SAPP sudah ada momentum dari rakyat
Oleh: Flavius Robert
TENOM, Mei 6, 2011:
SETIAP GERAK langkah bersilat siap diatur, tangan yang menghayun sambil
menepis tak kurang hebatnya. Itulah gagahnya ibarat pahlawan gagah
perkasa sudah siap segala galanya turun ke medan pertempuran…pantang
berundur sebelum ajal!
Demikianlah pesanan yang agak bersemangat daripada Ketua Pergerakan
Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) zon Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi ketika
ditemubual wartawan baru baru ini berhubung persiapan SAPP khususnya di
CLC Tenom pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Wartawan: Dalam peringkat awal ini mungkin juga pemuda SAPP sudah lebih
bersedia atau baru mula mengorak langkah dalam persediaan PRU13?
Rudy: Memang sebelum ini pun kita sudah bersedia dimana beberapa
mesyuarat telah diadakan dizon pedalaman dan kini sudah berada
diperingkat praktikal atau pelaksanaannya dimana kami mulakan tumpuan
pula di Tenom termasuklah Kemabong.
Tetapi ambil maklum bahawa tindakan kami memang kurang disedari oleh
mana mana pihak kerana kami bergerak secara senyap dan tidak mahu
publisiti banyak. Lainlah kalau dipihak kerajaan dimana mereka
mempunyai kekuatan lojistik dan kemampuan kewangan yang tinggi.
Bagaimana pun, apa yang lebih penting ialah perancangan kami telah
terlaksana dengan memuaskan serta menepati sasaran.
Wartawan: Apakah agaknya program pemuda SAPP yang telah dirancangkan
dan adakah ianya menggunakan kos perbelanjaan yang besar?
Rudy: Kita tidak menggunakan kos yang banyak kerana kami laksanakan
program ini secara ala kadar atas “kesedaran diri bahawa amalan
berjimat cermat merupakan amalan mulia”. Diantara objektifnya ialah
untuk melatihkan diri setiap pemuda supaya benar benar menjiwai konsep
berjimat cermat dan kalau ditakdirkan SAPP memerintah kita tidak
khuatir lagi bahawa amalan berjimat cermat sudah tertanam didalam diri
kita. Mengenai program pemuda SAPP memang banyak yang bersangkutan
dengan kerja kerja amal kebajikan, bergotong royong, ceramah membentuk
moral dan intergriti yang mulia dan khemah kerja. Tujuan ini adalah
untuk memupuk persefahaman yang lebih erat dikalangan pergerakan pemuda
SAPP dimana program ini merupakan program “inklusif”.
Wartawan: Bahang PRU13 semakin dirasai dan semakin dekat agaknya,
manakala UMNO-BN kini sudah rancak mengatur langkah agresif mereka yang
seakan akan sukar untuk ditumbangkan oleh parti lawan. Apakah SAPP
merasakan ada peluang bagi SAPP dan barisan pembangkang untuk
menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 ini?
Rudy: Seperti yang kita sedia maklum bahawa ketentuan segala galanya
ada ditangan pengundi siapa yang menang dan siapa yang kalah nanti.
Namun SAPP tidak akan bimbang atau pun gentar terhadap fenomena itu
kerana kita sudah mendapat momentum daripada rakayat akar umbi bahawa
mereka akan melakukan kejutan dalam PRU13. Kekuatan pemerintah sudah
dijangka sejak awal awal lagi kerana mereka sudah tentu akan
menggunakan sumber seberapa yang ada, namun wang bukan segala galanya
dalam penentuan ini. Apa yang pasti ialah ketelusan, kejujuran dan
matlamat perjuangan SAPP harus difahami terlebih dahulu oleh pengundi
bermula dari sekarang.
Itu sebabnya kita buat kerja dikawasan akar umbi supaya kita mudah
mendekati rakyat untuk menjelaskan kepada mereka apakah tujuan kita
sebenar benarnya supaya mereka terus faham objektif SAPP.
Wartawan: Ada pendapat sesetengah pihak bahawa SAPP mungkin sukar
diterima kerana parti ini kepunyaan masyarakat Cina?
Rudy: Ya…kalau dulu SAPP semasa dalam gagasan BN kita dalam SAPP fokus
untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat Cina tetapi sungguh pun
begitu terdapat juga kesukuan masyarakat lain lain pada ketika itu
seperti Melayu, KDM dan lain lain Selepas SAPP keluar daripada BN dan
menjadi pembangkang, struktur kepimpinan SAPP sudah berubah selepas
kongress SAPP pada baru lepas dimana Timbalan Presiden ada tiga dimana
agehan komposisinya seperti Melayu, Cina dan KDM dan begitu juga
jawatan lain diperingkat bawahannya.
Wartawan: Adakah usaha kepimpinan SAPP untuk meremajakan kepimpinannya
kepada generasi muda, berwibawa dan berpendidikan supaya dapat menawan
golongan muda menyokongnya?
Rudy: Sudah tentu itulah matlamatnya…kami diCLC Tenom sudah
memulakannya tetapi orang ramai memang tidak sedar ini sebab kami tidak
diberi kesempatan untuk mendapatkan hak publisiti yang meluas dan bebas
dan tidak seperti UMNO-BN.
|