Adat istiadat tidak dihormati
Oleh
Stephen Gaimin (Mei 30, 2011)
"Pesta Menuai atau Pesta Kaamatan merupakan kemuncak bagi pemartabatan
warisan budaya sukukaum Kadazandusun, yang mana diraikan pada setiap 30
dan 31 Mei setiap tahun.
Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum
Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang
biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk
Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.
Dari segi sejarah Pesta Kaamatan yang kita rayakan ini telah diluluskan
oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960
lagi pada setiap 30hb-31hb,Mei setiap tahun. Individu yang
bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini
diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad
Fuad Stephens mantan Ketua Menteri Sabah yang pertama. Oleh yang
demikian, kita sebagai rakyat Kadazandusun seharusnya berasa bangga
dengan perjuangan pemimpin kita yang terdahulu kerana bermati-matian
mempertahankan Pesta Kamaatan sehingga ia diiktiraf sebagai cuti umum
di negeri Sabah.
Saya merupakan antara hadirin yang hadir dalam Pesta Kamaatan anjuran
Parti DAP di Putera Theater Ballroom Taman Tun Fuad, Bukit Padang.
Namun demikian saya terkilan dimana, Sebagai seorang anak jati
Kadazandusun saya berasa amat malu dan terhina apabila adat istiadat
dan kebudayaan saya tidak dihormati. Saya tidak dapat merasai bahang
Pesta Kamaatan tetapi apa yang saya lihat adalah Acara Makan Malam
bersama Penasihat Parti DAP Encik Lim Kit Siang. Menambah jijiknya lagi
kebanyakan ucapan dibuat dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Melihat kepada keadaan ini saya berasa perayaan Pesta Kamaatan telah
hilang nilainya, saya berikan satu contoh, tidak pernah Unduk Ngadau
diadili dengan cara mengundi, dimana kupon dijual dengan harga RM5.
Penganjuran ini tidak lebih seperti melepaskan batuk ditangga. Pemimpin
DAP seperti Edwin Bosi sememangnya telah tahu tentang kesucian lagenda
huminodun, melalui ucapan beliau. Tetapi mengapa beliau tidak melakukan
sesuatu untuk memperbetulkan apa yang salah.
Politik adalah politik, perayaan adalah perayaan, oleh yang demikian
saya mohon kepada Pemimpin daripada luar sabah, yang tidak tahu adat
budaya orang sabah, tolong Jangan bawa budaya politik daripada luar.
Kami orang sabah, biar berlainan fahaman politik, tetapi dalam masa
perayaan kami tidak ada persengketaan".
Stephan Gaimin ialah seorang Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah
(SAPP)
|