SAPP buat lebih baik
mengenai isu Bumiputera
KOTA
KINABALU, Mei 28, 2011: MASYARAKAT Sabah perlu mengubah sikap mereka
jika inginkan kemajuan. Sikap segelintir masyarakat Bumiputera
Kadazandusun dan Melayu pada hari ini yang masih lagi dengan mentaliti
'katak di bawah tempurung' perlu diubah.
Ini termasuklah tanggapan mereka terhadap parti SAPP yang sungguhpun
merupakan sebuah parti Cina, tetapi parti inilah yang sebenarnya
memperjuangkan hak Bumiputera Kadazandusun dan Melayu.
Bagi saya, hanya SAPP yang boleh membela kepentingan Bumiputera
Kadazandusun dan Melayu di Sabah kerana parti tempatan yang lain tidak
serius dalam memperjuangkannya.
Ringkasnya, pemimpin Bumiputera Kadazandusun dan Melayn sendiri
sebenarnya menjual tanah hak adat penduduk kampung.
Peluang pekerjaan di Sabah juga tidak ada kerana pemimpin Kerajaan
tidak pernah meminta kepada Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan pusat
industri bagi menempatkan peluang pekerjaan anak-anak muda.
Rata-rata pemimpin kita dari Bumiputera Kadazandusun dan Melayu adalah
penakut dimana mereka mudah dirasuah dan tidak berperidirian serta
tidak cukup berani seperti orang Cina. Mereka tidak ikhlas
memperjuangkan rakyat mereka.
Mereka lebih suka mengumpul kekayaan sendiri dengan membeli tanah
kampung dan menjualnya kepada syarikat luar untuk kepentingan mereka
sendiri. Mereka seperti penyangak dan lintah darat.
Isu agama yang kita hadapi saat ini juga disebabkan oleh taktik politik
kotor yang dimainkan oleh penyokong Kerajaan di Semenanjung dan pihak
pembangkang. Kita tidak ingin terlibat dalam hal seperti ini dan banyak
lagi masalah lain yang dibawa oleh mereka di Sabah dan Sarawak.
Rakyat Sabah seharusnya tidak mudah terpen garuh dengan kata-kata yang
dilafazkan oleh pemimpin Kerajaan hari ini, yang hanya bertujuan untuk
manfaat peribadi mereka sendiri.
Kebanyakan pemimpin tempatan kita hari ini memiliki rumah sendiri di
Kuala Lumpur, manakala rakyat sendiri diabaikan.
Maslan Maginda (Berita Harian)
|