bukan hanya SAPP tetapi parti-parti dan agensi lain turut
mengadakan sambutan serupa, yang dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum.
Ini adalah gaya hidup kita di Sabah …bukan setakat Kaamatan tetapi juga
perayaan lain seperti Tahun Baru Cina.
"seperti yang dikatakan oleh Datuk Md Noor Mansoor, walaupun terdapat
perbezaan fahaman politik tapi pada masa perayaan, kita akan kembali
kepada saudara-mara dan rakan kita. Ini adalah budaya yang patut
dibanggakan oleh kita," katanya.
Chris Maskilone Harian Express
|