Roger Stimin jelaskan definisi Geran Komunal
KEKALUTAN
isu tanah adat atau lebih sinonim dengan sebutan "Native customary
Right- NCR" yang mana sejak kebelakangan ini telah menghantui pemikiran
masyarakat suku kaum Murut khususnya mereka yang menduduki kawasan NCR
terutamanya dikawasan Kg Sumambu, Kg Kapulu dan Kg Kabintaluan dalam
Mukim Rundum.
Selepas insiden Kg Imahit dalam Mukim Tomani, yang telah mengheret 6
penduduk ke Mahkamah Majistret dan pada mulanya keenam enam dari mereka
itu telah disabitkan kesalahan kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan
dan didenda RM1,000 setiap seorang namun selepas itu mereka memfailkan
kes tersebut ke Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membuat suatu
keputusan mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret
seterusnya membebaskan keenam enam tertuduh dari hukuman tersebut
dengan mengambilkira bahawa kawasan tersebut adalah dalam kawasan NCR.
Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu mendorong kerajaan negeri dibawah
kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman membuat keputusan
untuk memnyerahkan tanah tanah NCR yang ada dalam kawasan Hutan Simpan
dikeluarkan dan berstatus "Tanah Kerajaan/State Land" dan seterusnya
diberi kepada penduduk yang berhak memilikinya dengan diberi geran
komunal.
Oleh itu, persoalan yang berkisar kepada status GERAN KOMUNAL telah
menjadi kebuntuan masyarakat sekeliling suku Murut khususnya masyarakat
dikawasan Mukim Rundum yang rata rata tidak berminat dengan geran
komunal sebaliknya mereka mahukan geran persendirian.
Bersama sama dengan ini seorang Peguam muda Roger Stimin lulusan
Sarjana Undang Undang (LLB) di UKM dan kini bertugas disebuah firma
guaman di Kuala Lumpur berkongsi pendapat untuk memberi definisi
berhubung isu yang dipanggil "Geran Komunal".
Wartawan: Anda seorang berbangsa Murut jati sudah tentu memahami
situasi di kawasan majoriti suku kaum Murut yang menduduki kawasan NCR
khususnya dikawasan Rundum. Jadi, bolehkah anda menceritakan/mendefinisikan
apa dia "geran komunal"?
Roger Stimin (RS): (Definisi ringkas)- Geran komunal juga di panggil
sebagai geran komuniti yang mna penerima geran ini mestilah penduduk
asli ditempat tersebut. Ianya telah lama diperkenalkan di banyak Negara
seperti di Amerika , Australia, New Zealand dan termasuklah Malaysia.
Di Semenanjung Malaysia misalnya, penduduk asli diberikan geran ini
bagi tujuan pertanian dan tanah tersebut diusahakan bersama-sama dalam
suatu kelompok komuniti. Manakala di sabah mungkin jarang jarang kita
dengar mengenai geran komunal ini di sebabkan pembangunan yang masih
diperingkat awal menyebabkan penduduk pribumi Sabah kurang terancam
bilamana kerajaan negeri masih membiarkan mereka duduk di tanah yang
berstatus NCR.
Bila adanya pembangunan dan tanah NCR ini di gazete (warta) oleh
kerajaan untuk pembangunan atau hutan simpan maka masalah tuntutan hak
mula timbul.
Wartawan: Bolehkah anda terangkan bagaimana mengatasinya atau sekurang
kurangnya ada kaedah terbaik bagi jalan penyelesaiannya?
RS: Masalah ini agak rumit sedikit tetapi, salah satu penyelesaiannya
adalah dengan pemberian geran komunal tetapi ianya hanya bersifat
sementara,. Geran komunal ini hanya layak kepada penduduk pribumi
sahaja dan tidak ada status ownership, maknanya bukan milik individu.
Ia tidak boleh dijual atau pun digadai.
Wartawan: Berkemungkinan penduduk terbabit mungkin terkeliru dengan hak
hak mereka menyebabkan mereka sangsi dengan status geran komunal, apa
pendapat anda?
RS: Kita mengharapkan pihak berkenaan dapat memberi pemahaman kepada
penerima geran komunal ini agar tidak timbul isu itu di kemudian hari...kerana
saya menjangkakan bahawa sesiapa juga yang diberi hak tanah mestilah
ada geran ditangan dan atas nama mereka sendiri.
Wartawan: Adakah geran komunal ini boleh dijual atau digadaikan dibank
untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan?
RS: Geran ini tidak ada status individual ownership, jika penerima
kekurangan modal mungkin mereka perlu buat pinjaman bagi tujuan
mengusahakan tanah tersebut tetapi ketiadaan ownership tadi sudah tentu
tidak memenuhi polisi bank bagi tujuan pinjaman... mungkin ada pihak
pihak yg berminat untuk melabur bagi tujuan komersial.
Disebabkan hak kebebasan pemilik tanah tidak ada ruang baginya untuk
melabur dan berniaga bersandarkan harta tanah menyebabkan ramai yang
tidak merasa puas hati kerana hak mereka terkongkong…maka titik tolak
isu ini akan timbul lagi isu yang perlu diselesaikan akibat
ketidakpuasan hati rakyat.
Wartawan: Terima kasih diatas penjelasan anda.
RS: Terima kasih…am paringkuanangan pahaka kau kaawi atu yak aku ra
hino tu, arap au moonsoi kau ayuk sansulapan. Makapahambot poh itaka ra
bulan Oktober rumatong tili aku muli ra Tonom.
Oleh: NASUTION NAEJEL
|