Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 June 13 - SAPP sedia jalin kerjasama dengan Pembangkang

SAPP sedia jalin kerjasama dengan Pembangkang

KOTA KINABALU, Jun 13, 2011: Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk Barisan Nasional (BN) dan ini akan terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-13, dakwa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee.

Beliau berkata rakyat hari ini menghadapi masalah seperti kenaikan harga barang, ketidak seimbangan dasar untuk sebuah negara dengan dua set harga.

“Harga barang naik tetapi pendapatan rakyat Sabah lebih rendah daripada mereka yang berada di Semenanjung Malaysia selain konflik di antara pemimpin Umno dan BN negeri... oleh itu SAPP bersedia untuk bekerjasama dengan pembangkang lain.

"Status simpanan tetap Sabah akan dilupuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya pada majlis makan malam Hari Ibu Bapa SAPP Sabtu lepas.

Beliau berkata kekuatan kerjasama yang'dikenali sebagai Pakatan Rakyat dan SAPP bukan sekadar mampu melupuskan status tetapi juga membentuk kerajaan baru di Sabah dan Persekutuan.

Yong berkata trend Semasa menunjukkan bahawa kumpulan pendapatan rendah dan pertengahan sudah mula menyokong SAPP kerana mereka mendapati bahawa di bawah pentadbiran BN, mereka berdepan kehidupan yang susah akibat kenaikan harga barang.

Beliau berkata kerajaan BN gagal menggunakan sepenuhnya keuntungan berbilion ringgit daripada kenaikan harga minyak untuk menampung kenaikan harga barang.

"Petronas mengumumkan baru-baru ini bahawa ia memperoleh keuntungan hampir RM100 bilion dimana RM30 bilion diberikan kepada kerajaan dalam bentuk dividen, RM27 bilion dalam bentuk cukai sementara setiap negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan, menerima RM4 bilion dari segi royalti lima peratus.

"Kerajaan BN boleh menggunakan pendapatan daripada Petronas untuk menampung kenaikan harga barang terutama di Sabah tapi ia gagal," katanya.

Yong berkata harga gula juga semakin naik sejak Felda mengambil alih monopoli perniagaan tersebut daripada Robert Kuok.

Beliau berkata harga gula tidak pernah naik apabila perniagaan tersebut dikawal oleh sektor swasta tetapi ia dinaikkan beberapa kali sejak diambil alih oleh Felda.

"Apa yang menghairankan adalah Felda adalah sebuah agensi Kerajaan yang sepatutnya memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dan bukan keuntungan," katanya.

Sementara itu, majlis makan malam itu yang merupakan acara tahunan SAPP sejak 10 tahun lepas terus menerima respons yang menggalakkan walaupun selepas parti itu meninggalkan BN dengan 70 meja ditempah tahun ini.

Turut hadir adalah isteri kepada Yong, Lee Datin Seri Stella Yong, bekas Menteri Kewangan, Datuk Mohd Noor Mansoor dan Timbalan Presiden merangkap Adun Likas, Datuk Liew Teck Chan serta Ketua Wanita merangkap Adun Luyang, Melanie Chia.

Yang lain adalah tiga penasihat parti, Datuk Murshidi Nambi, Datuk Francis Yap dan Datuk Paul Wong dan juga naib presiden dan ahli majlis tertinggi dan pengerusi penganjur, Siaw Shui Lan serta tetamu kehormat dari PKR.

Harian Ekspres

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party